ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, April 16, 2009

Patutkah kita ucap terima kasih kepadanya ?


Selepas 10 jam Najib menjadi PM, beliau membuat keputusan untuk bebaskan 13 orang tahanan ISA. Maka ramailah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada PM Najib. Media pengampu mengatakan ini satu perubahan yang baik oleh Najib.


Patutkah kita ucapkan terima kasih kepada PM Najib atas pembebasan tahanan ISA oleh beliau ?


Kini terdapat 27 orang lagi berada di Kem Kemunting. Sebelum kita ucapkan terima kasih kepada PM Najib, cuba lihat satu perumpamaan tentang ISA.


Satu hari satu kumpulan penjahat menculik ayah anda. Mereka mengurung ayah anda di satu bilik kurungan. Mereka tidak benarkan ayah anda tidur. Mereka paksa ayah anda telanjang dan bagi air kencing untuk minuman. Semasa ayah anda dikurung oleh kumpulan penjahat itu, kehidupan keluarga anda menjadi tidak terurus. Ibu anda tiada tempat mengadu. Anda menjadi mangsa ejekan rakan di sekolah. Akhirnya ibu anda minta cerai dari ayah anda.

Satu hari timbalan ketua penjahat itu dilantik menjadi ketua pula. Selepas 10 minit jadi ketua penjahat, dia bebaskan ayah anda.


Patutkh anda ucapkan terima kasih padanya selepas kebahagiaan hidup keluarga anda dirosakkan oleh kumpulan penjahat itu?


Patutkah anda ucapkan terima kasih padanya selepas ibu dan ayah anda berpisah angkara kejahatan penjahat itu menculik ayah anda ?
Hanya orang tidak waras sahaja sanggup ucapkan terima kasih.


Kembali kepada kisah PM Najib tadi, patutkah kita ucapkan terima kasih padanya setelah ramai anak-anak tahanan ISA menderita angkara ISA ? Baik Mahathir, Pak Lah maupun Najib bahkan kesemua PM yang gunakan ISA mereka adalah perampas dan pemisah kasih sayang. Mereka adalah Sang Penguasa yang zalim.


PM Najib tidak berkecuali. Berapa orang pula akan disumbat ke Kem Kemunting di era pemerintahan Najib ? Lebih-lebih lagi sepupunya Hishamudin jadi Menteri KDN.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...