ARTIKEL BOMBASTIK

Sunday, June 30, 2013

PRK Kuala Besut : Boikot macam PRK Batu Talam ?



Adakah PAS perlu boikot PRK Kuala Besut?

PAS pernah boikot PRK Batu Talam 2007 selepas Pas tewas di tangan BN di Kuala Berang, Terengganu (Ogos 2004) dan Pengkalan Pasir, Disember 2005.

Semasa PRU 2004 yang menyaksikan Terengganu dapat ditawan semula oleh BN melalui proses pilihanraya yang amat meragukan dengan peratus keluar mengundi di Terengganu meningkat mendadak hingga kepada 95%, PAS masih "percaya" kepada penipuan berhemah SPR dengan menyertai PRK Kuala Berang Ogos 2004.

Tetapi setelah kalah kali kedua dalam PRK Pengkalan Pasir,Kelantan Disember 2005, PAS mengambil langkah drastik memulaukan PRK Batu Talam Januari 2007.

Timbul persoalan,mengapa PAS tidak boikot PRK Kuala Berang sedangkan jarak masanya dengan PRU 2004 hanyalah 5 bulan sahaja.

Antara alasan PAS boikot PRK Batu Talam ialah  bertujuan mendedahkan kepincangan yang berlaku  dalam proses pilihan raya dan SPR dan memberi mesej kepada SPR mengenai kepincangan yang berlaku.

Kali ini,kepincangan dan penipuan SPR terserlah,tersuluh silau hinggakan Perhimpunan 505 beberapa kali diadakan dan mendapat sambutan hangat dari rakyat yang peduli tentang keadilan dan ketelusan.

Berbeza dengan situasi PRK Batu Talam. Ketika itu majoriti rakyat tidak peduli hal ketelusan. Hanya parti politik yang sibuk "melondehkan" kejahatan SPR. Kini dengan media alternatif dan rakyat marhein serta orang muda maupun mahasiswa, suasana sudah berubah.

Hari ini, terus terang SPR menipu dan bukti penipuan sudah ada "atas darat" !

Adakah dengan menyertai PRK Kuala Besut bermakna PR mengiktirafkan kepimpinan Pengerusi dan Timbalannya yang "ribuan" kali menipu rakyat?

Atau adakah dengan menyertai PRK ini, bermakna PR bersedia masuk "lubang" dan dipatuk ular buat kali kedua ?

Atau PAS tetap masuk PRK Kuala Besut atas dalil untuk berdakwah?

Barangkali cadangan Lim Guan Eng boleh dihalusi dan diperdebatkan.

Apapun, PAS dan PR berada di dua persimpangan. Dan pastinya, bola sedang berada di kaki PAS !





Dengan langkah longlai kura-kura baru bergerak............jeng..jeng..jeng..



Setelah habis modal untuk menipu,akhirnya dengan "langkah longlai, lembab,lpergerakan kura-kura", SPRM membuka kertas siasatan keatas SPR.

Biasalah,"Barua" siasat "barua". Dua kali lima.

Bayangkan jika kes membabitkan Pembangkang, SPRM turun bangunan (maaf...bukan orang dibuang dari bangunan!) tanpa lif dan tangga! Demi untuk siasat kes babitkan pembangkang.

Percayalah,kes ini bakal di"bakulsampah"kan. Bakul sampah bersepah dalam bangunan SPRM.

Thursday, June 27, 2013

SPR letakkan Malaysia berada dunia primitif @rimba?



Dakwat SPR terus jadi bahan lawak jenaka.Badutnya tetap Aziz dan Wan Ahmad.

Sekarang ingin tumpang mahu jadi badutnya ialah Shahidan Kasim.Terkini Tengku Adnan Mansor tumpang semangkuk jadi badut tambahan untuk tolong Aziz dan Wan Ahmad.

Aziz kembali kepada takdir yang menjadikan dakwat kekal tiba-tiba jadi tidak kekal.
Wan Ahmad tidak rela dunia akhirat kepada jutaan rakyat yang mengutuknya.
Shahidan Kasim dedahkan resepi rahsia dakwat kekal gunakan perasa makanan.
Akhirnya Tengku Nan bilang dakwat kekal sesuai untuk Dunia Ketiga bukan Malaysia.

Malangnya Malaysia masih berdebat tentang dakwat dikala dunia berfikir tentang globalisasi,angkasa lepas,teknologi canggih.

Jawapan Aziz dan Wan Ahmad lebih menjurus jawapan penipu. Jawapan Shahidan pula seperti Maharaja Lawak.

Dan jawapan Tengku Nan menzahirkan wajahnya dari Dunia Amazon ! Orang asli Amazon walaupun hidup dalam suasana primitif tetapi berfikiran Dunia kelas Pertama.

Manakala Tengku Nan walaupun hidup di Putrajaya yang canggih teknologi tetapi fikirannya bertaraf Dunia Ketiga. Lebih rendah pemikiran dari JKKK.

Wednesday, June 26, 2013

TAHUKAH ANDA ? Sejarah 5 Mei ......







Tahukah anda ?
Pada tarikh 5 Mei 2013 .........
Satu pemandangan pelik berlaku......bakal tercatat rekod dunia
di bumi Malaysia

Tahukah anda?
Pada hari itu, jutaan rakyat Malaysia yang bergelar
pengundi manusia maupun pengundi hantu
telah keluar dari Pusat Mengundi
sambil 
hisap jari...
wow...wow .....lazatnya...sedapnya
ada perasa cokelat...ada perasa strawberi ....ada perasa durian

Terima kasih SPR
Terima kasih Aziz dan Wan Mat
kerana letakkan perasa makanan 
dalam dakwat.......kah...kah..kah
selepas mengundi, boleh hisap jari

PRU 14 nanti
SPR mahu letak perasa apa pula dalam dakwat?
Rakyat sabar menanti !



Monday, June 24, 2013

Sila tafsir gambar ini ikut ilmu masing-masing


HUMOR PARLIMEN








Agaknya siapa duduk di kerusi tengah yang kosong itu?
Orang yang duduk itu bakal menjadi perantaraan dialog damai Najib-Anwar
Barangkali Kerajaan Campuran ?

Anda silap perkiraan....
Sebenarnya Najib tunggu Rosmah duduk di kerusi itu.
Bukankah Rosmah First Lady?

Ikuti dialog "nakal" ini :

ANWAR : Jib, bila Ros datang ni....belum habis menyolek ke?

NAJIB : Sabar Brother Nuar....kejap lagi...tidak lama lagi. Ros telefon tadi....kapalterbang baru mendarat. Ros baru balik dari New York...beli beg tangan baru.....opps bukan beli,kenalannya bagi hadiah......

Sunday, June 23, 2013

23 Jun 2002 : Dia sudah pergi....kita pula menyambung perjuangannya.



Hari ini genap 11 tahun pemergian beliau. Tarikh 23.6.2002, adalah hari yang duka bagi para pendokong gerakan Islam di Malaysia, apabila dimaklumkan bahawa YB Ustaz Hj Fadzil bin Mohd Noor dipanggil balik bertemu dengan Allah SWT di HUKM, Kuala Lumpur setelah hampir 2 minggu berada di katil menerima rawatan di HUKM, Kuala Lumpur.

Pertama kali daku mendengar ceramahnya semasa ceramah perdana sempena Pembukaan Madrasah Darul Quran Rhusila akhir 80an. 

Mukaddimah ceramahnya agak perlahan tetapi lama kelamaan menyengat penuh ilmiah,sindiran,sinis,lucu,kiasan, mantik dan "peluru berbisa" kepada musuh.

Muktamar PAS 2002 Kota Bahru adalah muktamar terakhirnya.Penggulungan beliau di akhir muktamar itu adalah penggulungan terakhir buatnya.

Antara kata-katanya semasa penggulungan wida' itu, 
" Payah hendak berpisah dengan orang yang dikasihinya". 

Seolah-olah beliau tahu "isyarat" kematiannya.Benar selepas itu, beliau menjalani pembedahan pintasan jantung dan tidak sedar hingga kematiannya.

