ARTIKEL BOMBASTIK

Friday, April 15, 2011

Semangat Rosli Dhoby.


Rakyat Sarawak akan mengundi esok untuk memilih 71 wakil rakyat mereka. Inilah pilihanraya paling sengit antara BN dengan Pakatan Rakyat.


Jika pilihanraya terdahulu, BN senantiasa dihadapan dan KM Taib Mahmud selesa dan tidur lena tetapi kini keadaan sudah berubah.


Dengan maklumat dihujung jari , tsunami PRU 2008 di Semenanjung dan situasi kejatuhan diktator di Mesir dan Tunisia, semuanya bakal mengubah lanskap politik bumi kelahiran Rosli Dhoby ini.


Yang pasti, nasib SUPP akan senasib MCA di Semenanjung. Pilihanraya kecil terakhir di Sibu sebagai aras penanda masyarakat Cina di Sarawak. SUPP bakal di kuburkan di jirat Cina Sarawak.


Manakala PBB (macam UMNO di Semenanjung) akan terancam dengan kedatangan pengaruh PAS dan PKR.


"Pembuangan" guru-guru yang pro PAS dari Semenanjung ke Sarawak inilah antara pemangkin pengaruh PAS.


Juga penerimaan non Muslim Sarawak dengan kedatangan PAS ke tempat mereka. Bendera PAS dikibar dan dipasang tanpa segan silu dan ketakutan oleh penduduk tempatan.



Kini, rakyat Sarawak bakal membuat catatan sejarah tersendiri dengan kehadiran pertama calon PAS ke dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak. Ini bukanlah perkara yang mustahil. Jika Johor yang terkenal dengan Darul UMNOpun, sudah ditembusi dengan 2 orang ADUN PAS, Sarawak bakal "diterangi bulan purnama" buat pertama kali.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...