ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, July 20, 2009

Giliran Ketuanan Islam memimpin perubahan.


Kalaulah Teo Beng Hock mati 40 tahun lalu, tentulah suasana pemergiannya tidak seperti sekarang. Mungkin di jalan raya bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang penuh dengan bantahan yang hanya dihadiri keturunan Cina sahaja. Orang Melayu tentu sekadar menjadi pemerhati sahaja. Lebih teruk lagi jika ianya di "tiup api" perkauman. Tentunya "api" itu cepat merebak dan membesar. Apatah lagi ketika itu pengaruh komunis masih menjadi ancaman kepada negara.


Ketika itu jika ada orang Melayu menziarahi dan memberi takziah kepada keluarga beliau tentu akan di"kafiri" atau di maki hamun oleh rakan-rakan sesama Melayu yang berugama Islam.. Mungkin tidak diteguri selama 100 hari ! Sungguh dahsyat perkauman dan kejahilan melanda umat Melayu ketika itu.

Seolah-olah mereka lupa Rasulullah pernah berdiri tanda hormat kepada jenazah Yahudi yang diusung melintasi Baginda.



Masa dan zaman telah berubah. Teknologi semakin canggih dan ilmu intelek rakyat Malaysia semakin tinggi. Manakala kejahilan di kalangan umat Islam Malaysia semakin mengecil. Pemikiran mereka semakin terbuka.


Lihatlah dalam kes Teo Beng Hock. Semua rakyat tidak kira Cina, Melayu dan India bersatu menegakkan keadilan dan menuntut keadilah keatas kematian Teo Beng Hock. Kita lihat antara yang menziarahi mendiang memberi penghormatan terakhir adalah mereka-mereka yang berkopiah dan berserban.


Orang Melayu yang komited perjuangan Islam kini melihat masalah Teo Beng Hock bukan hanya masalah Cina sahaja tetapi adalah keadilan sejagat yang tidak membezakan ugama, bangsa dan warna kulit.


Apakah ertinya suasana ini semua kepada politik Malaysia ?


Semua ini menunjukkan betapa tembok perkauman sudah runtuh sebagaimana runtuhnya Tembok Berlin ! Juga menunjukkan betapa zaman ketuanan Melayu sudah berlalu dan elok di simpan di Muzium Negara. Kini tibanya giliran Ketuanan Islam memimpin perubahan.


Yang pasti dengan kematian Teo Beng Hock, rakyat non Muslim semakin jauh dengan BN dan semakin mengenali siapa yang boleh memberi keadilan kepada mereka.


Mungkin ada benda tersirat yang telah diatur oleh Allah Taala kepada Rakyat Malaysia. Dulu kematian Kugan (India), kini Teo (Cina)......lepas ini giliran siapa pula ? Melayu ?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...