ARTIKEL BOMBASTIK
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Sekonyong-konyong pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown menyebut "kecurigaan meluas" tentang dakwaan PAS terima RM90...
-
Ayah Pin tidak pernah dijumpai sejak kesesatannya di kesan Jabatan Agama Terengganu.Entah ke mana larinya.polis kita yang canggih al...
-
AMERIKA YANG BERWAJAH DUA "Aku tahu kau kecewa Oba..."kata Erdogan kepada Obama... 3 Julai 2013 Obama membisu seribu bahas...
Thursday, January 10, 2013
Nyawa Morsi dalam bahaya !
Usaha Presiden Muhammad Morsi menyatukan dan mendamaikan dua kumpulan Palestin iaitu HAMAS dan FATAH mengingat kembali usaha Asyahid Abdullah Azam untuk menyatukan kumpulan Mujahidin Afghanistan semasa penaklukan Russia 30 tahun yang lalu.
Ketika usaha Assyahid mula menampakkan positif untuk damaikan kumpulan Mujahidin yang bertelagah, maka pihak musuh yang tentunya didalangi oleh Amerika, Russia, Britain dan Israel tidak senang dengan berita dan usaha tersebut.
Akhirnya perancangan pembunuhan Abdullah Azam terlaksana dengan pengeboman bom yang dipasang di jalan yang dilalui kereta beliau bersama dua anak lelakinya Muhammad Ibrahim. Radio BBC melaporkan berita pembunuhannya 30 minit sebelum terlaksana. Sesuatu yang terancang.
Kini, Morsi mengambil "tugas" Assyahid Abdullah Azam untuk menyatukan kumpulan Palestin. Sesuatu yang bakal mengundang ketakutan Zionis dan Amerika serta sekutunya.
Tidak mustahil perancangan sedang dilakukan untuk mengulangi peristiwa yang terjadi ke atas Abdullah Azam 21 tahun yang lalu.
Bahkan Morsi di lihat "amat merbahaya" kerana beliau dari Ikhwanul Muslimin. Lebih-lebih lagi beliau bergandingan dengan bekas "Empayar Uthmaniyyah" Turki.
Zionis Israel melihat gandingan Morsi bangsa Arab dengan Reccep Erdogan dari bangsa Turki atas nama perpaduan Solidariti Ummah amat mengancam keselamatan Negara Haram Israel.
Jika Assyahid Abdullah Azam sekadar pemimpin Mujahidin Arab yang tidak memegang tampuk kekuasaaan pun dianggap merbahaya, apatah lagi Morsi yang memegang tampuk pemerintahan Mesir yang mempunyai 82 juta penduduk dan Erdogan dengan rakyat Turki 52 juta penduduk.
Penduduk Israel sekitar 8 juta sahaja.
Apapun, perancangan Allah Taala yang terbaik.
Wednesday, January 9, 2013
12 JAN : Polis mahu belajar dari rakyat........
Kenyataan IGP Ismail untuk memberi kerjasama sepenuhnya terhadap Perhimpunan 12 Januari memberi sedikit "cahaya professional" tentang pemulihan imej PDRM di mata rakyat.
Setelah ratusan peluru gas pemedih mata di"hadiahkan" kepada rakyat dan bertangki-tangki air asid disembur untuk "mandian" rakyat, kini PDRM mula mengorak langkah ke pangkal jalan.
Apa sebabnya?
Ada yang berandaikan atas faktor mantan ex- IGPMusa maka IGPIsmail hendak menonjolkan dia lebih baik dari Musa.
Ada berandaikan PDRM kini sudah "letih" bergaduh dengan rakyat.
Ada berandaikan PDRM sudah bosan jadi "barua" kepada UMNO.
Barangkali PDRM melihat nasib bekas IGPnya Musa Hasan yang di layan umpama "anjing kurap" oleh UMNO, maka kini baru mereka membuka mata seluas-luas.
Hanya ex-IGPRahim dan Hanif Omar masih bergayut di ketiak UMNO.
Polis kini mesti lebih tumpukan operasi tumpaskan penjenayah daripada menjadi "orang suruhan" JKKK,Ketua Cawangan dan Menteri UMNO.
Peristiwa 9 penjenayah membelasah 4 anggota polis sepatutnya membuka seluas-luasnya mata IGP Ismail dan anggotanya betapa inilah akibatnya apabila PDRM menjadi "pak angguk" kepada suku sakat UMNO.
Apapun, kita lihat pada 12 Januari nanti.Adakah IGP Ismail mengotakan kata-katanya atau masih membenarkan sepupu Najib Menteri Polis Hishamuddin mencampuri tugas polis seperti dakwaan Musa.
PDRM sepatutnya mencontohi cara polis di Britain dan Eropah mengawal dan mengendalikan perhimpunan aman.
Semoga anggota PDRM terutama yang pangkat rendah tidak termakan provokasi dan khabar palsu seperti BERSIH 3.0 dulu. Dalam BERSIH 3.0, ramai anggota bawahan PDRM bertindak ganas memukul rakyat dan wartawan kerana sebaran berita palsu tentang kematian anggotanya.
Seperti kata IGP Ismail mahu Perhimpunan 12 Januari ini adalah 'Bersejarah".
Apa itu bersejarah? Di sisi rakyat bersejarah itu adalah polis dan rakyat,sehati sejiwa. Polis dan Rakyat adalah kawan sejati.
