ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, January 26, 2009

Antara A.Kugan dan Suwandi


Cuba anda perhatikan kes A.Kugan dengan kes Suwandi. Adakah sama? Ya, tentu anda rakyat Malaysia yang cintakan keadilan menilai kedua kes ini adalah sama iaitu polis cari "kambing hitam" untuk menutup kesalahan mereka.

Dalam kes A. Kugan, kita melihat bagaimana "huru-hara"nya polis mencari si"kambing hitam". Jika dalam kes Suwandi Batu Buruk dulu, Suwandi dijadikan kambing hitam dan si polis yang lepaskan tembakan peluru hidup bebas sebebasnya tanpa pendakwaan. Suwandi dan rakannya terpaksa merengkok dulu dalam penjara sebelum naik mahkamah. Kita lihat AG Gani begitu bersemangat sanggup terbang ke KT untuk dakwa Suwandi dan rakannya.


Mungkin dalam kes A.Kugan, jika A.Kugan panjang umur beliau akan dijadikan si"kambing hitam". Tetapi beliau telah meninggal dunia, maka sasaran polis adalah 2 Timbalan Menteri. Seorang dari MIC dan PPP. Maka berlakulah "perang mulut" antara polis dengan orang politik. Jika dalam kes Suwandi, polis rasa gagah kerana AG Gani bersama mereka.


Tetapi dalam kes A.Kugan dengan tersiarnya gambar mayat dalam internet, AG Gani terpaksa bersama orang politik kerajaan. Apabila AG Gani mengatakan ianya kes bunuh, barulah polis mengendurkan "keangkuhan kuasa" mereka. KP Selangor Khalid yang pada mulanya beriya-iya mengatakan A.Kugan mati akibat sakit paru-paru berair akhirnya panggil 11 orang bawahannya untuk disiasat.


Sekali lagi cuba kita bandingkan bagaimana polis cuba mengalihkan kesalahan mereka dengan menjadikan orang lain sebagai kambing hitam(scapegoat).


1) Dalam kes Suwandi, polis bersalah kerana tembak peluru hidup kepada beliau yang tidak bersenjata. Tetapi Suwandi yang ditembak dijadikan kambing hitam.


2) Dalam kes A.Kugan, polis bersalah menyebabkan kematian beliau. Tetapi orang yang menceroboh bilik mayat dijadikan kambing hitam.


Kes Suwandi, UMNO tidak bela beliau kerana beliau orang Melayu yang sokong PAS. Manakala dalam kes A.Kugan, orang India bersatu walaupun berlainan ideologi semata-mata untuk tegakkan keadilan.


Itulah bezanya UMNO dengan parti perkauman dalam BN.


Akhirkata, kepada Polis Terengganu adakah sudah jumpa manusia yang bakar bendera Malaysia dalam kes Suwandi ? Gambar dah ada takkan belum jumpa. Atau IGP Musa hantar gambar itu ke FBI ?



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...