ARTIKEL BOMBASTIK

Saturday, November 21, 2009

PAS: Elakkan politik anak beranak.



Persepsi secara mudahnya adalah bermakna pandangan atau tanggapan terhadap sesuatu. Samada manusia ataupun peristiwa kejadian. Persepsi tidak boleh lari dari politik. Politik pula tiada berpisah dari persepsi.

Ahli politik terutama ahli politik berteraskan Islam seharusnya mengelak dari berlakunya persepsi negatif masyarakat terhadapnya.

Bagi mengelakkan persepsi negatif inilah ramai pimpinan PAS misalnya tidak membenarkan anak-anak mereka bertanding dalam pilihanraya sebagai calon walaupun mendapat sokongan ahli parti. TG Nik Aziz pernah menegah anaknya Nik Abduh bertanding dalam PRU 12. Barangkali sikap yang sama diambil oleh TG Haji Hadi terhadap anaknya Abd Khalil.

Tindakan ini dilakukan untuk mengelakkan persepsi negatif masyarakat seperti kroni, anak beranak, anak Tok Guru dan sebagainya. Kita melihat munculnya anak pimpinan PAS menjadi wakil rakyat apabila bapa mereka meninggal dunia ataupun meninggalkan pakaian jawatan politik. Barulah mereka ada nama dalam politik PAS dan menjadi ADUN maupun MP. Misalnya Dr. Mujahid Yusof(MP Parit Buntar) dan Ustaz Nik Amar Nik Abdullah (ADUN Panchor).

Politik PAS berbeza dengan DAP dan PKR. Lim Kit Siang masih memegang jawatan dalam DAP, namun anaknya Lim Eng Guan menjadi ADUN dan MP. Bahkan kini Ketua Menteri. Begitu juga isteri Eng Guan menjadi ADUN di Melaka kini. Karpal Singh juga mempunyai anak yang menjadi MP Puchong, Gobind Singh.

Anwar Ibrahim pula mempunyai Nurul Izzah yang menjadi MP Lembah Pantai. Dulu isterinya Dr Wan Azizah menjadi MP Permatang Pauh.

Sikap pimpinan PAS mencontohi sikap Saidina Umar dalam soal kepimpinan politik. Umar pernah menegah anaknya dicalonkan dari jawatan Khalifah ketika beliau diambang maut. Dipercayai sikap itu diambil untuk mengelakkan persepsi orang ramai dan fitnah.

Sememangnya apabila pimpinan politik mengambil ahli keluarga mereka memegang jawatan dalam organisasi kerajaan maupun parti akan menimbulkan persepsi negatif masyarakat walaupun perlantikkan itu berdasarkan kelayakkan dan merit.

Inilah kemelut yang sedang melanda Kerajaan Kelantan sekarang. Apabila menantu MB dilantik menjadi CEO PMBK. Kemudian isu itu menjela kepada isu tajaan haji MB. Sewajarnya perkara ini dari awal perlu dielakkan bagi mengurangkan persepsi masyarakat.
Cuba kita lihat isu PMBK bermula perlantikkan menantu MB jadi CEO kemudian isu tajaan haji MB. Semua ini menimbulkan persepsi "kurang sihat" kepada pimpinan PAS.

Benarlah apa yang disarankan Dr Aziz Bari bahawa PAS perlu mengambil kira persepsi masyarakat di dalam sesuatu perkara.
Sama seperti pakai kain batik oleh golongan lelaki. Dari segi hukum, tiada masalah. Di Terengganu dan Kelantan menjadi kebiasaan. Tetapi jika kain batik di pakai oleh golongan lelaki di luar Terengganu dan Kelantan akan menimbulkan persepsi negatif kepada pemakainya. Inilah juga yang perlu diambil kira oleh PAS.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...