Beliau menghembuskan nafasnya ketika pimpinan atasan PAS bermesyuarat dan tarikh mesyuarat itu ditetapkan sendiri oleh beliau.

Kasih dan hubungan beliau dengan Anwar Ibrahim berpanjangan. Walaupun asalnya bersama dalam ABIM tetapi apabila Anwar pilih masuk UMNO, beliau tetap berhubungan dengan Anwar atas dasar sahabat.

Jika Anwar ada Nurul Izzah,beliau ada Muna Izzah. Satu tanda keakraban mereka berdua.

Dalam pada itu beliau tetap "menembak" Anwar dengan sindiran. Ketika Anwar memegang jawatan Menteri Pertanian. Beliau menyindir Anwar sebagai Menteri Jaga lembu Kerbau.

Semasa Anwar dibuang dari UMNO dan ISA bermaharaja lela, beliau pergi berjumpa Anwar di rumah Anwar tanpa pengetahuan pimpinan tertinggi PAS.

Ketika Anwar kena ISA kali pertama,beliau diberitakan sanggup tidak melanjutkan pelajarannya peringkat lanjutan di Mesir semata-mata menunggu Anwar bebas.

Tetapi kali kedua Anwar di penjara, beliau tidak sempat menunggu hari pembebasannya kerana panggilan Ilahi buatnya.

Pada era beliaulah:
- Kelantan dan Terengganu kembali menjadi milik PAS (1990 dan 1999).
- Ketua Pembangkang kembali semula  kepada PAS setelah sekian lama dipegang DAP. 
- Misi dakwah PAS menembusi orang Cina melalui ceramah di Tokong Cina dan Dewan Perniagaan Cina.
- Pakatan Pembangkang kuat dibentuk seperti Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif.

Bayangkan jikalau beliau masih hidup, apa perasaan beliau melihat Presiden PAS,Pengerusi DAP dan Ketua Umum PKR duduk satu pentas dan dihadiri anak-anak muda pelbagai kaum.

Itulah dia insan yang mulia bertaraf mujahid ummah, Almarhum Ustaz Fadzil Nor.

DaripadaNYA kita datang dan kepadaNYA jua kita kembali.



Friday, June 21, 2013

AWAS : Empangan KL pecah esok !






Jika empangan pecah, tiada siapa yang mampu menutup lubang kebocoran itu.
Airnya mengalir deras.
Lubang kebocoran itu semakin lama semakin membesar.
Jika ada usaha untuk menghalang air dari mengalir,ini mengakibatkan air itu mengalir dan mencari jalan dan lubang lain.
Yang pasti, lubang kebocoran empangan semakin besar dan air tidak lagi boleh dihalang untuk mengalir dan terus mengalir.
Biarkan air terus mengalir.Akhirnya air itu surut jua setelah penat mengalir.......

Begitulah untuk hari esok di Kuala Lumpur.
Cuba menutup dan menghalang perhimpunan rakyat tiada maknanya.
Mereka datang jua.Samada dari Timur,Barat,Utara dan Selatan.
Menaiki bas,kereta,motorsikal maupun berjalan kaki.
Semuanya umpama air yang mengalir deras.
Menghalangnya umpama cuba menutup lubang kebocoran empangan dengan duit syiling
lima puluh sen !

Thursday, June 20, 2013

May day...may day....NATO,sila ke Padang Merbok...bom burung merbok!


Polis akan meminta bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara yang mungkin timbul andai pembangkang meneruskan perhimpunan mereka di ibu negara Sabtu ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata setakat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil langkah perlu bagi menghadapi perhimpunan yang dijangka diadakan di Padang Merbok itu.


Hebat betul kenyataan Datuk Salleh Mat Rasid. Mahunya dia panggil ATM untuk hadapi Perhimpunan Aman Rakyat.

Alangkah elok dan cantiknya jika beliau panggil ATM untuk hadapi penjenayah-penjenayah yang sedang berseronok sakan di Malaysia hingga rumah kerabat TPM dan IGP pun mereka berani ceroboh.

Jahat benar rakyat kita sampai Tuan Salleh mahu panggil askar.
Adakah rakyat kita lebih jahat dari Sang Sulu di Lahad Datu ?
Sang Sulu diajak berdiplomasi hingga 14 orang polis dan askar syahid
Hadapi rakyat guna kekerasan...hadapi Sang Sulu dengan diplomasi?

Beginilah wahai Tuan Salleh,
elok tuan telefon NATO minta bantuan jet-jet pengempur
agar gugurkan bom macam di Libya dan Aghanistan
senang kerja tuan dan senang kerja UMNO !
lagipun ATM tiada masa layan tuan...mereka sibuk di Lahad Datu

Bila lagi Mat Said nak ajak gocoh atas kubur?



"Saya tanya soalan yang spesifik iaitu kepada syarikat mana projek ini diberikan. Kalau saya gunakan bahasa 'jawapan bodoh' tak kena dengan dewan tapi jawapan memang jawapan bodoh," katanya.

Ahmad kemudiannya melenting dan berkata 'dah soalan bodoh, jawapan biar bodohlah. Mung (awak) mahu apa lagi?'


Nasib ADUN Batu Buruk tidak seburuk ADUN Wakaf Mempelam ketika menghadapi MB Terengganu Mat Said.

Nasib baik Mat Said tidak cabar YB Batu Buruk untuk "bergocong" atas kubur belakang Wisma Darul Iman.

YB Wakaf Mempelam ada pengalaman dengan Mat Said. Mat Said semasa duduk bawah ketiak Deris Jusoh pernah ajak Haji Wahid Endut "bergocoh" kerana pedih telinga dengar perbandingan Zionis dengan UMNO gara-gara roboh Masjid Bujal.

Barangkali darah Mat Said sejuk sikit kini sejak beliau buka Zoo Bukit Takal. Iyalah sejak berkawan dengan kura-kura,ular,penyu dan reptilia. Haiwan ini berdarah sejuk.

Tapi jika beliau mula berjinak dengan harimau dan singa,bagaimana suhu darahnya?

Ini yang perlu YB PAS hati-hati !

Betul, betul ...ianya perlu ditulis semula.


Sekonyong-konyong Dr Mahathir mahu buku-buku sejarah Malaysia perlu ditulis semula agar mengandungi masalah yang dihadapi negara pada masa lampau dan langkah diambil kerajaan bagi menyelesaikan isu seumpama itu, supaya sejarah negara lebih difahami generasi muda.

Memang patut sejarah negara dibukukan semula dengan mengandungi permasalahan negara dan bagaimana UMNO menanganinya.Antaranya :

i) Sejarah Memali. Sejarah ini perlu ditulis semula agar generasi Y memahami bagaimana UMNO dengan rakus bertindak lebih kejam berbanding menghadapi PKM di Baling 1955

ii) Sejarah royalti Terengganu tahun 2000. Sejarah ini juga perlu ditulis kembali untuk tatapan generasi Y agar mereka tahu betapa jahat dan zalimnya UMNO bertindak keatas bangsanya sendiri yang satu agama dengan merampas royalti Terengganu semata-mata kerana Terengganu diperintah PAS.

iii) Sejarah memalukan Raja-Raja Melayu. Sejarah ini perlu ditulis semula untuk generasi Y tahu "hebat"nya UMNO membela Raja-Raja Melayu hingga "menelanjanginya" . Itulah kerja UMNO yang diketuai oleh Dr Mahathir.

Itulah antara tiga contoh peristiwa sejarah yang perlu ditulis semula. Dalam buku sejarah tersebut perlu dinyatakan kedua peristiwa itu berlaku di zaman Mahathir. Generasi Y bakal tahu siapakah yang bertindak zalim terhadap bangsa sendiri.

Kita tidak mahu Generasi Y mengenali Mahathir sekadar melalui KLCC,LIMA dan Langkawi.
Kita juga mahu Mahathir dikenali melalui buku-buku sejarah sebagai pengkhianat bangsa Melayu,Raja-Raja Melayu dan Negeri-negeri Melayu !


Wednesday, June 19, 2013

22 JUN : Khalid , anda mampu mengubahnya........



Semasa PDRM dibawah era Hanif Omar
bedilan gas pemedih mata di Kampung Memali 
menjadi sejarah hitam negara.

