ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, November 30, 2009

Polis di Negeri PR paling "sporting"!


Sewajarnya sekalung "penghargaan" kepada anggota PDRM yang bertugas di Negeri Pakatan Rakyat. Terutama kepada Ketua Polisnya.


Hari ini rakyat Malaysia dapat melihat begitu "sopan dan tertib"nya polis mengiringi Pemuda BN (ramai UMNO) yang buat demostrasi depan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.


Kita lihat bagaimana polis dengan "bangga"nya mengiringi anggota Pemuda BN melintasi jalan menuju pintu pagar DUN untuk serah memorandum kepada KM Lim Eng Guan.


Lihat! Tiada tembakan gas. Tiada pancutan air asid. Bahkan SB yang tahan orang yang bakar gambar KM sempat pula beritahu kat Pemuda Gerakan bahawa pemuda ini bukan pemudaBN tapi orang Kampung Pala. Kah! Kah! Kah!. Hebat kesopanan dan telelusan polis kita di Negeri PR weeh!


Inilah nikmatnya jadi pembangkang di Negeri PR. Benar-benar demokraksi dan telus. Bebas nak bantah, demo, nak bakar gambar pun boleh. Bahkan nak pijak kepala lembu pun boleh dan dipersilakan kerana pegawai polis yang bertugas masih muda dan tiada pengalaman!


Malangnya suasana "meriah " ini tiada dirasai di Negeri UMNO perintah. Anijing, gas pemedih, cota, air asid, lokap dan gari menunggu anda!


Sewajarnya khidmat IG Musa dipanjangkan seumur hidup. Bukankah begitu PM Najib!


Sunday, November 29, 2009

Betul ke Dr. Mahathir bencikan Singapura?


Dr.Mahathir Mohammed adalah lulusan MBS (perubatan) dari salah sebuah universiti di Singapura. Sepanjang pemerintahannya 22 tahun menjadi PM Malaysia ke 4, antara negara sasaran kritikannya adalah Singapura.


Nama Lee Kuan Yew adalah nama yang begitu tidak digemarinya. Dikatakannya Lee seorang yang kuat perkauman Cinanya. Begitu juga sifat Lee dan Singapura yang begitu KAISU (ingin selalu menang).

Bencinya kepada Lee dan Singapura memuncak apabila negara tersebut menolak rancangan merobohkan Tembok Johor untuk membina sebuah Jambatan Bengkok.

Benarkah beliau amat tidak gemarkan negara tersebut ?

Rekod membuktikan semasa pemerintahan beliaulah ribuan ekar tanah di Johor dijual kepada Singapura. Begitu juga ribuan pasir dieksport ke Singapura.

Sebenarnya Mahathir dan Lee kuan Yew saling perlu memerlukan antara satu sama lain dulu,kini dan selamanya. Penting untuk UMNO dan PAP.

Jika UMNO ingin mengalih tumpuan rakyat terutamanya orang Melayu kepada skandal-skandal pemimpinnya maka ditimbulkan isu Singapura dan secara automatiknya tergambar tentang "ancaman dan kurang ajar Singapura(Cina)" kepada Malaysia.

Maka Lee Kuan Yew dan PAP akan menyambut isu itu untuk menarik sokongan orang Cina Singapura terhadap PAP dengan menyatakan "penindasan UMNO(Melayu) terhadap orang Cina".

Lihat! Saling kait mengait. Depan Mahathir(UMNO) dengan Lee macam anjing dengan kucing tapi belakangnya jual tanah dan pasir kat Singapura!
Selepas ini, sifat jelek Mahathir akan diwarisi oleh anak didiknya PM Najib. Lihatlah nanti jika berlaku suasana "tegang" antara Malaysia dan Singapura, ianya hanyalah sekadar sandiwara untuk alihkan isu dalaman negara masing-masing.
Percayalah! Alah...macam dulu ketika Lee Kuan Yew kata JB tempat samseng dan kongsi gelap, tempat yang tidak selamat, maka Pemuda UMNO berdemo macam mahu perang.
Akhirnya, Ketuanya ketika itu Zahid Hamidi terhegeh-hegeng dan sekonyong-konyong "cium tangan" Lee Kuan Yew minta maaf. Hebatkan sandiwara UMNO era Mahathir.
Lepas ini, kita lihat siapa pula menyeberang Tembok Johor "cium" tangan Lee Kuan Yew.




Saturday, November 28, 2009

MB Kelantan: Siapa berhak tentukannya?


Segala dasar dan perjalanan parti adalah berdasarkan Sistem Syura yang dinamakan Majlis Syura. Begitulah amalan Gerakan Islam di seluruh dunia. Sebarang keputusan dibuat berdasarkan amalan syura.


Ini kerana setiap Gerakan Islam bukan hak milik individu, kawasan, negeri maupun hak pemimpin. Gerakan Islam adalah satu Gerakan Ummah dan milik Ummah.


Mereka yang menganggotai Majlis Syura adalah yang telah ditapis dari segi kredibiliti dan bersih dari dosa besar. Begitu detail dan halus ciri-ciri anggota Syura dipilih.


