ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, July 2, 2009

Lagi banyak isu......lagi kuat Pakatan Rakyat.


Isu babi di Kedah yang menyebabkan DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat adalah satu isu yang amat dinantikan oleh UMNO.


UMNO amat mengharapkan 2 perkara berlaku iaitu :


a) Keluar kenyataan dari PAS, bahawa DAP tidak diperlukan dalam Kerajaan Kedah. Tanpa DAP, Kerajaan Kedah berjalan seperti biasa tiada tergugat.


b) Keluar kenyataan dari DAP, bahawa PAS menindas golongan minoriti ( Cina). PAS tidak menghormati hak-hak golongan minoriti.


Di sinilah peranan pimpinan Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan masalah. Lagi banyak isu, lagi bagus dan baik buat PR. Mengapa ? Ini akan mempenbanyakkan pertemuan antaran pimpinan PR. Ianya juga sebagai medan berbincang, bermesyuarat, bertukar fikiran dan mendekatkan lagi hubungan antara parti.


Tidak dinafikan dalam setiap pari ada segelintir golongan yang suka buat onar. Tidak merujuk kepada pimpinan parti masing-masing. Bertindak sendirian.


Dalam PAS ada golongan ultra Melayu, dalam DAP ada golongan chauvinis Cina dan dalam PKR pun ada yang masih "berdarah" UMNO.


Semua kerenah mereka perlu pihak pimpinan parti tangani dengan baik dan cermat. Ini kerana akibat perbuatan mereka menyebabkan ianya menjadi bahan tawa rakyat Malaysia. Misalnya kes babi di Kedah.


Adakah patut kerana kandang babi, DAP Kedah sanggup keluar PR ? Malulah sikit kat budak-budak tadika weeh!


2 comments:

USTAZ ZAKI said...

salam ziarah....

saya sokong dgn Tok Pepijat 2....mmg btui la....psai isu kecik ja...nk kluaq truih PR...mmg kanak2...

klu babi yg bwk H1N1 tu abih...bnyk gi menatang yg bole mkn...bumi Allah ni bnyk gi rezki...aiiiii

Pak Chu Car (Apih) said...

salam..

Tok pe khabor hehe.. menda kecik besor kuman pun diaorang dah wat majuk.. ala konon nanti YB Menteri pujuk la tu buat kandang agi besar tu..

Ni taktik budak kecik ni and mungkin dapat sambutan nanti.. kita nengok je la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...