Semasa PDRM di bawah era Rahim Nor
tumbukan padunya menyebabkan Anwar tersungkur 
dan matanya lebam
bedilan gas pemedih mata ke atas Reformasi .

Semasa era PDRM di bawah Musa Hasan
meneruskan warisan Rahim
bedilan gas pemedih mata ke atas BERSIH 1.0, 2.0,3.0

Semasa era PDRM di bawah Ismail Omar
meneruskan warisan Rahim dan Musa
cumanya diakhiri eranya penuh kegemilangan 
dengan tiada satupun kelongsong
gas pemedih mata berguguran di jalan-jalan KL
semasa HKL 112#

Kini PDRM di bawah era Khalid Abu Bakar
tarikh 22 Jun 2013
akan buktikan ke arah mana PDRM ingin dibawa Khalid........
atau dunia bakal menyaksikan
ratusan kelongsong gas pemedih mata bakal berguguran
di jalan-jalan metropolitan KL nanti...........

Khalid,anda mampu mengubahnya !

Tuesday, June 18, 2013

IRAN : Utamakan mazhab dari kepentingan Ummah.

Iran dan Gerakan Islam: Suatu Penilaian semula.


Iran sebuah negara yang mempunyai kekuatan tentera ke 5 terkuat di dunia semasa pemerintahan Shah Iran. Apabila berlaku Revolusi Islam Feb 1979, jatuhnya Shah Iran dan naik Ayatollah Khomeini ke tampuk pemerintahan Iran, kebanyakkan Gerakan Islam di seluruh dunia memberi sokongan kepada Iran.


Gerakan Islam termasuk PAS dan Ikhwanul Muslimin menjadikan Iran satu ikon baru untuk diikuti atau paling kurang sebagai "cahaya baru" bagi Islam bagi sambutan abad ke 15 Hijrah.


Kini setelah 34 tahun lahirnya Repablik Islam Iran, timbul beberapa persoalan tentang peranan Iran terhadap Gerakan Islam seluruh dunia.


Antaranya sikap Iran terhadap Mujahidin di Afghanistan. Iran di lihat lebih mementingkan semangat mazhab dalam menangani isu Afghanistan.

 Ketika Taliban memerintah Afghanistan, Tehran menzahirkan sikapnya menyokong Rashid Dustom yang bermazhab Syiah Ismaliyah yang sesat yang berpengkalan di Mazar e Sharif. Yang mana akhirnya selepas September 11, ianya dinamakan Pakatan Utara yang bersekutu dengan Amerika Syarikat untuk menjajah Iran.


Walhal Iran yang "bermusuh" dengan Amerika sejak Revolusi Iran lagi, tiba-tiba menyokong Pakatan Utara yang sealiran Syiahnya walaupun Amerika bersamanya.


Begitu juga dengan isu Syria terkini. Syria walaupun mempunyai 74% majoriti Sunnah tetapi pentadbirannya dikuasai oleh 11% pengikut Syiah Alawi.

Walaupun  Syria mengamalkan sistem diktator yang menindas rakyat tetapi Iran dilihat menyokong regim ini atas dasar assobiyyah mazhab sekalipun berlainan Syiahnya.


Mengapa Iran menyokong Basar Assad yang membunuh rakyatnya sendiri? Jika Tehran beralasankan Amerika di sebalik demostrasi itu, mengapa Iran bersama Pakatan Utara yang bersama Amerika menjajah Afghanistan?


Semakin lama sikap mementingkan mazhab Syiahnya semakin terserlah oleh Iran. Iran tidak lagi dilihat oleh Gerakan Islam sebagai ikon yang terbaik buat Gerakan Islam. Kini Turki mengambil alih tugas ini buat Gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir, Libya, Tunisia, Syria dan juga Asia Tenggara.


Iran hanyalah mementingkan menjaga "tempat suci" di Karbala, Iraq, saudara Syiahnya di Syria dan Afghanistan.


Zaman Gerakan Islam mengambil Iran sebagai ikon seharusnya sudah berlalu. Gerakan Islam perlu mengkaji semula sikap Iran di dunia Islam.


Iran hanya mementingkan fahaman karutnya yang dicampur dengan politik demi politik mazhabnya. Dengan campuran "menunggu Imam Mahdi yang hilang dalam lubang" dengan politik Syiahnya suatu yang mustahil bagi Gerakan Islam menaruh harapan terhadap Iran.


Mana mungkin Iran yang berakidah keturunan Imam Husin sebagai Imam Mahdi menerima Sunnah yang tidak menganggap isu Imam Mahdi sebagai perkara akidah yang ketat.


Suatu yang tidak mustahil, Iran boleh bersama Israel jika Israel "meraikan" fahaman Syiah Iran terutama perkara Imam Mahdi dan menikam belakang Gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin dan Hamas.


Alhamdulillah, Dr Yusof Qardawi telah melihat dan menyedari politik sepak teranjang Iran. Beliau menyedari kini Iran tidak boleh dipercayai. Bila-bila masa Iran beralih arah demi mazhabnya menyokong Amerika dan Israel.


Permusuhan Iran dengan Amerika dan Israel sekadar "lakonan". Iran menafikan Holocaust dan Israel mengacah menyerang Iran. Hakikatnya mereka amat bimbang dengan kebangkitan Gerakan Islam di benua Arab.

Kita mendoakan di kala Arab Mesir, Tunisia dan Libya berjaya dengan "Arab Spring", anak-anak muda Iran sedang mengorak langkah menjayakan " Persia Spring " untuk kembali ke landasan Islam yang sebenar setelah ratusan tahun bumi Parsi di sesatkan oleh fahaman Abdullah bin Saba'

BUKU SIRAH NABAWIYYAH - dapatkan segera !




SIRAH NABAWIYYAH - mutiara perjalanan mukmin


oleh : Abu Kholid Marwan ( Tok Pepijat)




Dalam 3 jilid. Keistimewa buku ini :


a) Rujukan dari buku-buku Sirah karangan ulamak silam dan mutakhir.


b) Ayat-ayat di dalamnya mudah dan ringkas.


c) Kandungan buku diolah berbentuk nota supaya senang difahami dan dihayati.


d) Mengandungi fakta, peta , illustrasi dan foto.


e) Soalan Percambahan Minda yang membuka minda dan membuka ruang berfikir.


Sesuai untuk semula lapisan dan golongan peringkat umur :

a) Untuk pelajar sekolah rendah (tahap 2), pelajar sekolah menengah .


b) Untuk mahasiswa IPT.


b) Untuk golongan dewasa bagi menghayati jalan perjalanan Rasulullah.


c) Sesuai untuk teks usrah semua peringkat.




Harga : RM 45.00 ( satu set mengandungi 3 jilid dan 877 muka surat)


DAPATKAN SEGERA !


Hubungi : Pustaka Abdul Majid sdn bhd ( 03- 6184 2641 / 012 388 3545 )

Monday, June 17, 2013

Aziz merepek sama seperti Mahathir.


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusuf mengakui beliau kecewa dan sedih berhubung penggunaan dakwat kekal yang boleh dibersihkan dengan mudah dalam pilihan raya umum ke-13. 

"Kalau orang tanya saya sekarang ini, apakah perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan jawab dakwat kekal," kata Bos SPR dalam tembual eksklusif dengan Sinar Harian yang disiarkan hari ini

Isu dakwat kekal sudah cukup untuk Aziz dan Wan Ahmad memahami betapa tidak tanggungjawabnya SPR mengendalikan perjalanan PRU 13.

Tetapi oleh kerana bebal dan pekak badaknya mereka berdua,masih "pekak badak" mendengar kecaman rakyat.

Malah masih sempat Bos SPR bermain kata-kata seperti dibawah ;

"Tetapi pada hari yang ditunggu-tunggu kuasa Allah lebih hebat apabila dakwat boleh hilang selepas beberapa kali dicuci, di mana silapnya? 

Alasan Aziz semakin bodoh dan lucu.

Bermula menafikan, kemudian membabitkan Yang Dipertuan Agong dan terkini Aziz berkata "Kuasa Allah " lebih hebat.