Persoalan siapakah ganti MB Kelantan selepas TG Nik Aziz. Langkah TG Nik Aziz tidak menamakan penggantinya adalah betul dan tepat. TG Nik Aziz tahu beliau tiada hak untuk namakan penggantinya kerana beliau tahu itu bukan haknya. Beliau hanya sekadar mencadangkannya sahaja. Itupun jika beliau mahu cadangkan.


Jadi, siapakah yang mempunyai hak menentukan pengganti MB Kelantan selepas TG Nik Aziz?


Oh ya...inilah yang selalu kita lupa. Sebenarnya Majlis Syuralah yang menentukan siapakah yang boleh menjadi MB bukan sahaja di Kelantan bahkan di negeri-negeri yang dapat diperintah PAS.


Sebenarnya yang melantik TG Nik Aziz sebagai MB Kelantan selepas kemenangan bergaya PAS tahun 1990 adalah Majlis Syura. Badan Perhubungan PAS Kelantan hanya mencadangkan dan yang memutuskannya adalah Majlis Syura. Majlis Syura berhak menerima atau menolaknya.


Inilah amalan PAS yang bezakan dengan parti sekular di Malaysia.


Jadinya, tidak perlulah menunjukkan-nunjuk siapa yang layak ataupun yang peliknya ada yang awal-awal tidak mahu jawatan itu !

Friday, November 27, 2009

Awas! Kubur anda bakal "dikencingkan"!


Sejarah adalah peristiwa lampau yang memberi pengajaran untuk generasi mendatang. Jika sejarah itu disonsangkan dan diselewengkan, kita bakal "di maki hamun" bahkan mungkin kubur kita bakal "di kencingkan" oleh generasi mendatang!

Tahun 70an, buku Tawarikh(Sejarah) sekolah rendah ada menceritakan tentang Kamal Artatturk. Beliau digambarkan sebagai seorang yang membawa perubahan moden kepada Turki. Digambarkan juga bagaimana beliau "menghapuskan kejumudan" orang Turki seperti mengharamkan tudung untuk wanita Turki dan meperkenalkan topi menggantikan kopiah. Manakala Sultan Abd Hamid dan Kerajaan Uthmaniyyah sebagai Kerajaan zalim dan mundur.

Begitu berkesan cara pengajaran sejarah ketika itu hinggakan pelajar Islam Malaysia menganggap Kamal Artatturk perwira Islam Turki.

Kisah Kamal Artatturk itu diceritakan dalam Buku Tawarikh(Sejarah) di sekolah-sekolah dalam negara kita dalam keadaan kita sudah merdeka.

Tidak dapat digambarkan bagaimanakah kisah-kisah Haji Abd Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman, Antanom dan Dato Maharaja Lela dikisahkan dalam buku sejarah semasa penjajahan Inggeris. Sudah pasti mereka semua dilabelkan sebagai penderhaka kepada raja, pengganas, pembunuh dan penentang kerajaan.

Awal tahun 80an, barulah kisah mereka semua "dipulihkan" dalam buku Sejarah sekolah setelah puluhan tahun perjuangan mereka di hina dan "di kaburkan" oleh kita sendiri.

Terkini, terbongkar satu lagi penyelewengan sejarah. Kisah Sir Henry Gurney. Pesuruhjaya British ( jawatan macam PM)di Tanah Melayu tahun 1948 hingga 1951. Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu. Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya. Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier.

Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948). Apa kerjanya? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.

Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.

Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948)yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948.

Malangnya, nama beliau di sanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda. Tololkah kita?

Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!

Saya berharap pada guru Sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka. Moga mereka tahu kisah sebenar Sir Henry Gurney.




Tuesday, November 24, 2009

Najib "mesra" judi!


Malaysia sebuah Negara Islam berjaya meraut hasi judi sebanyak RM2.37 bilion pada tahun 2008. Begitulah "kejayaan" negara kita. Bukan sahaja berjaya menganjurkan Musabaqah Al Quran setiap tahun bahkan berjaya mengutip hasil judi berbilion RM. Tiada diketahui adakah penganjuran Musabaqah pakai duit hasil judi begitu juga dengan pembinaan masjid-masjid di seluruh negara.


Elok rasanya pamerkan kejayaan UMNO ini dengan mengadakan memacak billboard gergasi di jalan-jalan utama di seluruh negara. Cantik lagi pacakkan signboard di kawasan masjid-masjid utama seperti Masjid Negara, Masjid Putrajaya dan Masjid Negeri. Sama seperti signboard "Bahaya Dadah" yang sekarang terpacak di setiap kawasan masjid.

Malu apa weeh! Minta saudagar-saudagar judi menaja signboard ini. Takkan mereka kedekut. Mereka dah untung berjuta-juta weeh! Minta Menteri KAGAT dan Ustazah Mashitah ambil tindakan proaktif ini.

