ARTIKEL BOMBASTIK

Saturday, March 15, 2014

MH 370: Mahathir ke Lahad Datu,PMNajib ke Kazakstan?






Ingatkah kita semaa Peristiwa Lahad Datu,sekonyong-konyong Dr Mahathir datang Sabah kononnya untuk beri semangat kepada pasukan keselamatan menghadapi pengganas Sulu?

Mengapa Mahathir ke Lahad Datu? Sebelumnya, nama Mahathir terpalit sebagai dalang pemberian IC kepada rakyat Filipina untuk menangkan UMNO di Sabah.

Apakah Mahathir ke Lahad Datu untuk "menutup" skandalnya itu.Ianya menjadi spekulasi dan misteri !

Kini kes MH 370 juga menjadi misteri. Setelah 8 hari,barulah PMNajib mengesahkan MH370 adalah pesawat yang dikesan oleh radar tentera Malaysia.Beliau juga membayangkan dua destinasi haluan MH370 semasa berhubung dengan satelit iaitu samada Lauan t Hindi atau ke utara Thailand meliputi Kazakhstan dan Turkmenistan.

Beliau tidak menyebut Mongolia.Barangkali sensitif buat beliau!

Dengan perkembangan terkini ini,dua teori boleh dibuat :

1) Satu "permainan" Amerika untuk "merisik dan menceroboh secara berhemah" terhadap Malaysia. Tujuan "permainan" ini adalah satu "lesen" Amerika "menodai" kawalan keselamatan Malaysia.
 Lihat,apabila Malaysia terdesak untuk dapatkan maklumat tentang MH370, Amerika dengan senang hati menghantar kapal perangnya untuk "menolong" Malaysia.Tentunya Malaysia perlu juga serahkan maklumat-maklumat rahsia untuk "memudahkan" Amerika mencari MH370.

Yang pasti,pertolongan Amerika tidak percuma! Barangkali MH370  "dilarikan"  Amerika ke Diego Garcia.

Jika Amerika ciptakan September 11 untuk menyerang Afghanistan dan negara Islam yang lain,adakah Amerika juga ciptakan MH370 untuk "menceroboh dan mencuri maklumat" terhadap Malaysia ?

2) Teori kedua agak mengganggu fikiran PMNajib dan Rosmah.

Didakwakan dalam MH370 ada terdapat rakyat Mongolia.

Adakah perampasnya adalah rakyat Mongolia? Apa motifnya?

Adakah mereka berdendam dengan Kerajaan Malaysia berkaitan isu pembunuhan Altantunya?

Bagaimana jika perampas itu buat tuntutan terhadap PMNajib agar diserahkan 3 individu yang dikaitkan dengan pembunuhan tersebut yang kini dibebaskan?

Atau perampas mahu berjumpa PMNajib?

Ini sekadar teori sahaja. Apapun semoga kita doakan semoga warga MH370 berada dalam selamat dan sihat.Ameen.


Wednesday, March 12, 2014

MH370 :Dulu boleh goreng...sekarang nak rebuspun susah!







 Dulu rekod kedatangan Altantuhya boleh dipadamkan. Ini kerana mendiang hanya warga sebuah negara "mundur" Mongolia.

Kali ini membabitkan rakyat asing yang mempunyai negara yang integriti dan berdaulat seperti Amerika,China dan Peranchis.

Tidak dapat tidak badan kerajaan seperti Imigresen tidak boleh pandang isu ini sebagai remeh.Setiap kenyataan perlu berhati-hati dan telus.Lebih tepat,fikir dulu sebelum cakap agar tidak jadi bahan ketawa dan jenaka penduduk dunia!

Lihat betapa "jauh" sekali perbezaan kenyataan Interpol dengan Imigresen Malaysia :

Interpol  - 2 rakyat rakyat Iran masuk Malaysia dari Qatar  menggunakan pasport Iran(negara sendiri)

Imigresen Malaysia - 2 rakyat Iran masuk Malaysia menggunakan pasport Austria dan Itali.

Jika dua kenyataan bercanggah,mesti satu daripadanya adalah penipu.

Melihat rekod,agak mustahil melihat Interpol berbohong dalam kes ini berbanding Imigresen kita pernah "padamkan" rekod kedatangan gadis Mongolia yang akhirnya diletupkan dengan letupan C4.