Apabila semakin hodoh wajah SPR,maka terpaksa gunakan nama Allah.

Hebat juga Aziz ucapkan "bait-bait" indah ini.

Akhirnya setelah "kantoi" dengan penafian Kementerian Kesihatan terhadap dakwaan SPR, Aziz berdalih topik lain dengan kononnya jumpa pakar dari Kanada.

 Abdul Aziz juga berkata beliau menemui seorang pengeluar dakwat kekal dari Kanada dan beliau diberitahu bahawa dakwat yang digunakan di Afrika hanya boleh tanggal sekiranya kulit ditanggalkan atau kuku berganti baru hilang warnanya.

Mengapa Aziz ambil contoh dari Afrika?

Aziz, sila sebut negara Afrika itu? Tiada pernah hayat kita mendengar penggunaan dakwat seperti tatu semasa pengundian di Afrika.

Mengapa tidak ambil contoh dakwat dari India.Bukankah India sebuah negara pengamal demokrasi terbesar di dunia dan telah gunakan dakwat kekal puluhan tahun.

Aziz dan Wan Ahmad, anda berdua boleh menipu rakyat dalam satu masa tetapi anda berdua tidak boleh menipu rakyat dalam semua masa !





Sunday, June 16, 2013

Jangan bagi muka pada Mahathir!



Mahathir seru PMNajib supaya Najib tidak lagi bagi muka pada pembangkang.
Karpal Singh kata leteran Mahathir kepada Najib seperti perlekeh keupayaan Najib menjadi PM.

Sepatutnya seluruh rakyat Malaysia tidak lagi melayan leteran Dr Mahathir. Leteran Mahathir berbaur rasis dan kenyanyukkan.

Ada hari Mahathir seru rakyat sokong UMNO.
Ada hari Mahathir kata UMNO buruk dari usus lagi.

Ada hari Mahathir keluar dari UMNO kerana bencikan Pak Lah
Ada hari Mahathir ditendang dari UMNO kerana kritik Tunku

Ada hari Mahathir jumpa dan tahniah kepada regim Zionis.
Ada hari Mahathir hentam Zionis.

Sepatutnya rakyat Malaysia tidak lagi bagi muka kepada Mahathir.

Biarkan Mahathir meracau-racau cakap seorang diri.

Pemikiran Mahathir sama taraf dengan Ibrahim Ali. Berubah-ubah.

Apapun, kita kasihan kepada PMNajib. Telinganya terpaksa mendengar cakap Rosmah dan cakap Mahathir.

Mujur Tuhan jadikan ada dua telinga. Telinga kanan dengar cakap Rosmah dan telinga kiri dengar leteran Mahathir.

Friday, June 14, 2013

Baguslah...kita dah sedar.



Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) bertindak meninggalkan mesyuarat dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) semalam selepas pihak kementerian enggan memberikan maklumat mengenai rundingan sulit berhubung  Perjanjian Kerjasama Trans Pasific (TPPA).

 "Ia sepatutnya mesyuarat dua jam tetapi ia berhenti selepas 90 minit. Mereka mulakan mesyuarat tapi kami yang menamatkannya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Nizam Mahshar yang menyifatkannya sebagai satu "tindakan diplomatik".

Nizam mendakwa sedangkan AS memaklumkan kepada syarikat multi-nasional dan wakil Amerika lain berkaitan tentang TPPA, tetapi pihak berkepentingan di Malaysia tidak pula diberitahu apa-apa oleh kerajaannya sendiri.

HEBATNYA KERAJAAN UMNO KITA !!

 Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang Menterinya Dato' Mustapha Mohammed cuba bermain silap mata dan menipu rakyat sendiri.

Baguslah begitu. Akhirnya orang Melayu telah sedar tentang penipuan UMNO.

Amerika jahat terhadap warga asing seperti serangan ke atas Iraq dan Afghanistan tetapi Amerika begitu telus dan jaga kebajikan warganya sendiri.

UMNO begitu menikus terhadap negara asing seperti kes Pulau Batu Putih tetapi sanggup memperbodohkan dan menipu rakyat sendiri terutama terhadap orang Melayu.

SRP tipu PRU 13.....UTUSAN tipu harga kereta..... MITI tipu TPPA.


Mengapa orang Borneo jumpa Ku Li ?





Jika khabar sahih menyatakan Ku Li sedang mengumpulkan penyokongnya dari Pulau Borneo untuk sokongan jawatan Presiden UMNO, tentunya yang paling gabra,panik dan gelabah adalah Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin masih bermain teka teki.Samada naik setapak iaitu mencabar Najib atau duduk di takuk lama sebagai Timbalan Presiden.

Tidur Muhyiddin tidak mungkin lena kerana terbayangkan wajah Hishamuddin Hussien,Zahid Hamidi dan Shafie Afdal.

Mengapa Ku Li mengalih pandangan ke Pulau Borneo ?

Ini menjadi seribu pertanyaan.

Jawapannya mudah. Ku Li adalah antara manusia yang pertama yang mengubal hal royalti Petronas.

Sabah dan Sarawak antara negeri yang paling sedikit menerima royalti minyak.

Jika Ku Li menang menjadi presiden UMNO,tentunya urusan Pulau Borneo menjadi mudah dan senang untuk dapatkan hak royalti yang sepatutnya dari Putrajaya. Tidak perlu tunggu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Jadi perkiraan mudah,meminjam kata hikmat Najib, " You tolong I, I tolong you..."

I bagi naik royalti...dan you tolong naikkan I menjadi Presiden UMNO....okey ?

Wednesday, June 12, 2013

Tutup kedai atau pecat pekerja ?



Baca betul-betul analogi ini :

Ada dua lelaki yang diamanahkan untuk menjaga kedai dakwat. Tuan punya kedai itu mengamanahkan agar dua lelaki yang diamanahkan berniaga dakwat itu bersifat amanah,jujur,telus,bercakap benar dan ramah mesra dengan pelanggan.

Tuan punya kedai itu memberikan duit yang banyak supaya dua lelaki itu membeli dakwat yang berkualiti untuk di jual kepada pelanggan.

Malangnya, dua lelaki itu tidak amanah, penipu dan tidak mesra pelanggan.

Dua lelaki itu membeli dakwat yang tiada kualiti bahkan kena goncang dulu untuk menggunakannya.

Apabila pelanggan mempersoalkan mutu dakwat itu, dengan bongkak dan angkuh mereka berdua menjengkelkan teguran itu bahkan mempermain-mainkannya.

Akhirnya,pelanggan-pelanggan yang rasa ditipu oleh dua pekedai itu berkumpul untuk membantah perangai buruk dan angkuh dua lelaki itu.

Bantahan itu dijawab oleh dua pekedai itu dengan jawapan, "Kami dilantik oleh tuan punya kedai ini untuk jaga kedai ini, jika kamu tidak puas hati, sila mengadu kepada orang yang melantik kami untuk jaga kedai ini...... dia yang berhak memecat kami"

PERSOALAN :
Apa perasaan tuan punya kedai itu jika beliau mengetahui bahawa dua lelaki yang diamanahkan untuk jual dakwat itu bersikap menipu,tidak amanah,kurang ajar bila menjawab bantahan pelanggan dan angkuh terhadap pelanggan ?

Adakah tuan punya kedai itu bangga dengan dua lelaki itu?

Atau malu dengan tingkahlaku dua pekerjanya yang penipu,angkuh dan sombong terhadap pelanggan?



Tuan punya kedai : Yang dipertuan Agong.
Dua lelaki : Aziz dan Ahmad
Kedai dakwat : SPR
Pelanggan : Parti politik


Tuesday, June 11, 2013

Apa keistimewaan pemilik teratak ini?

Pemilik teratak ini
tiada keinginan beli mobil yang murah
sedang menabung duit beli mobil harga mahal

Pemilik teratak ini
mahu anaknya  belajar di U berbayar yurannya
tiada kelas jika belajar di tempat yang percuma

Pemilik teratak ini
punya motor yang ajaib
motornya tidak pakai petrolium....isi tangki dengan air!
sebab itu dia tidak kisah dengan harga petrolium yang meningkat

Dan pemilik teratak ini anggap GST satu spesis dengan BRIM
seronok sakan bila lihat di resit tercatat GST !

sebab itu pemilik teratak ini 
tetap setia mengundi BN
BN di hatiku
biar pemimpin kaut hasil asalkan aku papa kedana!

