ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, July 28, 2008

Lambatnya Muktamar.....


Sejak Pak Lah dedahkan pertemuan UMNO-PAS hingga sekarang isu itu bertambah panas.Bukannya bertambah sejuk. Walaupun mesyuarat Majlis Syura Ulamak di Kota Baharu menetapkan fail muzakarah telah ditutup tetapi nampaknya isu ini masih kedengaran dimana-mana. Turut "memeriahkan" suasana dengan penglibatan Karpal Singh. Tidak lupa juga Khir Toyo dan Tajol Rosli.

Apabila Mursyidul Am PAS buka mulut tentang bubar UMNO-PAS untuk tubuh parti baru, isu semakin besar. GERAKAN, MIC dan MCA turut tumpang semangkuk. Terbaru, Ketua Penerangan Mahfuz Omar meminta"maaf" atas ketidaktahuan beliau selaku Menteri Penerangan PAS tentang 3 kali pertemuan UMNO-PAS. Beliau mati-matian menafikan berlaku pertemuan itu. Kenyataan terbaru Mahfuz antaranya :

a) Menuntut INDIVIDU TERBABIT tampil beritahu ahli bawahan tentang pertemuan 3 kali itu. (nampaknya masa kita dibazirkan sedangkan banyak isu lagi perlu ditangani)

b) Menyeru PIMPINAN PAS jujur terhadap ahli dan penyokong.

( kalau itu seruan Mahfuz, nampaknya perasaan curiga mulai menapak di kalangan sesama pimpinan. Ingat! Mahfuz ialah Ketua Penerangan)


PAS Perak juga yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Awang, MB Nizar dan Ustaz Idris Ahmad begitu bersungguh-sungguh berpegang dengan janji untuk bersama Pakatan Rakyat. Mereka selesa dengan kerajaan di Perak. Kalau kita lihat DAP Perak dengan DAP Pusat tidak begitu "ngam". Ianya sejak isu Lim Kit Siang seru boikot Majlis Angkat Sumpah MB. DAP Perak memahami situasi di Perak berbanding dengan Karpal Singh yang berkejar kemari cari duit, cari kes di mahkamah. Lagipun Karpal dah "luput tarikh"(Roslan SMS janganlah layan sangat si Karpal bukankah Presiden PAS telah labelkan Karpal semasa PRU11)


Berbalik dengan isu muzakarah tadi, sdr. Mahfuz amat-amat terkilan dengan apa yang berlaku. Kalau anda ditempatnya selaku Ketua Penerangan tentunya anda rasa keperitannya dan "merah padam muka". Apatah tak, siang malam menjerit dalam ceramah menafikan pertemuan UMNO-PAS berlaku, tiba-tiba ianya berlaku tanpa pengetahuan AJK Pusat hatta Mursyidul Am. Mahfuz seakan menyindir pada INDIVIDU TERBABIT, jika tiada berani memberi laporan kepada ahli bawahan, beliau akan dapatkan laporan dari Khir Toyo. Cantik!

Rasanya Mursyidul Am juga geram apa yang berlaku. Walaupun beliau cuba "adjust" dengan menukar MUZAKARAH kepada MUQABALAH juga tidak berkesan, maka beliau "test market" dengan bubar parti. Baru semua pimpinan lebih-lebih INDIVIDU TERBABIT ternganga-ngaga.

Setakat ini INDIVIDU TERBABIT yang masih membisu seribu bahasa ialah Ustaz Nasharudin dan Cikgu Pa. Sdr. Khalid Samad telah mengakuinya hakikat sia-sianya bertemu UMNO tempoh hari. Tapi sempat memperkenalkan istilah baru" buying time".


Cuba anda bandingkan isu PAS Terengganu jumpa MB Terengganu. Mengapa ahli PAS tidak bising? Jawabnya kerana pertemuan itu diadakan dalam pengetahuan ahli dan umum. Pertemuan itu diadakan di dalam bilik yang diterangi spotlight! Bukannya seperti 3 pertemuan didalam bilik gelap gelita!


Apapun, dalam Muktamar di Ipoh nanti banyak perkara boleh dimuhasabahkan oleh pimpinan PAS dan ahli. Bagi pimpinan PAS, mereka perlu selaraskan kenyataan media. Jangan berbelit-belit dengan berbagai istilah. Golongan marhein tak faham weh! Lantik seorang sebagai "jurucakap" yang bertindak mengeluarkan sebarang kenyataan dari pimpinan. Dalam muktamar nanti, pimpinan keluarkan satu deklarasi/resolusi yang akan digunapakai oleh ahli dengan teguh.

Mungkin yang penting, pimpinan PAS Pusat terutama INDIVIDU TERBABIT boleh pelajari sesuatu sesuatu dari PAS Perak pimpinan Ustaz Ahmad Awang. Cikgu PA boleh terus tanya Ustaz Ahmad sebelum menulis dalam blognya!

Lambatnya muktamar weeh....





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...