ARTIKEL BOMBASTIK

Friday, January 30, 2009

Pemimpin Berjiwa Besar


Hebat! Sifat pemimpin berjiwa besar. Begitulah yang dimiliki oleh Perdana Menteri Turki, Rejab Toyyib Erdagon. Keberanian Erdagon menyatakan kebenaran di depan pemimpin elit dunia dan pakar ekonomi di Forum Ekonomi Dunia(WEF) memberi satu cahaya harapan kepada Dunia Islam dikala pemimpin-pemimpin Islam "menikus"kepada Amerika dan Israel. Hebat dan beraninya Erdagon boleh kita simpulkan dalam beberapa aspek :


i) Beliau secara diplomasi merendahkan suara kerana menganggap Shimon Peres lebih tua darinya.


ii) Beliau secara berani menyatakan hadirin tersilap memberi tepukan kepada Pembunuh Rakyat Gaza(Peres).


iii) Beliau secara berani dan jujur menyatakan Peres dan Negara Haramnya berperangai pengganas dan pembunuh terhadap rakyat Gaza.


iv) Beliau berani meninggalkan forum tersebut kerana pengerusi forum(Washington Post) tidak bersikap adil padanya.


Walaupun Turki mempunyai Perlembagaan dan Angkatan Tenteranya yang "kuat berugama" Sekular, tetapi uniknya Turki kerana Presiden, PM dan Parti Pemerintah(AKP) mempunyai roh Islamnya yang membara. Kesemua mereka didokong oleh majoriti rakyat Turki.


Peristiwa yang berlaku di Davos itu amat mengejutkan Israel terutama Presidennya (lihat riak wajah Peres) ketika Erdagon memberi ucapannya. Beberapa jam kemudian Peres telefon Erdagon untuk menyatakan kesal dan maaf atas peristiwa di Davos kerana beliaulah(Peres) yang memulakan provokasi terhadap Erdagon.


Rejab Toyyib Erdagon umpama bayangan Badiuzzaman Said Nursi pemimpin ulama Turki yang menentang Kamal Attaturk.


Alangkah bertuahnya Malaysia jika mempunyai pemimpin seperti Erdagon bukannya seperti Mahathir, Pak Lah dan Najib.......lembik lagi penakut!























Monday, January 26, 2009

Antara A.Kugan dan Suwandi


Cuba anda perhatikan kes A.Kugan dengan kes Suwandi. Adakah sama? Ya, tentu anda rakyat Malaysia yang cintakan keadilan menilai kedua kes ini adalah sama iaitu polis cari "kambing hitam" untuk menutup kesalahan mereka.

Dalam kes A. Kugan, kita melihat bagaimana "huru-hara"nya polis mencari si"kambing hitam". Jika dalam kes Suwandi Batu Buruk dulu, Suwandi dijadikan kambing hitam dan si polis yang lepaskan tembakan peluru hidup bebas sebebasnya tanpa pendakwaan. Suwandi dan rakannya terpaksa merengkok dulu dalam penjara sebelum naik mahkamah. Kita lihat AG Gani begitu bersemangat sanggup terbang ke KT untuk dakwa Suwandi dan rakannya.


Mungkin dalam kes A.Kugan, jika A.Kugan panjang umur beliau akan dijadikan si"kambing hitam". Tetapi beliau telah meninggal dunia, maka sasaran polis adalah 2 Timbalan Menteri. Seorang dari MIC dan PPP. Maka berlakulah "perang mulut" antara polis dengan orang politik. Jika dalam kes Suwandi, polis rasa gagah kerana AG Gani bersama mereka.


Tetapi dalam kes A.Kugan dengan tersiarnya gambar mayat dalam internet, AG Gani terpaksa bersama orang politik kerajaan. Apabila AG Gani mengatakan ianya kes bunuh, barulah polis mengendurkan "keangkuhan kuasa" mereka. KP Selangor Khalid yang pada mulanya beriya-iya mengatakan A.Kugan mati akibat sakit paru-paru berair akhirnya panggil 11 orang bawahannya untuk disiasat.


Sekali lagi cuba kita bandingkan bagaimana polis cuba mengalihkan kesalahan mereka dengan menjadikan orang lain sebagai kambing hitam(scapegoat).


1) Dalam kes Suwandi, polis bersalah kerana tembak peluru hidup kepada beliau yang tidak bersenjata. Tetapi Suwandi yang ditembak dijadikan kambing hitam.