Inilah keajaiban dan keunikan pengundi dacing dan keris telanjang.........






Monday, June 10, 2013

Pertama kalinya PM Malaysia ikut pintu depan......







Buat pertama kalinya PM(kerusi)Najib menjejak kaki ke Kelantan untuk Perasmian Musabaqah Kebangsaan yang pertama kali dibuat di bumi Serambi Mekah sejak pemerintahan PAS berkuasa tahun 1990.

Najib juga selalu ke Kelantan. Tetapi tidak melalui jalan yang sah.Melalui pintu "belakang" tanpa jenguk hormat pejabat MB seperti adab ziarahi mana-mana negeri di Malaysia.

Hari ini, Najib datang ke Kota Bahru melalui jalan yang sah. Itupun kerana ada program Musabaqah.Dapat juga Najib dan Rosmah duduk bersama dengan MB Kelantan.

Jika selama ini mana-mana PM Malaysia jejak kaki ke Kelantan, yang sambut adalah Pengerusi UMNO Kelantan samada Ku Li,Tok Pa, Anuar Musa maupun Awang Adek.

PM ke Kelantan umpama mahu jumpa juak-juak UMNO sahaja. Macam Kelantan tiada MB dan kerajaan negeri.

Kali ini, barangkali kerana menang kerusi tidak menang undi popular rakyat maka Najib ubah cara.

Tiadalah diketahui samada pemilihan Kelantan sebagai tuan rumah Musabaqah dibuat sebelum atau selepas PRU 13.

Jika dibuat sebelum PRU, barangkali Najib berangan-angan duduk bersama Tok Pa ketika Musabaqah. Malangnya Kelantan gagal di tawan buat sekalian kalinya.

Pastinya, duduklah Najib bersama Rosmah bersama MB dari PAS.

Cumanya,barangkali Najib terlepas peluang untuk duduk bersama mantan MB Kelantan yang mengagalkan tiga PM Malaysia untuk tawan Kelantan. Bermula Mahathir,Pak Lah dan kini Najib.

Imej Najib mungkin naik semula jika beliau ziarah hormat ke Pulau Melaka tanda keinsafan kerana melayan Kota Bahru umpama "anak tiri" semasa era tok guru itu menjadi MB dulu.




Sunday, June 9, 2013

Anak Muda ingin bertanya....tolong jawab!



Timbul di pemikiran kita tentang penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu.

Antaranya :

Adakah jika UMNO yang melakukan perkara tersebut, maka ianya sesuatu yang HALAL TOYYIBAH ?

Adakah jika UMNO yang melakukan perkara tersebut, maka ianya sesuatu yang DIPERBOLEHKAN ?

Dan jika rakyat marhein lakukan dengan automatik kita labelkan mereka penderhaka, kita buru mereka, kita dakwa mereka atas Akta Hasutan ?

Apa  kesudahan cerita tentang kes "Natang" dan isu penolakkan Istana terhadap calon-calon UMNO bagi kerusi MB Terengganu dan Perlis pada tahun 2008 ?

Itu belum lagi kisah "kehebatan" Mahathir "menelanjangi" Raja-Raja Melayu ?

Dan adakah perundangan kita bersifat seperti " Apartheid" iaitu satu untuk UMNO dan satu lagi untuk rakyat marhein dan pembangkang ?

Tanyalah mereka semua kerana mereka semua masih hidup lagi!!







Tidak diketahui mengapa isu penghinaan terhadap Yang Dipertuan Agong disensasikan oleh media terutama media baru UMNO seperti UTUSAN,TV3 dan RTM.

Sensasi oleh media barua ini dengan penampilan "hero-hero" Melayu seperti mantan IGP,mantan hakim,mantan calon yang kalah dan tidak ketinggalan Professor bertaraf "kangkung" turut tumpang semangkuk.

Bahkan Raja Melayu seperti Raja Muda Perak dan Raja Perlis juga bertitah tentang perihal Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan Malaysia.

Semuanya mengutuk dan memberi "idea yang bernas" seperti wujudkan Akta Derhaka,labelkan penderhaka hingga syorkan lucutkan kewarganegaraan.

Mereka yang bertaraf"barua" UMNO berbuih-buih mulut memberi idea hingga lupakan penderhakaan dan kejahatan yang pernah UMNO lakukan terhadap Institusi Raja-Raja Melayu bermula dengan Dr Mahathir, Anuar Musa,Zahid Hamidi dan juak-juak sewaktu dengannya.

Adakah media barua UMNO buat-buat lupa ? Adakah kerana yang membuat penghinaan itu orang Cina maka "serangan bertubi-tubi" mesti dilancarkan ?

Kita jangan buat lupa-lupa tentang satu perkara yang penting dan fakta. Yang memulakan penghinaan terhadap Institusi Raja-Raja Melayu adalah orang Melayu sendiri.

Tanyalah Mahathir,Anuar Musa,Deris Jusoh dan Zahid Hamidi tentang hal ini.

Tanyalah mereka semua siapakah yang mencabut imuniti,siapakah yang menggelar "binatang" ke atas Sultan Terengganu yang menjadi Yang Dipertuan Agong ketika itu?

Tanyalah mereka semua kerana mereka semua masih hidup lagi!!

Saturday, June 8, 2013

TEKA : Goreng apa paling untung ?



Dulu tentang goncang dakwat...kini kandungan dakwat pula.....goreng-goreng dan terus goreng !

1) Pengerusi SPR Aziz Yusof dakwa beliau telah berunding dengan Kementerian Kesihatan mengenai kandungan dakwat kekal.

Malangnya Kementerian Kesihatan melalui mulut Menterinya Dr S Subramaniam menafikan dakwaan Aziz dengan mengatakan kementeriannya tidak pernah mengeluarkan laporan tentang dakwat itu dan SPR tidak pernah meminta berbuat demikian.

Persoalannya : 
Adakah Aziz dan Wan Ahmad tersalah jalan menuju Kementerian Kesihatan. Barangkali mereka berdua pergi ke Hospital Kementerian dan berunding dengan pesakit-pesakit wad psikiatrik ?
Sebab itulah Dr Subra tidak terima apa-apa surat dari SPR.

2) Ketua Penerangan UMNO Mat Maslan dakwa kandungan argentum nitrat terpaksa dikurangkan kerana takutkan risiko barah.

Persoalannya :
Hebat betul Mat Maslan "goreng" rakyat Malaysia. Belum cukupkah lagi dengan Aziz dan Wan Ahmad "goreng-goreng" rakyat Malaysia tiba-tiba sekonyong-konyong Mat Maslan turut serta dalam "Pesta Goreng-Goreng" .

Kenyataan Mat Maslan ini mengalahkan kepakaran Dr Subramaniam dan doktor-doktor di Malaysia. Di mana Mat Maslan belajar ilmu kedoktoran ini ? 
Barangkali beliau belajar dengan pokok getah di Manik Urai! 

Betul MSO ?



Friday, June 7, 2013

Jawab Ros...jangan tak jawab !



Tiada diketahui adakah "Wanita Pertama Malaysia" tahu atau dimaklumkan dengan kehadiran 70 delegasi Wanita Mongolia ke Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur.

Dalam keseronokan sakan memuji suaminya depan delegasi Sidang Kemuncak Global Wanita, tidak dapat dibayangkan reaksi 70 wajah delegasi Mongolia itu.

Barangkali tiada reaksi di wajah delegasi seperti Zambia,Namibia,Kosovo,Vietnam dan Laos.

 Sebabnya,ianya tidak membabitkan nasib malang wanita negara mereka. Tiada anak kematian ibunya dan tiada ibubapa kematian anak mereka tanpa sebab di Malaysia.

Hanya Mongolia kehilangan gadis mereka di Malaysia yang di bom dengan bahan letupan C4.Lebih tragis lagi pengeboman itu tiada bersebab dan tiada arahan.