Jika tahun 2008 dikenali Tahun Islam Hadhari Pak Lah pun sudah raut keuntungan RM2.37 bilion, berapakah hasil tahun 2009 Tahun 1Malaysia? Sebaik sahaja Najib jadi Menteri Kewangan, beliau telah meluluskan puluhan lesen judi terutama cabutan mingguan. Masa itu Najib belum jadi PM. Bayangkan kini beliau telah jadi PM, tentulah berjoget sakan saudagar judi mendapat"syafaat" Najib!

Sunday, November 22, 2009

Bola lebih penting dari Islam.


Arab sanggup bergaduh sesama sendiri kerana bola bukan kerana Islam. Itulah yang berlaku di Mesir. Rakyat mereka sanggup mengepung Kedutaan Algeria kerana tidak puas hati kekalahan pasukan mereka di tangan pasukan Algeria 0-1 dalam perlawanan penentuan kelayakan Piala Dunia 2010.

Bahkan anak Presiden Hosni Mubarak desak kerajaan Mesir bertindak ke atas Algeria.

Alangkah baiknya jika semangat ini digunakan untuk menentang Israel di sempadan negara mereka.
Ketika rakyat Palestin dibedil berterusan di Gaza, tiada pula tindakan mengepung Kedutaan Israel dan Amerika.
Bola lebih bermakna daripada nyawa insan seugama.
Makan bola...minum bola...tidur bola......mampus pun dengan bola!

Saturday, November 21, 2009

PAS: Elakkan politik anak beranak.



Persepsi secara mudahnya adalah bermakna pandangan atau tanggapan terhadap sesuatu. Samada manusia ataupun peristiwa kejadian. Persepsi tidak boleh lari dari politik. Politik pula tiada berpisah dari persepsi.

Ahli politik terutama ahli politik berteraskan Islam seharusnya mengelak dari berlakunya persepsi negatif masyarakat terhadapnya.

Bagi mengelakkan persepsi negatif inilah ramai pimpinan PAS misalnya tidak membenarkan anak-anak mereka bertanding dalam pilihanraya sebagai calon walaupun mendapat sokongan ahli parti. TG Nik Aziz pernah menegah anaknya Nik Abduh bertanding dalam PRU 12. Barangkali sikap yang sama diambil oleh TG Haji Hadi terhadap anaknya Abd Khalil.

Tindakan ini dilakukan untuk mengelakkan persepsi negatif masyarakat seperti kroni, anak beranak, anak Tok Guru dan sebagainya. Kita melihat munculnya anak pimpinan PAS menjadi wakil rakyat apabila bapa mereka meninggal dunia ataupun meninggalkan pakaian jawatan politik. Barulah mereka ada nama dalam politik PAS dan menjadi ADUN maupun MP. Misalnya Dr. Mujahid Yusof(MP Parit Buntar) dan Ustaz Nik Amar Nik Abdullah (ADUN Panchor).

Politik PAS berbeza dengan DAP dan PKR. Lim Kit Siang masih memegang jawatan dalam DAP, namun anaknya Lim Eng Guan menjadi ADUN dan MP. Bahkan kini Ketua Menteri. Begitu juga isteri Eng Guan menjadi ADUN di Melaka kini. Karpal Singh juga mempunyai anak yang menjadi MP Puchong, Gobind Singh.

Anwar Ibrahim pula mempunyai Nurul Izzah yang menjadi MP Lembah Pantai. Dulu isterinya Dr Wan Azizah menjadi MP Permatang Pauh.

Sikap pimpinan PAS mencontohi sikap Saidina Umar dalam soal kepimpinan politik. Umar pernah menegah anaknya dicalonkan dari jawatan Khalifah ketika beliau diambang maut. Dipercayai sikap itu diambil untuk mengelakkan persepsi orang ramai dan fitnah.

Sememangnya apabila pimpinan politik mengambil ahli keluarga mereka memegang jawatan dalam organisasi kerajaan maupun parti akan menimbulkan persepsi negatif masyarakat walaupun perlantikkan itu berdasarkan kelayakkan dan merit.

Inilah kemelut yang sedang melanda Kerajaan Kelantan sekarang. Apabila menantu MB dilantik menjadi CEO PMBK. Kemudian isu itu menjela kepada isu tajaan haji MB. Sewajarnya perkara ini dari awal perlu dielakkan bagi mengurangkan persepsi masyarakat.
Cuba kita lihat isu PMBK bermula perlantikkan menantu MB jadi CEO kemudian isu tajaan haji MB. Semua ini menimbulkan persepsi "kurang sihat" kepada pimpinan PAS.

Benarlah apa yang disarankan Dr Aziz Bari bahawa PAS perlu mengambil kira persepsi masyarakat di dalam sesuatu perkara.
Sama seperti pakai kain batik oleh golongan lelaki. Dari segi hukum, tiada masalah. Di Terengganu dan Kelantan menjadi kebiasaan. Tetapi jika kain batik di pakai oleh golongan lelaki di luar Terengganu dan Kelantan akan menimbulkan persepsi negatif kepada pemakainya. Inilah juga yang perlu diambil kira oleh PAS.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...