2) Dalam kes A.Kugan, polis bersalah menyebabkan kematian beliau. Tetapi orang yang menceroboh bilik mayat dijadikan kambing hitam.


Kes Suwandi, UMNO tidak bela beliau kerana beliau orang Melayu yang sokong PAS. Manakala dalam kes A.Kugan, orang India bersatu walaupun berlainan ideologi semata-mata untuk tegakkan keadilan.


Itulah bezanya UMNO dengan parti perkauman dalam BN.


Akhirkata, kepada Polis Terengganu adakah sudah jumpa manusia yang bakar bendera Malaysia dalam kes Suwandi ? Gambar dah ada takkan belum jumpa. Atau IGP Musa hantar gambar itu ke FBI ?



Friday, January 23, 2009

Tawaf "bogel" ?


Musim haji 1429H yang lalu, Menteri Zahid antara orang yang popular masuk TV terutama TV3. Saban hari, ada saja berita tentang aktiviti beliau di Tanah Suci. tiada diketahui samada itu kempen untuk pemilihan UMNO Mac ini. Yang ingin ditonjolkan oleh media adalah beliau seorang yang cakna tentang masalah jemaah haji. Imej kecaknaan beliau terserlah di musim haji. Kalau anda seorang yang layak mengundi dalam pemilihan UMNO sudah tentu mengundi beliau sebagai Naib Presiden UMNO.


Malangnya, sebaik sahaja beliau menjejak kaki ke bumi Malaysia, perwatakkan beliau berubah 360.5% ! Tak tahulah apa yang dia buat kat Mekah sehingga perangainya berubah. Imej "baiknya" jatuh merundum.


Tuduhan beliau kepada Kerajaan Perak menutup dan menghalau pelajar KEMAS merupakan satu tuduhan berat yang mengaibkan beliau sebagai Menteri "Haji". Kemudian beliau meneruskan langkah"bodoh lagi angkuh"nya melarang pegawai kerajaan Pusat menghadiri Mesyuarat dengan Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.


Jelas, tingkahlaku Menteri Zahid tidak mencerminkan "aksi"nya di Tanah Suci. Rakyat tambah meluat lagi jijik dengan UMNO.


Zahid dengan Khir Toyo sama sahaja. Cuma bezanya Khir Toyo selepas buat fitnah kat Teresa Kok, beliau terus terbang ke Mekah. Manakala Zahid selepas balik dari Mekah terus buat onar kepada rakyat Malaysia yang mengundi PR.


Jika Khir Toyo mungkin ziarah pusara "Abdullah bin Ubai" sebaik buat fitnah, Menteri Zahid pula buat apa kat Mekah? Terkenang amalan jemaah Haji zaman Jahiliyyah, mereka tawaf keliling Kaabah sambil berbogel.


Adakah Zahidpun berbuat demikian yang menyebabkan beliau berperangai "aneh" di tanahair sendiri?

Sunday, January 18, 2009

Penyu tak menangis lagi...


Pipi TPM Najib mungkin menjadi lebih merah lagi berbanding bibirnya. Ini gara-gara kekalahan UMNO di PRK P036. Pak Lah bertuah kerana berada di Bahrain ketika keputusan diumumkan. Pelbagai analisis dan komentar kedengaran mengenai keputusan P036. Pihak UMNO dan BN menyalah satu sama lain.

Antaranya, sepatutnya Roslan Awang Chik atau Zuber Embong JPN patut jadi calon. Ada juga menyalahkan Wan Farid yang begitu elit dan bangsawan. Kita tinggalkan percakaran parti yang bakal ditalqinkan.

Mari kita bicara mesej warga P036.


Sebenarnya kemenangan P036 adalah untuk mereka yang berkenaan :

1) Kemenangan ini untuk dipersembahkan kepada Al Sultan Terengganu. Warga P036 benci perangai UMNO yang menghina Al Sultan mereka di Bandar Diraja sendiri. Warga P036 ada maruah dan sayang kepada Al Sultan. Peristiwa "natang" semasa pasca PRU12 tetap diingati di setiap warga P036. Spesis yang menghina Al-Sultan tiada tempat di P036. Ini UMNO kena ingat.


