ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, June 29, 2015

DAP......apa moral anda? Siri 5


Galak dan mesra DAP layan PasMA dan G18.Terpulang.Pimpinan PAS sepatutnya ada tempoh untuk fasa nasihat terutama G18.Jangan berlebih nasihat macam "gila talak".Selepas tempoh tertentu sayugia ucapkan talak 3 buat G18.

Biarkan mereka tubuh apa sahaja partai.Biarkan mereka mengutuk,menghentam,mencaci kita.Apabila mereka "letih",mereka akan senyap,diam atau kembali ke pangkal jalan.

Orang macam Mat Sabu telah ada pengalaman  dengan puluhan tahun tidur bangun dalam PAS,berlokap,bermandi asid,belajar di Universiti Kemunting.Adakah mahu habiskan sisa hidup seperti Dato Asri? Silakan.Dato Asri mati dalam UMNO.Mat Sabu mati dalam DAP?Mulia kan !

Sedih,di ambang sore Mat Sabu mahu tinggalkan PAS.

Orang macam Khalid Samad juga hebat.Banyak tempat jadi calon sejak awal 80an.Pemikirannya hebat.Abangnya Shahrir pernah keluar UMNO zaman Mahathir.Jadi calon bebas di Johor Bahru.Menang majoriti besar di ibukota UMNO.Tapi akhirnya masuk semula UMNO dan jadi orang penting dan politikus hebat.

Adakah Khalid mahu begitu?Khalid penuh idealis.Tapi akhir-akhir ini lain jadinya.Kutuk Presiden PAS dan jadi tukang sorak DAP.

Kita tidak kata Presiden PAS maksum.Juga Ulamak dalam PAS tidak maksum.Ada juga kelemahan,kesilapan,kesalahan mereka.Tapi yang kita marah terhadap anda G18 semua kerana menjaja buruk nama ulamak bersama pimpinan DAP.Takkan anda tidak tahu motif dan matlamat utama DAP ?

Sebenarnya dalam PAS memang ada pelbagai pemikiran.Sebab itulah jawatan Timbalan Presiden silih berganti.arwah Ustaz Hasan,Ustaz Nasha,Abang Mat Sabu.Semuanya pernah menang.Mereka wakili pelbagai pemikiran dalam PAS.Penyokong PAS boleh terima pelbagai aliran dalam PAS.

Cumanya jangan jadi "jurucakap" pihak luar.Silapnya G18 ialah mereka ikut telunjuk DAP setelah DS Anwar masuk penjara.

Malang dan sedih nasib Ustaz Ahmad Awang.Ilmu tinggi tetapi kesudahannya begini jadinya.

Memang ramai penyokong PAS sokong kenyataannya tentang percubaan bergabung dengan UMNO di Perak dan Selangor selepas PRU 2008.

Tetapi apabila Ustaz Ahmad Awang mula "melalut" dengan terlalu mendambakan diri kepada DAP,orang PAS ucapkan "sayonara" buat enta,Ya Ustaz.....!

Mat Sabu,Khalid Samad dan Ustaz Ahmad....antara kejayaan DAP untuk melumpuhkan PAS.DAP terus gah tetapi mereka bertiga hilang "maruah,kewibawaan dan karisma" di mata hati orang PAS.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...