Bagaimana reaksi wajah 70 wanita Mongolia bila Rosmah memuji suaminya dengan mengatakan suaminya seorang yang "mesra wanita" ?

Juga boleh kita bayangkan bagaimana delegasi Mongolia ini yang diketuai sendiri Presiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg  membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan.

Delegasi ini membuat permintaan ini kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia setelah suami Rosmah tidak lagi menjadi Menteri di kementerian tersebut.

Mengapa ? Bukankah lebih elok dibuat semasa suami Rosmah masih pegang menteri di kementerian tersebut. Apatah lagi beliau juga Perdana Menteri. Tidak percaya?

Barangkali peserta Sidang Kemuncak Global Wanita tidak tahu kisah pembunuhan Altantuya Shaariibuu . Tetapi apabila delegasi 70 orang itu buat sidang media dengan flashmob sekali, tentunya menarik minat 1,100 peserta dari 70 negara untuk mengetahui kisah sebenar pembunuhan Altantuya. Daripada tidak tahu menjadi ingin tahu.

Di mana Rosmah dan suaminya mahu letakkan muka mereka.? Bagaimana jawapan mereka berdua jika ditanya kes ini bertalu-talu oleh 1,100 peserta ?

Letih mereka berdua menjawabnya!

Barangkali tema Sidang Global ini bertukar dari, "Wanita Mewujudkan Ekonomi Baru"  menjadi tema , " Mencari keadilan untuk anak-anak Altantuya !

Kita juga bimbang jika suami Rosmah melihat wajah 70 wanita Mongolia seperti jelmaan  Altantuya Shaariibuu !



Thursday, June 6, 2013

Tuan Mufti yang mulia, sila bagi fatwa ......?


Syarikat itu menjelaskan, sebelum dilantik menjadi Pengarah dalam Petron Corp, Mirzan Tun Mahathir adalah Pengarah San Miguel Corp dalam tempoh singkat antara 1 September 2009 hingga 15 April 2010.

Beliau kini, katanya hanya mempunyai 5,000 saham dalam San Miguel.
San Miguel mempunyai sejumlah 3.3 bilion saham yang disenaraikan di Bursa Saham Filipina, kata syarikat itu.



 Nota : Syarikat San Miguel (San Miguel Corporation) adalah syarikat tersenarai awam berkaitan makanan, minuman dan pembungkusan terbesar di Filipina. Sehingga tahun 2001, perniagaan syarikat ini menyumbang 3.6 peratus keluaran dalam negara kasar Filipina dan menyumbang 4.5 peratus kepada hasil cukai negara Filipina. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1860 sebagai syarikat arak. San Miguel membuat 9 daripada 10 botol bir yang dijual di Filipina.

Ustaz Datuk Sri Haji Jamil Khir Baharom, BERANIKAH  ustaz panggil mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan bincang tentang fatwa mengenai individu Islam yang bergelumang dalam industri arak dan judi ?



Jangan turun jalanraya tetapi jom turun beli cincin dan tas tangan!



Wanita Malaysia sudah bebas dan tidak perlu turun ke jalan raya demi memperjuangkan perkara yang mereka kehendaki, kata isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurutnya, wanita di negara ini sangat bertuah apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menegaskan bahawa beliau mesra wanita.

Beliau berkata demikian dalam forum Global Summits of Women yang turut disertai wanita pertama dari Laos, Namibia dan Zambia.

Dalam forum itu juga, Rosmah turut menepis tuduhan yang mendakwa beliau "menguasai" tindakan suaminya.


Hebatnya Rosmah mempertahankan serta puji suaminya depan First Lady-First Lady macam dia.

Siap beri nasihat agar wanita Malaysia tidak perlu turun ke jalan raya untuk membantah.

Ingatkan Rosmah "membebel" depan First Lady Mesir....First Lady Tunisia atau First Lady Amerika Syarikat, Korea atau Britain

Rupanya depan First Lady negara Laos, Namibia dan Zambia. Barangkali anda tidak tahu di mana kedudukan negara tersebut.

Hatta barangkali Rosmah pun sendiri tidak tahu. Bukan Rosmah jahil geografi tetapi ketiga negara tersebut bukanlah termasuk senarai negara yang ada menjual beg tangan yang mahal-mahal!

Satu lagi....barangkali Rosmah mahu menyeru wanita Malaysia jangan turun jalan raya tetapi turun ke gedung-gedung mewah di Dubai,New York,Paris untuk beli beg tangan dan cincin !

Masih ada lagi kedengan suara keramat  Rosmah selepas PRU 13...selepas Najib kehilangan majoriti......ingatkan telah ada Penasihat Najib bagi nasihat dan tazkirah padanya.

Peliknya, masih tidak serik-serik lagi...........

Sebut Kedah....ingat San Miguel ?




Betul Mukhriz........
Kolej Insaniah satu projek membazir
kerana tiada pulangan jana pendapatan
belanja pembinaannya 
bak mencurah air di daun keladi
tiada keuntungan sesen habuk.... tiada hasil untuk kerajaan Kedah
membazir....curah air atas daun keladi.....tiada pulangan hasil

Jadinya, apa projek untung ?
hasil banyak masuk ?
ada jana pulangan ?

Mukhriz.....
adakah anda tahu ada satu projek yang amat menguntungkan kerajaan Kedah
projek ini tiadalah sampai kena bayar hutang RM46 juta setahun......
bahkan dapat pulangan lumayan
bukan sekadar jutaan bahkan billion

Mukhriz.....
hang bina kilang bir San Miguel dan buka Kasino di Langkawi
ia bakal menjana ekonomi Kedah Darul Aman !
Pulangan tinggi dan tiada lagi hutang....

Jika Insaniah menghasilkan keluaran modal insan
maka San Miguel bakal melahirkan pemabuk-pemabuk

Lebih hebat lagi,
dulu sebut Kedah....ingat padi
kini sebut Kedah.....ingat San Miguel !

Untungnya Kedah dapat MB berotakkan sekular sejati.

Tuesday, June 4, 2013

Hasil "tarbiyyah" 55 tahun dari UMNO...apa nak hairan !





Hinaan MCA Segamat melalui mulut jahat Ketuanya Dr Lee Hong Tee terhadap PAS sebagai ultra konservatif tidak menghairankan.

MCA yang di"tarbiyyah" selama 55 tahun oleh UMNO dan berketuakan seorang yang terlibat dengan skandal sex tentunya jahil tentang ilmu adab dan akhlak kemanusiawi.

Bagi MCA tentunya segala yang terdedah itu baik untuk anak-anak mereka.

Barangkali di setiap rumah ahli MCA ada tape lucah  adalah kewajipan untuk tontonan keluarga.

Barangkali di setiap rumah ahli MCA, setiap bapanya sudah biasa berlanggan GRO dari China untuk ditiduri. Dan sang isteri sekadar senyum-senyum melihat "kehebatan" suami mereka.

Inilah ajaran MCA yang dipelajari dari Presidennya yang takut bertanding dalam PRU 13! Takut kalah !

Cumanya, sebenarnya MCA tidak tahu bahawa antara sebab orang Cina mengundi PAS dan tidak memangkah calon sebangsa dengan mereka dari MCA adalah kerana orang Cina sokong cara PAS membentuk peribadi mulia rakyat Malaysia.

Orang Cina mahu jadi seperti Cina di Kelantan yang selamat dari gejala sosial seperti judi dan arak serta pelacuran.

Ini yang MCA masih tidak faham-faham. Dan inilah hasil kesan "tarbiyyah" dari UMNO.


Adakah Ku Li sudah siap bersilat?



Bermula dari calon UMNO yang tewas di Batu Pahat Puad Zakarshi, melarat ke Negeri Sembilan dan kini menjangkit pada Naib Presiden UMNO  Zahid Hamidi pula. 

Virusnya, "Jawatan Presiden dan Timbalan tidak perlu dipertandingkan" . Virus ini dipercayai bakal "diratib"  secara kuat-kuat di seluruh negara menjelang waktu pemilihan.


Macamana pula reaksi Tengku Razaleigh  dengan cadangan tersebut?