2) Kemenangan ini buat Suwandi dan rakannya yang ditembak peluru hidup. Warga P036 benci lagak UMNO yang suka memperkudakan pihak keselamatan demi survival politik jahat mereka. Warga P036 tidak rela sebijipun peluru hidup digunakan di kawasan mereka atas faktor politik.


3) Kemenangan ini satu mesej amaran kepada AG Gani Patail bahawa warga P036 benci melihat kesungguhan kamu mendakwa orang yang dizalimi. Ingatlah kesudahan nasib AG Mokhtar !


4) Kemenangan ini satu isyarat amaran seluruh rakyat Terengganu kepada Kerajaan Pusat yang diterajui oleh UMNO, bahawa rakyat Terenganu tidak takut dengan Kuasa Pembuli kamu. Kami tahu kamulah "LANUN dan PEROMPAK" duit royalti minyak kami.


5) Kemenangan P036 adalah satu isyarat jelas bahawa umat Melayu P036 meluat dan juak melihat lagak munafik pemimpin UMNO memperbodohkan dan menghina umat Melayu seperti menghina Raja-Raja Melayu, meminggirkan Bahasa Melayu dalam pendidikan dan menilai tubuh badan umat Melayu dengan harga sehelai kain pelikat !

Saturday, January 17, 2009

Detik-detik kejatuhan Kuasa Kejahatan

6.33 petang
Laporan awal diterima. PAS menguasai DUN Ladang dengan majoriti lebih 1,000 undi.

8.09 malam
Laporan dari bahagian pengiraan undi Stadium Negeri, PAS mendahului dengan lebih 1,000 undi.

8.22 malam
Mesej SMS, PAS menang 2,000 undi.

9.22 malam
Laporan dari bahagian pengiraan undi Stadium Negeri. Dacing kalah dengan 2631 undi.

9.25 malam
TV1 mengumuman keputusan rasmi. PAS menang dengan majoriti 2631 undi. Takbir...Allahuakbar.

9.45 malam
Jalan raya mula sesak dan kelihatan penyokong PR mengibarkan bendera dari kenderaan masing-masing. Mengelilingi bandaraya sambil bunyikan hon. Warga MBKT turut merayakan dengan keluar dari kediaman untuk merayakan kejatuhan Kuasa Pembuli.

Terengganu "merdeka" kali kedua !!! Allahuakbar!

Selayang pandang perjalanan PRK036

10.00 pagi SK Paya Bunga
Alhamdulillah daku tunaikan tanggungjawabku sebagai seorang Muslim dan warganegara mengundi kali ke 6 bermula tahun 1990.

11.35pagi Jln Tok Lam
Kelihatan Dato KJ, Ronnie Ng (DAP) dan MP Kelana Jaya(Gwo Burnie) menziarah dan bertanya khabar penyokong PR. Kelab Penyokong PAS turut bersemangat mengibarkan bendera PAS dan sibuk memujuk pengundi Cina untuk memangkah bulan.
Kedengaran suara juru kempen :
"bulan...bulan...oh bulan..."
"cukup bulan terima gaji.......tadak bulan tadak gaji......"
"pangkah bulan.....hati senang..." (lagunya rentak macam lori jual tilam keliling kampung!)

1150 pagi kaki lima Jln Hiliran
Peniaga-peniaga PR sibuk menjual sticker, baju, vest, minyak wangi dan pelbagai lagi. Pertama kali melihat gerai jualan pada hari mengundi. Mujur MBKT tak datang menghalau. Mereka sibuk jadi pembantu SPR! Tanyalah peniaga-peniaga, sepanjang kempen PRK036, berapa keuntungan dapat? Bayangkan puluhan ribu datang dari seluruh pelusuk negara untuk berkempen di P036.
Tabik kepada peniaga-peniaga ini kerana sebahagian keuntungan mereka di dermakan kepada parti dan Palestin.

2.10 petang SK Ladang
Trak FRU mula mengambil tempat. Mengapa ? Wallahu'alam.
Kelihatan polis trafik bertungkus lumus mengawal lalulintas dalam cuaca panas terik. Satu pengorbanan yang tinggi.

Kota Baharu, Kuantan dan kini.......Kuala Terengganu ?

