ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, July 8, 2009

Dasar Bebal oleh Kerajaan Bebal.


Setelah 6 tahun dasar "bebal" PPSMI berada di arus perdana pendidikan akhirnya ianya dimansuhkan mulai 2012. Itupun setelah TPM dan Menteri Pelajaran Muhyidin berada 3 jam di rumah pengasas dasar bebal itu, Dr Mahathir.


Tidak diketahui apa berlaku selama 3 jam Muhyidin mengadap Mahathir. Mungkin Muhyidin siap-siap sumbat telinganya dengan kapas supaya bebelan Mahathir tidak kedengaran !

Menghairankan mengapa TPM Muhyidin mengadap Mahathir sebelum keluar kenyataan mansuhkan PPSMI ? Berkuasakah lagi Mahathir ? Atau Mahathir masih mengawal kabinet PM Najib.


Sejarah Malaysia tidak pernah mencatat mana-mana PM atau TPM mengadap mana-mana bekas PM terdahulu untuk mansuhkan dasar-dasar yang pernah dibuat bekas PM terdahulu. Tapi itulah yang berlaku masa era PM Najib . Berkuasanya Mahathir sampai peringkat TPM mengadap beliau mohon perkenan. Malangnya Muhyidin mohon derhaka !
Pemansuhan PPSMI terbukti menunjukkan UMNO begitu bebal dan lembab memahami perasaan hati nurani rakyat. Sama seperti semasa Kerajaan PAS Kelantan memperkenalkan cuti bersalin 60 hari. Mulanya UMNO memperlekeh polisi tersebut. Setelah 10 tahun berjalan, barulah Kerajaan Pusat meniru polisi itu.
Semasa PPSMI mula diperkenalkan, badan-badan NGO dan PAS menentang sekeras-kerasnya dasar tersebut. Begitu juga cerdik pandai ahli intelektual memberikan bukti dan hujah mengapa dasar tersebut salah. Malangnya UMNO pakai telinga satu untuk mendengar rintihan rakyat.
Kini, UMNO melalui Muhyidin terhengeh-hengeh mengakui dasar bebal ciptaan Mahathir adalah satu pengkhiantan UMNO terhadap Bahasa Melayu dan anak-anak Melayu.
Apapun syabas TPM Muhyidin kerana berani menyanggah "kenyanyukkan" Mahathir.
Kepada Hishamudin sepupu Najib, tak payahlah menyibuk-nyibuk keluar kenyataan tentang isu PPSMI. Anda adalah penipu dan gagal menjalankan tugas semasa memegang Kementerian Pelajaran.
Sekalung tahniah kepada semua pejuang rakyat yang berjuang untuk hapuskan PPSMI. Istimewa buat anak-anak kecil ( termasuk anak Nizar Jamaludin)yang berani menyaman Kerajaan Malaysia kerana laksanakan dasar bebal ini. Anak-anak inilah sepatutnya menerima Anugerah Pingat Hang Tuah !


1 comment:

Al-Mansor Abu said said...

Syabas, Hidup bahasa Kebangsaan!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...