Sebelum perlembagaan UMNO tentang kuota pemilihan dipinda, Ku Li adalah calon tunggal mencuba melepasi kuota kelulusan untuk bertanding jawatan Presiden.Malangnya kerana puaka kuota tersebut, Ku Li tidak layak.

Kini, puaka kuota tersebut telah dihapuskan. Sesiapa sahaja boleh bertanding untuk jawatan tertinggi UMNO samada Presiden ,Timbalan maupun Naib Presiden.

Hatta Saiful Bukhari pun boleh bertanding jika beliau ahli UMNO.

Barangkali Ku Li akan persetankan kenyataan pengampu-pengampu seperti Puad, Zahid dan Mohammad Hassan.


 Proses pemilihan kali ini, format baru akan digunakan iaitu berdasarkan beberapa pembaharuan yang telah dibuat dalam Perlembagaan parti antaranya pemilihan jawatan MT hingga Presiden dilakukan oleh hampir 150,000 perwakilan di 191 bahagian.

Perlembagaan baru UMNO telah digubal  tiga tahun lalu dan akan dilaksanakan pada pemilihan tahun ini.

Dengan perlaksanaan perlembagaan baru UMNO ini, tentunya peluang Ku Li untuk mencabar terbuka luas.

cumanya kini, perlukah Ku Li buat satu pasukan regunya seperti dahulu? Seperti team Ku Li-Musa, Team Wawasan Anwar.

Barangkali regu terbaik Ku Li adalah Muhyiddin Yassin. Muhyiddin dilaporkan dalam "kebingungan" lantaran kenyataan "tok gurunya" Dr Mahathir di London.

Sudikah Muhyiddin jadi regu Ku Li ? Jika Muhyiddin tidak sudi,Ku Li  kena berjuang berseorangan.


Monday, June 3, 2013

Kita rindukan hakim seperti dia........moga beliau dapat hidayah.











“Hakim itu ada tiga kategori. Satu kategori hakim masuk syurga, manakala dua kategori hakim lagi masuk neraka. Hakim yang berilmu pengetahuan dan kemudian mengadili (kes) dengan keilmuannya maka dia masuk syurga. Manakala hakim yang mengadili tanpa ilmu (tentang kes yang diadilinya) maka dia masuk neraka. Begitu juga hakim jahil yang mengadili kes berteraskan kejahilannya maka dia juga masuk neraka.”
At-Tirmidzi: 1244
Pasca PRU 13, kita dikejutkan satu syarahan oleh mantan hakim Melayu yang rasis.Syukur kerana beliau berucap dalam keadaan telah "menanggalkan" baju hakim yang mulia.

Jika tidak, tentunya memalukan institusi kehakiman yang sedang berada dalam proses pemulihan imej angkara Dr Mahathir.

Mari kita baca dan hayati kisah seorang hakim di Amerika Syarikat.

 Semua orang tahu sikap Amerika terhadap Islam. Bagi Amerika, Islam sering dikaitkan dengan keganasan. Namun ironinya semakin kuat Amerika menentang Islam dilaporkan semakin ramai rakyat di sana makin berminat dengan Islam.


Tragedi 911 telah menyebabkan perkembangan Islam di Amerika berlaku dengan agak pantas. Salah satu indikasi bagi perkara ini adalah selepas serangan 911 Al-Quran menjadi kitab yang paling laris dijual di beberapa wilayah di Amerika bagi tempoh yang agak lama. Minat rakyat Amerika dengan Al-Quran sehingga menyebabkan Penerbit buku yang terkenal , Penguin Books, yang telah menerbitkan Al-Quran dalam bahasa Inggeris melaporkan ia telah mencetak lebih dari 20,000 naskah AlQuran sejurus berlakunya tragedi 911.

Akhbar USA Today melaporkan di dalam artikel bertajuk “"People Want to Know, so Koran is Bestseller," penjualan naskah Al-Quran telah berganda 55 kali selepas 911. Apabila ditanya tentang perkara ini salah seorang sarjana barat yang amat bersimpati dengan Islam, John Esposito menyatakan “ kekuatan Al-Quran adalah mana-mana orang Islam atau sesiapa sahaja membuka mana-mana helaian Al-Quran akan mendapat mesej betapa Islam memandang tinggi tentang nyawa dan kehidupan manusia.”

Satu kes yang berlaku di sebuah Mahkamah di Pennsylvania, Amerika . Ia melibatkan seorang Islam , Talaag Elbayomy yang memukul seorang Atheist, Ernie Perce yang telah menghina Nabi Muhammad s.a.w .

 Ernie Perce telah memakai pakaian yang menunjukkan kononnya mayat Nabi Muhammad s.a.w. sedang bangun dan berjalan di dalam satu perarakan sempena menyambut hari Halloween. Perbuatan beliau telah mengakibatkan Talaag Elbayomy yang kebetulan bersama keluarganya menyaksikan perarakan tersebut merasa bahawa perbuatan Earnie Perce tersebut menghina Rasulullah s.a.w lalu memukul lelaki athiest tersebut.

Pegawai Polis yang bertugas di perarakan tersebut iaitu Brian Curtis berpendapat tindakan lelaki athies tersebut adalah termasuk di dalam kebebasan bersuara yang dijamin oleh Pindaan Pertama Perlembagan Amerika maka beliau telah menangkap lelaki Islam yang memukul lelaki Athies tersebut. Dipendekkan cerita akhirnya lelaki Islam tersebut telah didakwa atas tuduhan menggangu ( harrassament ) lelaki Athiest tersebut.

Kes tersebut telah dibicarakan di hadapan Hakim Daerah, Mark Martin. Hakim tersebut telah memutuskan lelaki Islam tersebut tidak bersalah dan membebaskan beliau. Apa yang menarik semasa beliau membebaskan lelaki Islam tersebut beliau telah memberi syarahan berikut :-

“Setelah mempunyai peluang tinggal lebih dari dua tahun di negara umat Islam saya rasa saya mempunyai pengetahuan sedikit sebanyak tentang Islam. Hakikatnya saya ada senaskah Al-Quran di sini.. Saya ingin mencabar kamu tuan ( lelaki Athiest tersebut ) tunjukkan kepada saya di mana di dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa Muhammad telah bangun dan berjalan bersama orang-orang yang dah mati. Oleh itu sebelum kamu memperolok-olok agama orang Iain kamu sepatutnya berusaha untuk mengetahui agama tersebut

Di dalam masyarakat kita ( Amerika ) kita mempunyai Perlembagaan yang memberi kita banyak hak khususnya hak di bawah Pindaan Pertama. Amat malang setengah orang menguna Pindaan Pertama tersebut bagi membuat provokasi ke atas orang lain dengan sengaja. Saya tidak fikir itulah yang diniatkan oleh datuk moyang kita terdahulu. Saya rasa datuk moyang kita berniat untuk mengguna Pindaan Pertama tersebut bagi membolehkan kita menyampaikan apa yang ada di minda kita dan bukannya bagi menghina dan mencerca orang lain atau budaya mereka – yang malangnya itulah yang kamu lakukan.”

Hakim itu kemudiannya meneruskan syarahan beliau tentang Islam seperti berikut :-

“ Saya tidak rasa kamu sedar tuan bahawa di sana terdapat perbezan yang besar bagaimana Amerika melaksanakan Kristian – saya faham kamu adalah seorang Athiest ( tidak percaya agama ) – tapi kamu kena faham bahawa Islam bukan sekadar agama. Islam adalah cara hidup dan budaya mereka . Islam adalah segala-galanya bagi mereka ( orang Islam ) . Mereka bersembahyang lima kali sehari dan menghadap Mekah . Untuk menjadi orang Islam yang baik sebelum mati kamu kena pergi ke Mekah menunaikan haji melainkan kamu terlalu sakit atau terlalu tua tetapi kamu kenan berusaha untuk melakukan haji. Perjumpaan mereka dimulakan dengan ‘Salam alaikum, wa-laikum as-Salam yang ertinya Salam sejahtera ke atas kamu.