Adakah Kuala Terengganu akan melengkapkan ibu negeri Pantai Timur jatuh ke tangan Pakatan Rakyat sesudah Kota Baru dan Kuantan? Sesudah PRU 12, banyak ibu negeri jatuh ke tangan PR antaranya Shah Alam, Ipoh, Kota Baru, Kuantan, Kuching dan Seremban.
Bagaimanapun gelombang ini tidak sambut oleh warga KT pada PRU 12 lalu. Kini peluang kali kedua untuk buat perubahan. Adakah warga KT sudah bersedia ke arah itu ?
Sama-sama kita tunggu keputusannya malam ini.

Friday, January 16, 2009

Sekadar nostalgia lama.....mungkinkah berulang ?

Januari 1999, ketika daku masuk ke dalam Masjid Al Fatah Batu 3, daku terpandang seorang berjubah dan berserban putih duduk di saf pertama. Kemudian beliau membaca khutbah (mungkin pertama kali sejak terbinanya masjid tersebut.) Selepas sembilan bulan, Terengganu ditawan PAS dan beliau menjadi MB Terengganu.

Kini Januari 2009, peristiwa yang sama berlaku lagi. Cumanya masa dan tempat berlainan.
Ketika daku ambil wuduk di Surau Haji Muhammad sebelah Sekolah Sheikh Malik, tiba - tiba telingaku menangkap suara serak membaca surah mengimami solat Maghrib. Selepas itu beliau memberi kuliah Maghrib. Mungkin kuliah Maghrib ulung kali sejak surau itu terbina.

Adakah ianya satu tanda kemenangan bakal dikecapi oleh PAS di P036 pada 17hb ini ?
Waallahu a'lam.

Bertuahnya warga P036 !

Jika anda berada di Mesir atau Syria, anda tidak perlu bimbang tentang peragut atau penyeluk saku. Ini kerana dalam masa terdekat sahaja penjenayah itu dapat diberkas oleh polis. Tentu anda hairan bagaimana begitu cepat dan cekap polis dapat memberkasnya sedang tiada polis yang kelihatan kelibat mereka. Ini semua kerana banyaknya SB (polis rahsia) di sana.

Nampaknya suasana Mesir dan Syria dapat dirasai oleh warga P036 kini hingga 17hb ini.
Bayangkan 6,000 orang(rasmi) untuk mengawal sejumlah 80,000 penduduk di Kuala Terengganu. Nisbah seorang polis 1:13. Seorang polis kawal 13 orang. Itu belum lagi laporan yang mengatakan ada 10,000 orang polis di P036. Secara congaknya, ada 4,000 anggota SB di sana.
Ini suatu anugerah untuk warga P036. Wow ! Bertuahnya mereka. Lihatlah nanti laporan stastik kadar jenayah bagi bulan Januari di Kuala Terengganu menunjukkan ianya terendah di Malaysia dan mungkin di dunia!

Kita mengalukan kehadiran polis yang ramai ke P036. Tujuannya untuk keamanan dan keselamatan. Walaubagaimanapun, kita berharap tugas polis tidak disalahgunakan oleh UMNO untuk melindungi kerja jahat mereka menyeludup pengundi hantu.

Tugas polis adalah kerja yang mulia. Tetapi jika diperkudakan oleh orang politik, bermakna ianya bertukar menjadi jijik dan hina.

Syabas dan tahniah buat anggota PDRM yang bertugas penuh dedikasi dan adil. Terutama pasukan trafik yang mengawal lalulintas sepanjang PRK P036.

Friday, January 9, 2009

PALESTIN: Patutkah begitu?


Cuba bayangkan satu hari rumah anda di serang sekumpulan perompak yang zalim dan kejam. Mereka membunuh ibubapa anda. Mereka juga merogol kakak dan adik perempuan anda. Seterusnya menduduki rumah anda.


Anda ketika itu masih kecil ditangkap oleh perompak itu. Mereka arahkan anda tinggalkan rumah tempat kelahiran anda.


Setelah 61 tahun peristiwa hitam itu berlaku, anda kembali semula ke rumah anda dan menuntut hak kepada anak-anak perompak.


Anak-anak perompak bersetuju dengan tuntutan anda tetapi dengan bersyarat. Anda cuma boleh duduk di dalam sebuah bilik kecil yang terdapat dalam rumah itu. Anda juga mesti mendapat kebenaran dari mereka jika mahu keluar dari bilik tersebut.


Anda hanya dibenarkan memiliki senjata sekadar sepucuk pistol air dan sebilah pisau plastik. Manakala kenderaan yang dibenarkan untuk anda hanyalah seekor kuda kepang.


