ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Alhamdulillah blog ini telah hasilkan artikel ke 1000 sejak dilancarkan pada Jun 2008.Dalam masa 9 tahun,blog ini sedikit sebanyak memeri...
Monday, April 25, 2011
Siapakah Ibu Segala Perkauman ?
Menjelang Operasi Lalang 1987, Pemuda UMNO yang diketuai oleh PMNajib berhimpun di Stadium TPCA Kuala Lumpur.
Mereka membuat perhimpunan sebagai protes kepada Timbalan MCA ketika itu Lee Kim Sai. Terdapat laporan bahawa Najib memegang keris dalam perhimpunan itu.
Tidak lama selepas peristiwa itu berlakulah Operasi Lalang. Ramai pemimpin UMNO dan MCA terlepas dari ISA sebaliknya pemimpin PAS dan DAP yang kena ISA.
UMNO kini ketandusan idea untuk menyekat pengaruh Pakatan Rakyat.
Pelbagai cara gagal. Kes fitnah Anwar seperti liwat dan video lucah tidak menjadi. Semakin tersasar. Keputusan pilihanraya Sarawak menunjukkan pengaruh PR semakin meningkat terutama orang Cina.
UMNO hanya hidup dengan isu perkauman. Itulah talihayat mereka.
Perhimpunan perkauman PERKASA yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah seperti mengulangi balik versi Operasi Lalang 1987. Walaupun bukan UMNO yang menganjurkannya tetapi semua orang kampung tahu PERKASA adalah "anak emas" UMNO sepertimana Amerika anggap Israel anak emas mereka.
Kita mengharapkan pihak kerajaan negeri tidak membenarkan perhimpunan itu berlaku di premis kepunyaan negeri. Segala jenis makhlik yang bernama UMNO adalah jenis kurang ajar.
Lihatlah bagaimana barua mereka di UUM menghina MB Kedah sebagai pemimpin yang layak tadbir pondok.
Bersihkan bumi Malaysia dari anasir-anasir Ibu Segala Perkauman !
Sunday, April 24, 2011
Apabila Dr Aziz asyik dengan anak patungnya.
Adakah pernah anda melihat satu keluarga yang mempunyai anak yang tidak cemerlang dalam akademik misalnya?
Apa persepsi anda terhadap ibubapanya? Adakah anda melihat yang bersalah adalah ibubapanya? Sedangkan ibubapanya lulusan luar negara.
Atau anda terus menuding ibubapanya sebagai bersalah kerana punya anak yang tidak lulus peperiksaan. Anda hebahkan kepada umum bahawa ibubapanya tidak pandai mendidik anak. Ibubapanya sebagai liabiliti kepada anak. Perlu tukar ibubapanya.
Adakah adil anda bersikap demikian? Semata-mata anak tidak lulus peperiksaan, terus salahkan ibubapanya. Lebih hebat lagi "geger" kan kepada umum untuk aibkan nama ibubapa tersebut.
Lebih pelik lagi, anda tidak pernah kahwin dan mempunyai anak tetapi tunjuk lagak seolah-olah mempunyai 10 orang anak. Barangkali anda ada pengalaman "bermain-main " dengan anak patung!
Ingat anak patung tidak sama dengan anak sebenar.
Barangkali ini yang berlaku keatas Dr Aziz Bari.
Dr Aziz, adakah anda patut ditukar jika ramai anak murid anda gagal dalam peperiksaan sedang anda sudah mengajar begitu bersungguh-sungguh?
Dr Aziz, anda pakar dalam undang-undang tetapi cetek dalam peradaban dan budi bahasa.
Friday, April 22, 2011
Tuhan nak ajar kamu...!
Setelah kes Teo Beng Hock sudah menjangkau 2 tahun. Siasatan masih berpusing-pusing, berputar-putar dan bersimpang siur.
Tiba-tiba Tuhan takdirkan seorang Islam, Melayu dan kakitangan kerajaan pula alami nasib yang sama.
Jatuh dari bangunan SPRM.
Cuba fahami apa alamat ini! Masih tak faham?
Tuhan nak ajar kita tentang erti keadilan.
Dulu, Cina, non muslim dan penyokong DAP serta golongan bawahan yang mati. Kita masih berdolak dalih tentang kematiannya.