MH370 : Misteri seperti Maunah @ Lahad Datu?



Semakin hari semakin banyak spekulasi tentang kehilangan MH370.Macam-macam versi timbul.

Yang pasti ada 1001 versi lagi untuk "dihidangkan" kepada "peminat setia" MH370 selagi badan kapalterbang itu tidak dijumpai dan dilihat semua orang.

Apapun kebolosan di kaunter Imigresen begitu memalukan hingga Menteri Polis berang dengan peristiwa itu.

Itu tentang Imigresen di KLIA. Belum lagi kemurkaan Kerajaan China terhadap Kerajaan PMNajib atas lembabnya aksi Putrajaya bertindak.

Terkini pula isu ini pula timbul:

1) Pemegang passport curi dapat bolos masuk MH370.
2) Kokpit MAS mudah dimasuki.


Dua perkara ini membayangkan betapa keselamatan negara begitu mudah dibolosi. Sama seperti Peristiwa Lahad Datu.

Yang pasti peristiwa MH 370 mendedahkan banyak kelemahan dan kelalaian kita tentang keselamatan dan kedaulatan negara.

Lihatlah nanti jika MH370 masih tidak ditemui,bermakna ada 1001 kelemahan kita bakal "dilondehkan" oleh negara luar.

Jika Peristiwa Maunah dan Lahad Datu,bolehlah kita "goreng" sesama kita. Tetapi ini membabitkan rakyat asing yang menjadi warga Kuasa Besar Dunia seperti Amerika dan China.

Tiada peluang kita mahu "goreng" mereka kerana "kuali" mereka lebih besar !



Monday, March 10, 2014

MH 370 - Adakah UFO rampas pesawat ini?



 Sudah lebih 70 jam ,kapalterbang MASMH 370 belum dijumpai. Berikut petanda-petanda berlaku :
-  Radar Militari kesan kapalterbang patah balik ke KLIA.
-  Menteri Askar sepupu PMNajib kata kemungkinan kapalterbang buat U turn ke KLIA.
-  Tentera Vietnam kesan tompokan minyak di laut.
-  Pentagon mengesahkan tiada letupan berlaku di laut.
-  Nelayan Kelantan nampak kapalterbang terbang rendah di Laut China Selatan.

Kemungkinan dan andaian terjadi :
a)  Terhempas di hutan Vietnam atau hutan Malaysia(banjaran Titiwangsa?).
b)  Mendarat cemas di pulau-pulau Vietnam.
c)  Terhempas di Laut China Selatan hingga terbenam 3 km di dasar laut.
d)  Dirampas dan diarah mendarat di suatu tempat terpencil samada Vietnam,Malaysia atau China.
e)  "Disembunyikan" oleh UFO,Jin atau makhluk asing.

Kesimpulannya,kecanggihan manusia tidak dapat menandingi Kebesaran dan Kekuasaan Allah Taala.

Monday, February 17, 2014

Tiada setitik darah gugur di......



Bila Teresa Kok "menghina" PMNajib,serentak segerombolan NGO UMNO mencari ayam untuk disembelih atas foto Teresa,Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Mengapa mereka bertiga dilumur darah? Kerana mereka Cina dan DAP.

Tetapi bila Kasim Ahmad membawa pemikiran sesatnya di pejabat Mahathir dan Mahathir rasmikannya, tiada seekor pun ayam disembelih dan tiada setitikpun darah ayam atas foto Kasim dan Mahathir.

Mengapa mereka berdua terselamat dari darah ayam? Kerana mereka UMNO dan Melayu.

Tereka,LKS dan LGE tidak hina Islam,tidak hina ulamak tetapi "menghentam dan kritik" kerajaan dan PMNajib.

Kasim Ahmad menghina Islam,Rasulullah dan ulamak serta Mahathir tukang promosi dan dokong.

Bagi NGO UMNO seperti Persatuan Pengguna Islam,PERKASA,PEKIDA menghina Najib lebih "besar dosa" dari menghina Islam dan Rasulullah.

Tiada "seekor" pun pimpinan NGO ini bersuara tentang kesesatan Kasim.

Semua menikus takut "kemurkaan" Mahathir!