Ramai penduduk kampung itu termasuk ketua kampung mengiktiraf anak perompak itu adalah pemilik rumah itu dan anda sekadar penumpang atau penyewa sahaja.


Hinakah anda? Wajar dan patutkah begitu layanan untuk anda?


Petunjuk:

Anda - rakyat Palestin.

Rumah anda - Bumi Palestin.

Sekumpulan perompak - Pengganas Zionis Irgun, Stern dan Haganah.

61 tahun - Peristiwa Nakhbah.

Anak-anak perompak - Pemimpin Israel kini.

Sebuah bilik kecil - Gaza dan Tebing Barat.

Pistol Plastik - Kalashnikov AK 47.

Penduduk Kampung - Negara di dunia.

Ketua Kampung - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Monday, January 5, 2009

Perancangan Jahat Mesir-Fatah-Israel-Amerika


Hari ini masuk hari ke 10 Gaza diserang oleh Rejim Haram Yahudi. Kematian mencecah hampir 600 orang. Kebanyakkannya orang awam dan kanak kanak.

Serangan kejam keatas Gaza diyakini perancangan 4 pihak iaitu Amerika, Mesir, Israel dan Pergerakan Fatah(PLO).

Bagi Amerika mereka menganggap HAMAS adalah pengganas yang perlu dihapuskan. Mesir pula merasakan lanskap Gaza sebagai tempat subur untuk gerakan Islam adalah satu ancaman kepada Rejim Hosni Mubarak yang menganut fahaman sekular pro Barat. Situasi kebangkitan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan penguasaan HAMAS(asalnya Ikhwan) adalah satu rangkaian gabungan geografi yang amat menggerunkan Hosni Mubarak. Dengan hancurnya Gaza, bermakna Hosni boleh menarik nafas lega kerana musuh kerajaannya berkurangan. Semenanjung Gaza yang terletak di sempadan Mesir adalah tempat penyeledupan senjatan untuk HAMAS menentang Yahudi. Banyak terowong rahsia digali untuk bantuan senjata HAMAS.

Israel melihat ancaman HAMAS sama seperti pandangan Amerika. Perlu dihapuskan. Manakala bagi Fatah pimpinan Mahmoud Abbas inilah masanya untuk membalas dendam. Fatah berdendam kepada HAMAS berdasarkan 2 peristiwa iaitu :

a) Kekalahan memalukan mereka dalam Pilihanraya Umum Palestin yang menyebabkan mereka kehilangan kuasa di Parlimen.

b) Pengusiran anggota Fatah dari Gaza yang menyebabkan mereka lari ke Tebing Barat(West Bank).

Ini juga masanya bagi Muhammad Dahlan sekutu rapat Mahmoud Abbas untuk kembali ke Gaza untuk meneruskan siri kekejamannya. Muhammad Dahlan adalah pegawai Fatah yang terkenal dengan kekejamannya terhadap anggota HAMAS. Beliau adalah agen Israel untuk memburu anggota HAMAS yang dikehendaki Israel. Ramai anggota HAMAS merengkuk di penjara angkara Muhammad Dahlan.

Diberitakan beliau sekarang berada di Mesir menunggu saat kehancuran HAMAS untuk masuk ke Gaza. Israel menerbangkan beliau bersama 5,000 pengikutnya melalui pesawat khas menuju Mesir.

Kesimpulannya serangan keatas Gaza adalah komplot Mesir-Fatah-Israel-Amerika. Israel menyerang dan menjadikan Gaza bagai jarak padang jarak terkukur. Mesir menutup pintu sempadan agar rakyat Palestin tidak dapat cari perlindungan dan lari ke Mesir. Dan akhirnya rancangan ini sempurna dengan kembalinya Fatah ke Gaza untuk berkuasa semula. Kembalinya Fatah ke Gaza umpama Monggol masuk ke Baghdad.
Wa Islama Palestin! Wahai Islamku Palestin! Tiadakah lagi MUKTASIM zaman moden ini?

Saturday, January 3, 2009

Tradisi Membuli Rakyat


Setiap kali musim perayaan atau peristiwa penting, muncullah PM di kaca TVuntuk berucap. Maka berserulah PM supaya rakyat jaga perpaduan, jaga hubungan kaum, jangan sengketa agama , jangan balah tumbuk sesama sendiri, jaga kerjasama hingga berbuih-buih mulut PM bagi nasihat. Mulut manis, hati busuk!


