ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, August 2, 2010

Jangan risau Dr Ling ! Beres !



Akhirnya
SPRM berjaya menangkap "jerung besar" Tun Dr Ling Liong Sik dalam kes skandal kerugian RM12 bilion Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).


Adakah ini menunjukkan kerajaan telah mula "insaf dan taubat" untuk kembali kepada "ketelusan" ?


Apa yang pasti skrip kesudahan drama PKFZ ini adalah sama dengan "kesudahan" drama yang dibintangi oleh Kasitah Gadam dan Eric Chia.


Lihatlah wajah mantan Menteri Pengangkutan. Dia pun tahu kesudahannya.


Barangkali jika kita mahu kesudahan yang berlainan dengan skrip adalah dengan cara melantik Hishamudin Rais jadi Directornya. Mesti 1001 kelainan!


Yang pasti, keputusan kes-kes di mahkamah di Malaysia, seluruh dunia tahu kesudahannya. Sebab itulah FDI kita terus merundum.


Siapa mahu percaya kat kita?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...