Sunday, February 16, 2014

Dua Orang tua yang SATU KEPALA !





Dalam suasana Kerajaan "memburu" pengikut Syiah,tiba-tiba Yayasan Kepimpinan Perdana menganjurkan "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" dengan Dr Mahathir sendiri merasmikannya.

Di sini menjelaskan lagi kesepaduan dan kemuafakatan berfikir dua tokoh iaitu Dr Mahathir dan Dr Kasim Ahmad. Menariknya mereka berdua berusia 80an.Umur diambang sore.

Apabila Mahathir izinkan penganjurannya di Yayasannya malah merasmikannya memaknakan Mahathir setuju dengan pemikiran Kasim Ahmad.

Pemikiran Kasim Ahmad sama seperti pemikiran Dr Rashad Khalifah dengan KOD 19nya.

Kasim Ahmad seorang sosialis kemudian menjadi UMNO semasa era Mahathir tahun 80an. Pada masa itu Kasim memperkenalkan ideologinya sesatnya Anti Hadis dengan buku ,Hadis : Satu Penilaian semula."

Persoalan,bagaimana Dr Mahathir menghamparkan permaidani merah buat Kasim Ahmad di Yayasannya untuk Kasim sebarkan ajaran sesatnya bahkan Mahathir yang merasmikannya?

Walaupun seminar itu diadakan berdekatan dengan JAKIM,kita percaya dan yakin Menteri Agama Jamil Khir Baharom "amat takut" untuk bertindak sepertimana beliau dengan aksi "terus terjun tanpa turun tangga" untuk bertindak keatas ajaran sesat yang lain.

Ini kerana Dr Mahathir ada di belakang ajaran sesat Kasim Ahmad. Jamil Khir tentu takut dengan "sergahan" Mahathir !


Monday, February 10, 2014

PAS masih "malu-malu" ?



Perkauman masih menjadi juadah bagi UMNO dan sekutunya untuk dihidangkan kepada rakyat Malaysia walaupun sudah hampir 60 tahun merdeka.

Kini menjadi satu trend jika mana-mana rakyat Malaysia berbangsa Cina jika menghemtam dan membangkang kerajaan maka secara automatik dilabelkan sebagai "menghina Melayu,Islam dan Raja-Raja Melayu".

Bermula dengan isu sumbat kangkung dalam "mulut" PMNajib hingga kes Teresa Kok,UMNO dan NGOnya begitu bersemangat "mengipas" nya agar bertambah "api perkauman".

Bagaimana cara mengatasinya?

Di sini peranan PAS amat besar untuk menimbus,memampuskan dan menyahkan hasutan UMNO dan NGOnya.

Pimpinan PAS terutama pakar strateginya perlu memikirkan peranan PAS untuk ke hadapan dalam isu-isu ini.

Politik Malaysia masih tidak "mengizinkan" orang Cina ke hadapan untuk mengetuai demostrasi maupun kempen menjatuhkan UMNO.Jika orang Cina memainkan peranan ini,ianya satu modal yang amat "besar" bakal diraih oleh UMNO.Percayalah.

Inilah menyebabkan orang kampung,nelayan,peneroka begitu "teruja dan termakan" hasutan UMNO.Cina akan ambilalih negara ini!

PAS perlu memikirkan bagaimana PAS menjadi "pemimpin" dalam isu ini.

Lihat bagaimana peranan Unit Amal menjadi sebutan pujian di kalangan orang Cina yang mengambil bahagian dalam BERSIH sebelum ini.Mereka menganggap Unit Amal sebagai pelindung.

Jika "anak" PAS dianggap pelindung,bagaimana pula PAS sendiri?

Setakat ini walaupun PAS mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS,tetapi dalam isu membabitkan kaum Cina dan India,PAS belum begitu ke depan untuk menangani isu tersebut.Antaranya kes yang membabitkan kematian seperti Teoh Beng Hock dan Kugan.

PAS menjuarai kes Amirurasyid,DAP pula dengan kes Beng Hock dan PKR dalam kes Kugan.

Seolah-olah PAS untuk Melayu,DAP dengan kecinaannya dan PKR melalui Surendran dan Sivarasa untuk India.

Jika begini bagaimana PAS itu untuk semua ?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...