ARTIKEL BOMBASTIK

Tuesday, April 7, 2009

Che Det : Buah gorib menjadi Biawak Hidup


Allahuakbar.Alhamdulillah. Kemenangan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau adalah tanda aras terkini sokongan rakyat kepada PR.




Kebiasaan di Terengganu dan Kelantan disebut " buah gorib". Iaitu satu istilah kepada tindakan terakhir yang membuahkan hasil yang kemenangan. Biasanya istilah ini digunakan untuk perlawanan bolasepak.




Kunjungan Mahathir ke 2 buah bukit untuk kempen terakhir BN nampaknya tidak menghasilkan "buah gorib" bahkan mengulangi tsunami PRU Mac 2008. Nampak gayanya Che Det sedang mengambilalih tugasan Khairy Jamaludin sebgai "biawak hidup".




Kini Si Khairy bolehlah berjoget sakan kerana tugas "biawak hidup" sudah diambil alih oleh Mahathir. Horeeeeey!




Kekalahan UMNO dalam PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dikaitkan dengan Khairy sebagai bebanan liabiliti"biawak hidup" yang ditanggung oleh UMNO. Kini giliran Mahathir pula. Bezanya Mahathir jadi "biawak hidup" tidak sampai beberapa jam berada di Bukit Gantang dan Bukit Selimbau.




Kesimpulannya, batang tubuh Dr.Mahathir tidak memberi kesan langsung pada pengundi. Rakyat tidak melihat jasad tua Mahathir tetapi melihat jasad UMNO yang penuh bergelumang rasuah, jenayah, kejam, zalim, samseng, maksiat dan kejelekan. Fenomena ini bakal berterusan hingga PRU 13.




Siapakah yang sudi hulurkan buah tasbih dan sejadah buat Che Det agar dia menghabiskan sisa-sisa hidupnya di atas sejadah.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...