Adalah menjadi kebiasaan dalam percakapan mereka apabila mereka bercakap dengan orang lain mereka akan berkata “ Jika Allah mengkehendaki” ia akan berlaku. Inilah tata cara kehidupan mereka. Apa yang kamu lakukan adalah sama sekali meranapkan apa yang mereka anuti. Saya berpendapat apa yang kamu lakukan adalah sangat sangat biadap dan meskipun kamu ada hak , kamu bagaimanapun telah bertindak melampaui had-had yang ditetapkan oleh Pindaan Pertama Perlembagaan..

Saya telah mengabiskan masa selama tujuh tahun tinggal di negara-negara lain. Apabila kita pergi ke negara lain bukan satu yang luar biasa orang memanggil kita sebagai ‘ugly Americans” ( Amerika yang hodoh ) . Ini kerana kita terlalu mementingkan hak kita tetapi tidak langsung mempedulikan hak-hak orang lain.”

gEMPAK : Pawagam bakal pecah pintu !






Menteri TV dan PAWAGAM Ahmad Shabery Cheek  dilaporkan bercadang agar filem kontroversi TANDA PUTERA ditayangkan bulan Ogos nanti di pawagam terpilih.

Filem ini telah mendapat kelulusan FINAS untuk ditayangkan sebelum PRU 13 tetapi hingga kini belum ditayangkan. Pemimpin rasis UMNO seperti Mahathir begitu teruja agar filem tersebut ditayangkan segera.

PM Najib ketika sebelum PRU 13 hanya menghadkan tayangan untuk golongan tertentu sahaja seperti warga FELDA dan warga UIA.

Barangkali Najib ketika itu takutkan kehilangan sokongan pengundi Cina.

Kini dengan aura baru Menteri TV dan PAWAGAM, tentunya filem ini bakal ditayangkan ke seluruh negara.

Bezanya, jika filem lain ada tiket maka filem ini barangkali ditayangkan secara percuma. Bukan itu sahaja. Penonton bakal diangkut dengan bas-bas secara percuma.

Semasa tayangan, penonton dibekalkan makan minum secara percuma. Dan setelah tamat tayangan sebelum naik bas, penonton diberikan wang saku tanda terima kasih memeriahkan suasana PAWAGAM.

Yang pasti pawagam dipercayai akan dibanjiri oleh guru KEMAS,JKKK,warga emas FELDA dan pengundi saluran 1.

Jika cara itupun, tiada sambutan maka penganjur terutama JASA dan BTN akan mengadakan cabutan bertuah. Nescaya pecah panggung !


Keberanian anak muda mencabar SPR.

 
 
Dulu apabila seorang anak muda Kuantan dedahkan betapa mudahnya mengundi dua kali, SPR melalui Timbalannya Wan Ahmad dengan angkuhnya meminta AG dan polis dakwa budak muda itu.

Hari ini, seorang lagi anak muda dengan berani membuat 6 laporan polis tentang "kejahatan jenayah" SPR.
 
Kita menunggu jawapan bodoh lagi tolol Wan Ahmad. 

Baca berita di bawah :

PETALING JAYA, 3 JUN: Seorang pengundi, Mohd Azlan Mohd Sharif membuat enam laporan polis menuntut siasatan berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 yang digazetkan 22 Mei lalu berbeza dengan yang diumum pegawai pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui borang 16.

Beliau mendapati sebanyak 53,045 kertas undi ‘hilang’ melibatkan semua kerusi Parlimen dan DUN seluruh negara kecuali DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang, DUN Banggi dan DUN Labuk, Sabah.

Borang 16 ialah Borang Pengisytiharan Keputusan pilihan raya daripada 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.
“Ia satu kesalahan jenayah mengikut seksyen 3(1)(h) dan seksyen 6 (2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Maka jelas polis dan SPR yang bertugas pada hari, masa dan tempat mengundi bersubahat, membenarkan dan melakukan jenayah ini,” katanya dipetik dalam laporan polisnya yang pertama.

Mohd Azlan, pengundi DUN Sungai Balang dan parlimen Muar, Johor membuat semua laporan itu di balai polis Klang pada 30 Mei.

Sunday, June 2, 2013

GAMBAR INI MAMPU MENCERITAKAN SEGALA-GALANYA..........






Dulu, bersama Najib di Mekah.....
katanya,...... sebagai juruterjemah dan diajak berbincang tentang perpaduan ummah sedunia.

Kini, bersama Saiful di Kuala Lumpur.....
barangkali katanya,.......sebagai pengapit dan diajak berbincang tentang "serangan baru" ke atas Anwar.....?

Kita, tertunggu-tunggu lagi....
gambar Ustaz Nasha menjadi pengapit perkahwinan anak perempuan Najib.

SPR dan IPCMC :Lembabya Kerajaan Najib .




Sekonyong-konyong PM(kerusi) Najib umumkan rancangannya untuk "memperelokkan" semula SPR.

Katanya, agar SPR tidak lagi dipersoalkan kredibilitinya oleh rakyat.

Setelah hampir sebulan, sana sini rakyat "bising" tentang ketelusan SPR tiba-tiba Najib umumkan rancangannya itu.

Apa maknanya ? Minta tolong Pengerusi SPR dan Timbalannya ulas. Atau masih mereka berdua itu ingin memperbodohkan rakyat dengan jawapan-jawapan bodoh mereka ?

Itu maknanya :
i)   Benarlah SPR barua UMNO.
ii)  Benarlah berlaku penipuan dalam PRU 13.
iii) Benarlah Pengerusi dan Timbalan SPR mesti letak jawatan.

Selagi SPR dibawah "ketiak" Jabatan Perdana Menteri, selagi itulah SPR setia menghidu bau ketiak UMNO dan  menjadi "barua" UMNO.

Lihatlah apa yang terjadi kepada MAPEN. Segala cadangan dari pembangkang yang menjadi ahlinya di bakul sampahkan.

Apapun, langkah pertama yang mesti di buat oleh Najib ialah "nyah"kan Pengerusi dan Timbalan SPR dari jawatannya.

Seterusnya, isu tahanan mati dalam lokap polis. Adakah Najib masih berfikir-fikir atau masih buat kajian tentang Suruhanjaya Aduan & Salah Laku Polis  IPCMC ?

Adakah Najib mahu tunggu angka kematian dalam lokap meningkat, baru mahu tubuh IPCMC ?

Mengapa Kerajaan begitu lembab untuk bertindak? Bukankah selalu diwar-warkan , "Rakyat Didahulukan" ?


Berapa CCTV di rumah Zahid dan Hishamuddin ?






28 Mei2013 - Menteri Polis Zahid Hamidi  berkata , KDN bercadang mahu pasang CCTV di lokap polis.

30 Mei 2013 - Mantan IGP Musa Hasan  berkata, kamera telah dipasang di kebanyakkan lokap tetapi banyak yang rosak kerana kekurangan bajet selenggaraan.

22 Mac 2011 - Menteri Polis ketika itu, Hishamuddin Hussein memberi jawapan bertulis di Parlimen menyatakan kerajaan sedang dalam proses memasang kamera CCTV di lokap polis dan bilik soal siasat.

Terdapat 827 balai polis di seluruh negara, dengan kamera CCTV dipasang di 227 lokap dan 36 bilik soal siasat

Kenyataan Zahid bermakna CCTV belum dipasang lagi.
Kenyataan Musa bermakna CCTV telah dipasang tetapi banyak yang rosak.
Kenyataan Hishamudin menunjukkan pemasangan CCTV sedang dalam proses.

Persoalan :
i) Adakah CCTV telah dipasang di 227 lokap dan 36 bilik siasat? Jika belum dipasang, ke mana wang peruntukkan itu?

ii) Jika CCTV telah dipasang tetapi banyak yang rosak kerana tiada bujet selenggaraan. Adakah bujet selenggaraan itu ada tetapi tidak sampai kepada pihak selenggaraan. Ke mana wang selenggaraan itu ?

iii) Jika CCTV telah dipasang, adakah lokap Ibupejabat Polis Kuala Lumpur belum dipasang? Adakah keutamaan diberikan kepada balai polis di luar bandar yang kadar jenayahnya kurang berbanding Kuala Lumpur. Atau adakah CCTV di lokap Ibupejabat Polis Kuala Lumpur rosak ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...