Mentang-mentanglah Beng Hock rakyat marhein dan sokong roket pula!
Kini, Sarbaini seorang Islam, Melayu, staf Kastam dan orang "masjid surau".
Alasan siasatan. Sama. Mati Mengejut(SDR). Mudah beri jawapan.
Adakah orang yang pergi pejabat SPRM ini jenis "suka bunuh diri" dan "bakal mati mengejut" ?
Cukuplah polis dan SPRM bersandiwara.
Selepas Beng Hock tiada pembelaan, Tuhan bagi Sarbaini kepada kita. Mungkinkah selepas ini Tuhan juga akan takdirkan seseorang mati untuk kita belajar mencari kebenaran kes Altahtunya pula?
Sunday, April 17, 2011
Pasca PRU Sarawak : PAS tidak hilang deposit.
PRU Sarawak telah selesai. Beberapa fakta perlu diketahui mengenai PRU ini. Antaranya:
1) DAP menang 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi. Undi popular 135,000.
2) PKR menang 3 kerusi daripada 49 kerusi yang ditandingi. Undi popular 117,00.
3) PAS gagal memenangi 5 kerusi yang ditandingi. Undi popular 9,700. Tiada hilang wang deposit.
Jika di jumlahkan keseluruhan undi untuk Pakatan Rakyat kira-kira 261,000 undi. Manakala undi BN pula 372,000 undi. BN mempunyai kelebihan 111,000 undi.
Majoriti orang Cina memilih DAP. Manakala orang Melayu memilih PBB. Manakala undi orang Iban dan bumiputera lain berpecah.
Friday, April 15, 2011
Semangat Rosli Dhoby.
Thursday, April 14, 2011
Anwar, jalan kita masih jauh....
Sekonyong-konyong anak kerabat Diraja Selangor berputar 360 darjah. Pengendali Malaysia Today hari ini "menjilat" balik muntahannya.
Kini beliau sebaris dengan Ezam, Zulkifli Nordin, Nalla, Zaid Ibrahim dan sewaktu dengannya.
Kisah-kisah hikayat insan-insan diatas sebenarnya telah lama dilalui oleh PAS. Ramai penceramah PAS yang "hebat" memaki hamun UMNO apabila berada atas pentas ceramah kini berada di pihak UMNO. Di kaki lima UMNO dan memakai terompah pula.
Cumanya pengalaman itu "amat jarang" berlaku kini didalam PAS.
Mengapa?
Sistem Tarbiyyah. Itulah bezanya PAS dengan yang lain.
Anwar, jalan anda masih jauh. Jangan malu berguru dengan TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi. Mereka berdua insan mulia yang tidak harapkan kemewahan dunia.
Bencana kepada Anwar, jika BN tewas di Sarawak!
IGP Mael semakin lincah dan galak meneruskan "permainan" video lucah ciptaan Rahim dan Gengnya.
Sebelum ini, beliau membuat kenyataan bahawa video itu "sahih".
Hari ini dengan bantuan media barua UMNO, IGP Mael mengeluarkan lagi kenyataannya tentang "mengenal pasti" pelakonnya pula.
Satu demi satu, IGPMael mengeluarkan kenyataan. Beliau bakal mengeluarkan kenyataan lagi minggu depan.
"Permainan" ini bakal berakhir selepas Pilihanraya Sarawak.
Agaknya apa pula kenyataannya selepas ini. Barangkali kenyataannya nanti bergantung kepada keputusan pilihanraya Sarawak.
Adakah jika BN tumbang, pelakonnya "sudah pasti" Anwar. Jika BN menang, Rahim dan Gengnya akan ditahan?
Rakyat masih tertunggu-tunggu, bilakah Rahim dan Gengnya akan ditangkap oleh anak buah IGP Mael kerana miliki dan menyiarkan video lucah.
Apa yang pasti imej IGP Mael sudah sama taraf dengan mantan IGP Musa.
Tuesday, April 12, 2011
Yang pasti PRU 13 berlaku apabila INI berlaku.
Mungkinkah PRU 13 bulan Jun ini? Apa tanda isyarat atau paras yang bakal dilihat oleh PMNajib untuk bubarkan Parlimen?
