ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, August 25, 2008

Anda di pihak mana?

Adakah PAS sekarang terbahagi kepada 2 aliran pemikiran ? Iaitu :


1) Mahu penubuhan Negara Islam diwar-warkan kepada rakyat Malaysia. Hubungan dengan DAP ditamatkan.



Golongan ini mahu sejelas-jelasnya pimpinan PAS mengwar-warkan kembali istilah Negara Islam seperti sebelum Mac 2008. Seminar tentang Dokumen Negara Islam di hidupkan kembali. Golongan ini tidak puas hati, risau dan bimbang dengan perkembangan politik terkini . Antaranya layanan Kerajaan PR yang dikuasai oleh PKR dan DAP terhadap ahli PAS dalam perlantikan ahli PBT, seruan DAP supaya diambil tindakan keatas ahli PAS dan PKR yang anti Forum anjuran Majlis Peguam dan yang terakhir isu Negara Sekular yang diperjuangkan oleh DAP semasa Kongres parti itu baru-baru ini.



Bagi mereka, DAP tidak pandai menjaga hati rakan-rakan dalam PR. Ulasan-ulasan pimpinan DAP tentang Negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS amatlah terlalu"anti Islam". Sikap kurang ajar DAP menyuruh mana-mana parti yang tidak setuju Negara Sekular supaya tinggalkan PR amatlah menguris hati PAS. Watak-watak seperti Karpal Singh perlu 'ditiadakan" dan "diluputkan tarikh" dalam PR.







2) Mahu istilah Negara Islam di tukar kepada diwar-warkan Negara Berkebajikan. Hubungan dengan DAP diteruskan demi jangka panjang dakwah.



Golongan ini isu perjuangan Negara Islam mesti ditegakkan tetapi menurut kaedah yang berbeza dan keadaan semasa. Bagi mereka, jika istilah Negara Islam boleh menggerunkan orang bukan Islam maka penukaran istilah nama perlu diadakan iaitu Negara Berkebajikan. Dan nampaknya istilah ini berjaya menarik minat undian dari bukan Islam dalam PRU 12 baru-baru ini. Golongan ini menganggap nama istilah tidak penting tetapi penghayatan dan isinya yang penting.



Mereka mungkin membuat kajian / eksperimen mengapa sebelum PRU 12, golongan bukan Islam amat takut dan phobia dengan istilah Negara Islam. Lebih-lebih lagi dengan propaganda jahat UMNO, MCA dan MIC tentang Negara Islam yang menakutkan bukan Islam. Maka istilah Negara Berkebajikan di"hightlight" semasa PRU 12 dan ianya amat berkesan. Untuk memahamkan golongan bukan Islam tentang Negara Islam memerlukan masa dan kesabaran. Ia juga perlu melalui proses yang berpanjangan. Cabarannya juga silih berganti. Sokongan bukan Islam kepada PAS dalam PRU 12 terbahagi kepada 2 golongan :


i) Mereka yang sokong PAS untuk penubuhan Negaran Islam. Kebanyakkan mereka adalah dari Kelab Penyokong PAS.


ii) Mereka yang amat membenci UMNO dan BN atas kezaliman dan ketidakadilan kerajaan seperti isu ISA, perkauman dan Hindraf. Mereka terdiri dari DAP dan non partisan.

Golongan inilah ingin "memandu" kedua kelompok diatas terutama (ii) kearah mengenali istilah politik Islam yang sebenar. Mereka ini memberi gambaran tentang Negara Islam secara diplomasi. Sebab itu golongan ini lebih "mendiam diri" setiap kali suara sumbang Karpal Singh berkumandang. Berdiam diri itu bukan bermakna setuju tetapi lebih kepada "biarlah si Karpal bercakap seorang diri hingga letih dan puas". Mungkin bagi golongan ini, mereka akan mengemukakan hujah untuk membalasnya pada waktu dan masa yang sesuai.
Bagi golongan ini, mereka tidak mahu bertindak dan beraksi terlalu gelojoh dan gopoh. Golongan ini tidak mahu kehilangan sokongan bukan Islam berulang kembali akibat kesilapan"pengurusan kemenangan" selepas PRU tahun 1999. Golongan ini percaya dalam sistem demokrasi, perancangan dan strategi perlu mantap. Mungkin pengalaman Refah dan AKP di Turki menghadapi sekular sedikit sebanyak diambil kira oleh golongan ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...