Sikap Kerajaan Persekutuan terhadap Kerajaan Negeri tidak berubah-ubah sejak zaman Tunku hinggalah kini. Cumanya zaman Tunku hingga zaman Tun Hussein Onn tidaklah melampau sangat berbanding zaman Dr Mahathir dan Pak Lah. Zaman Mahathir dan Pak Lah asyik membuli kerajaan negeri yang diterajui parti pembangkang.
Sepatutnya Kerajaan Pusat menjadi bapa mithali kepada anak-anak mereka seramai 14 orang(negeri). Malangnya Kerajaan Pusat mengamalkan diskriminasi terhadap Kerajasan Negeri yang diterajui PR. Bukan sahaja menjadi bapa tiri yang jahat tetapi pembuli yang dahsyat lagi kejam!


Lihatlah Kelantan. Mungkin TGNA dah kalih dengan sepak terajang Pembuli Pusat(Kerajaan Pusat). Dah kering air mata TGNA mengenang layanan Putrajaya terhadap Kelantan. Bukan sahaja negeri di dera bahkan anak TGNA sendiri dikurung di Kemunting selama 6 tahun. Pelbagai sekatan, ugutan dilakukan oleh Pembuli Pusat. Dari bantuan baja, bantuan geran, penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) hinggalah ancaman perlaksanaan hudud.


Selepas itu Terengganu menjadi mangsanya pula. Apabila PAS menang di sana tahun 1999, royalti minyak dirampas. Kemudian penubuhan JPP(bantuan RM melalui Ketua Bahagian UMNO), JKKK untuk lawan Jawatan Kuasa Syura Rakyat(JSR) dan penutupan MRSM.


Kini selepas Selangor, Perak , Kedah dan Pulau Pinang jatuh ketangan PR, pelbagai ancaman, ugutan dan sekatan direkacipta oleh Pembuli Pusat. Antara perangai buruk Pembuli Pusat ialah :


a) mewujudkan JKKKP di negeri PR. Tujuannya untuk menporak perandakan perpaduan komuniti kampung. Jika di Terengganu spesis ini dinamakan "Jin Kampung". Hey Pak Lah! Inikah dinamakan perpaduan? Poooraah!


b) menggunakan agensi kerajaan untuk menafikan bidang kuasa kerajaan negeri Selangor. Anda lihat semasa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, siapa seolah-olah ketua kerajaan negeri. Bukan Khalid Ibrahim tapi Khalid Abu Bakar weeh! Begitu juga JKR dengan melambat-lambatkan penyerahan laporan kepada kerajaan negeri. Ini permainan busuk hati Pembuli Pusat.


c) Menteri Johari Baharom mengumumkan penubuhan Tabung Bencana Alam di Kedah dengan beralasan kerajaan negeri Kedah tiada tabung tersebut. Apa motifnya? Supaya RM senang masuk poket UMNO.


d) Terbaru Pembuli Pusat mengeluarkan ancaman terhadap Kerajaan Perak mengenai pemberian geran tanah kepada rakyat Perak. Melalui TPM Najib, pembuli mendakwa hak lulusan pemberian tanah adalah bidang kuasa Putrajaya.

Hoi Najib! Anda perlu masuk semula Tingkatan 3 untuk belajar tentang Perlembagaan Negara. Atau anda tersasul tentang Perlembagaan Mongolia ? Ini Malaysialah bukan Mongolia weeh!


Satu lagi lagi perangai buruk mereka selain pembuli ialah "Ayam Gila Ngeram". UMNO di negeri PR memerintah berlagak macam ayam gila ngeram. Mereka masih khayal seolah-olah masih berkuasa. Berlagak seperti parti pemerintah bukannya parti pembangkang. Masih tak sedar diri dengan kekalahan dalam PRU12.
Sifat federalisme yang dimiliki oleh Kerajaan Pusat sekadar tinggal nama. Tiada semangat federalisme lagi. Sepatutnya semangat inilah diamalkan tetapi malangnya bertukar menjadi PEMBULI.
Kita patut belajar dari sejarah pepecahan Soveit Union. Negeri-negeri naungan USSR berpecah dan menuntut kemerdekaan kerana tidak tahan dibuli oleh Moscow yang dikuasai oleh Russia.
Tidak mustahil ianya bakal berlaku di Malaysia jika keadaan ini tidak dibaiki semula.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...