Antara faktor yang bakal dilihat oleh Najib ialah keputusan pilihanraya DUN Sarawak.
Apapun, faktor yang yang menjadi puncar besar buat Najib adakan PRU 13 adalah situasi PAS.
PAS bakal adakan Muktamarnya di Kuala Lumpur dengan adakan pemilihan. Bermula jawatan Presiden, Timbalan, Naib, Ketua Pemuda, Muslimat bakal dipertandingkan atau pemilihan baru.
Saat inilah yang sedang diintai dan diperhatikan oleh PMNajib untuk bubarkan Parlimen.
Pendokong PAS harus bijak menangani isu pemilihan ini. Jangan biarkan ruang-ruang kosong untuk "hasilkan pepecahan" diisi oleh UMNO.
Seharusnya disaat sebegini, semua orang memikirkan kepentingan kesatuan, perpaduan dan tolak ansur.
Semua pihak perlu "mambisu" dari mengeluarkan kenyataan yang bakal cetuskan "modal" buat UMNO.
Satu lagi, semua pimpinan WAJIB jauhi dari ditemuramah oleh media barua UMNO seperti Utusan, Berita Harian dan sewaktu dengannya.
Jangan ada lagi pimpinan yang "GILA GLAMOUR" untuk wajahnya keluar di kaca TV3 atau RTM.
Kita melihat jika ada wajah pimpinan yang sudi ditemuramah untuk siaran TV3, bermakna mereka masuk "perangkap" UMNO !
Wednesday, April 6, 2011
Anda sudah beli Payung Terjun?
Dulu Cina. Kini tiba giliran Melayu jadi mangsa. Ini bukan isu perkauman. Semuanya berlaku di pejabat SPRM.
Cara mati pun sama. Jatuh. Jatuh dari bangunan ke bawah.
Dulu Beng Hock didakwa tidak balik rumah selepas disiasat. Barangkali tunggu "cerah tanah", baru mahu balik.
Kini, orang Kastam didakwa jatuh selepas datang pejabat SPRM selepas dibebaskan dengan ikat jamin. Berminat pula arwah mengunjungi pejabat SPRM sama seperti Beng Hock yang "berminat" tidur di sofa SPRM.
Kematian orang Kastam berlaku selepas pegawai SPRM meninggalkannya dalam pejabat dalam tempoh 5 minit.
Jika Beng Hock disiasat melibatkan wang tidak lebih RM3,000, arwah disiasat melibatkan juta-juta RM.
Siasatan ke atas arwah dijalankan ekoran penahanan sejumlah 62 orang pegawai Kastam dalam satu operasi di Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.
Operasi berkenaan dijalankan oleh satu tindakan bersama oleh SPRM, JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara.
Seorang lagi dikesan mempunyai lebih RM1 bilion manakala dua lagi yang ditahan mempunyai lebih RM500,000 di dalam akaun masing-masing.
Nampaknya semakin berlanjutan kes Beng Hock, semakin nampak " sinar kebenaran" sepertimana semakin "mengembang" isu video milik Rahim dan gengnya semakin terbongkar kerja jahatnya.
Barangkali selepas ini, setiap orang yang dipanggil untuk disiasat di bangunan SPRM wajib dibekalkan "payung terjun" agar terselamat jika jatuh atau terjun dari bangunan SPRM.
Tuesday, April 5, 2011
Skrip semakin tersasar....buat "filem" lain.
Isu tape lucah ciptaan Datuk T belum reda lagi walaupun telah 2 minggu berkumandang di angkasa Malaysia.
Bahkan semakin "mengembang" isu berkenaan. Bermula kisah penyiarannya di Bukit Carcosa. Disusuli dengan ugutan Eskay, Rahim dan Shuib mengugut Anwar supaya letak jawatan.
Kemudian timbul "perut buncit" dalam video berkenaan. Ianya berkembang lagi dengan pendedahan "pengarah dibalik tabir" 3 trio Datuk T.
Semasa timbul "perut buncit", sekonyong-konyong sepupu Najib menafikan pembabitan polis dalam isu ini.
Isu ini terus mengembang dengan kenyataan IGP Mael yang mengesahkan "ketulenan" video tersebut.
Peliknya IGP Mael tidak pula arahkan anak buahnya tangkap pemilik video tersebut yang bersalah kerana memiliki dan menayangkan video lucah itu kepada umum. Di sini sikap PDRM dipersoalkan. Pensalah di depan mata dibiarkan bebas semata-mata kerana mereka ada pangkat.
Apa maksud IGP Mael dengan istilah "ketulenan" ? Adakah beliau maksudkan "ketulenan" itu adalah "pelakon" ?
Isu ini semakin mengembang , berbelit-belit dan berputar-putar .
Yang pasti, isu ini sudah tidak mengikut skrip yang ditetapkan. Semakin tersasar. Rakyat semakin diperbodohkan oleh Sang Pemerintah UMNO/APCO.
Bodohnya UMNO kerana mahu membuat filem "box office", tetapi pilih pengarah-pengarah yang ada rekod rogol dan rasuah.
Sunday, April 3, 2011
WAJIB TAHU: Tajuk Sensasi Akhbar!
Menjelang PRU ke 13 ini, tajuk-tajuk di akhbar barua barua bakal mewajibkan satu tajuk berita untuk siaran di halaman depan akhbar.
Tajuk itu adalah berkisar tentang rasuah. Digembar gemburkan tentang kehilangan, ketirisan dan pengaliran duit haram ke luar negara. Juga disensasikan jumlah RM yang besar.
Terkini, tentang pendedahan oleh SPRM mengenai rasuah oleh pimpinan tertinggi Kastam Pahang.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, penahanan itu membolehkan pihaknya membongkar pelbagai aktiviti mencurigakan membabitkan pegawai pasukan penguat kuasa itu.
Menurut beliau, antara pembongkaran yang ditemui adalah terdapat pegawai yang memiliki kereta mewah, jam tangan buatan emas, jongkong emas serta menyimpan wang tunai yang banyak.
Beliau mendedahkan, seorang pegawai kanan berpangkat pengarah memiliki wang tunai RM65,000 yang ditemui berselerakan dalam rumahnya dan memiliki RM2.1 juta dan RM500,000 dalam dua akaun berasingan.
"Selain itu, kami turut menemui berkotak-kotak bunga api dan mercun serta rokok-rokok kretek di rumah pengarah tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Operasi 3B tersebut diadakan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk membongkar aktiviti pegawai kastam di pelabuhan yang meminta dan menerima wang rasuah daripada ejen penghantaran.
Mustafar berkata, terdapat juga pegawai mengaku menerima RM100 untuk setiap borang pengisytiharan duti K1 yang diproses dalam tempoh lima bulan yang lalu.
Beliau berkata, SPRM turut menemui wang simpanan sebanyak RM850,000 dalam sebuah akaun serta simpanan Amanah Saham Bumiputera bernilai RM200,000.
"Selain pegawai yang menerima RM10,000 setiap bulan, kami turut mendapati ada pegawai yang memakai kenderaan mewah Toyota Estima walaupun gaji mereka tidak tinggi.
"Turut dijumpai dalam operasi adalah lima ketul jongkong emas bernilai RM50,000, jam tangan mewah yang dibuat daripada emas, dua pucuk pistol tiruan dan 241 butir peluru," katanya.
Daripada "cerita yang menghiburkan" diatas, apa yang anda dapat fikirkan?
i) Semuanya tentang "ikan bilis" .
ii) Mesej diatas adalah untuk menunjukkan bahawa PMNajib begitu "teruja, serius dan bersemangat" untuk hapuskan rasuah.
iii) Siapalah SPRM di mata rakyat Malaysia? Elok selesaikan dahulu kes Beng Hock.
iv) Mana 10 kes profil tertinggi yang digembar gemburkan menjelang PRU 11 oleh Menteri "Amah" dulu?
Cerita diatas tentang pegawai Kastam belum lagi Menteri Kabinet. Bilis bukan Jerung. Berani SPRM "londehkan" Menteri Kabinet?
Alasan basi lagi lapok SPRM, tiada kes dan tiada kes dan tiada kes jika libatkan Menteri UMNO. Itulah "zikir dan wirid" SPRM.
Jika libatkan ikan bilis dan pembangkang, SPRM bersemangat menyala-nyala!
Siapalah SPRM di mata rakyat Malaysia? Jangan SPRM bakal jadi bahan ketawa dan lawak pula.