12 Januari, tarikh bersejarah untuk PDRM buktikan !
Thursday, January 3, 2013
AMANAT BANGGOL PERADONG : Sifir mudah
Jika amanat ini puncanya berlaku Pembunuhan Memali, sudah tentu TG Haji Hadi ditahan ISA.
Jika amanat ini mengancam keselamatan negara, sudah tentu TG Haji Hadi disumbat dalam Kem Kemunting.
Amanat ini dibuat di waktu ISA belum "dihapuskan" pun TG Haji Hadi tidak di tahan ISA,
bagaimana pula di zaman ISA sudah "dihapuskan", sudah tentu tiada motif yang jelas mengapa ianya dihebohkan.
Amanat ini diucapkan di kala pimpinan tertinggi UMNO begitu mudah mengucapkan perkataan yang boleh membawa kepada kekufuran.Terutama ucapan Tunku, Mahathir,Husiien Onn dan PMNajib sendiri.
Hasilnya, amanat ini amat banyak berjasa untuk umat Islam demi menyelamatkan aqidah mereka.
Jadinya mengapa UMNO terutama ulamak dan muftinya begitu hebat untuk mengecam amanat ini?
Jawabnya hanya ialah kerana mereka perlu "mempratikkan" sifat semulajadi terompah kayu. Sifat semula jadi terompah kayu ialah untuk membunyikan tapaknya agar orang tahu mereka wujud.
Cuma buruknya terompah kayu ialah tuannya(pimpinan tertinggi UMNO) senang lenang pakai benda ini masuk tandas !
Noh Gadut, Harussani, Fathul Bari...adakah tuan-tuan tidak terhina dengan perumpamaan ini?
Tuesday, January 1, 2013
Amanat Hj Hadi hanya pupus jika.............
Pembunuhan Memali berlaku 1985 manakala Amanat Banggol Peradong(ABP) tahun 1981. Semasa pasca Peristiwa Memali berlaku, UMNO memomokkan Memali berlaku kerana ABP.
Bahkan ketika Rhusila menjadi tuan rumah Muktamar Agong PAS, media barua UMNO, Utusan cuba memprovokasikan Rhusila bakal menjadi Memali.
Begitu "hebat"nya Amanat Hj Hadi atau Amanat Banggol Peradong(ABP) . Hingga kini UMNO menyimpannya sebagai "peluru" setiap kali menjelang pilihanraya.
ABP andalah antara dua "peluru" yang relevan yang di simpan oleh UMNO. Satu lagi ialah
"13 Mei ".
ABP untuk tanamkan kebencian orang Melayu kepada PAS dan 13 Mei untuk menakutkan orang Cina.
Sehari dua ini, ABP dihidupkan dan diperhangatkan kembali. Maka riuh rendah, salak menyalak berlaku.Baik oleh Menteri UMNO,terompah kayu UMNO,warga kaki lima UMNO bahkan Tok Mufti pun begitu "lapar" untuk "menerkam " Presiden PAS ini.
Presiden PAS secara sukarela tawarkan diri untuk muncul di TV secara langsung selama satu jam. Tawaran ini disambut oleh Menteri Jambatan Terbakar, Rais Yatim dengan bersyarat bersama dengan ulamak yang dipilih RTM (tentunya ulamak UMNO).
Selepas ini, ada lagi pra syarat untuk Presiden PAS oleh Rais. Berjela-jela.
Ini mengingatkan dengan isu Debat di awal 80an dulu. Apabila PAS setuju, UMNO pun menggelabah dan buat pelbagai syarat. Akhirnya terpaksa UMNO minta Majlis Penyimpan Raja-Raja umumkan pembatalan.
Isu ABP tidak akan berkesudahan. Ianya adalah peluru keramat UMNO sama seperti 13 Mei.
Amanat Banggol Peradong(Amanat Hj Hadi) akan pupus dan lupus hanya jika Presiden PAS masuk UMNO atau UMNO menghembuskan nafas terakhir selepas PRU ini.
Monday, December 24, 2012
Di mana mantan IGP Musa pada 12 Januari ini?
Kebelakangan ini sudah ramai mantan "orang-orang besar" mula menzahirkan diri mengkritik kerajaan. Antaranya mantan IGP Musa Hasan.
Marah betul dia pada sepupu PMNajib ,Hishamuddin merangkap Menteri Bukit Aman dan Kem Kemunting. Antara kemarahan yang amat sangat Musa pada Hishamuddin ialah kerana sepupu Najib itu tidak menyambung IGPnya.
Marah Musa menyebabkan beliau mendedahkan krisis dalaman KDN seperti campurtangan Hishamuddin terhadap tugas polis.
Sebelum ini, Musa terkenal dengan tugasannya mengusung tilam dalam kes Anwar. Tugasnya bersama mantan KP Melaka Rodwan Yusof dalam kes Anwar menaikkan pangkatnya sebagai IGP melangkaui senior-senior yang lain.
Tiada diketahui mengapa secara sekonyong-konyong Musa berpaling arah menentang bekas majikannya. Adakah beliau ingin bersihkan dirinya atau bertaubat?
Jika mahu bersihkan dirinya, dia perlu mengikut apa yang dilalui oleh bekas seniornya Datuk Ramli Yusof atau menjawab soalan Datuk Mat Zin Ibrahim.
Nama Ramli sudah dibersihkan oleh perbicaraan mahkamah. Hingga kini, Ramli dan Mat Zin masih "menyerang" Musa walaupun Musa kelihatan seperti pro- pembangkang pula.
Kini, Musa seperti mengikut jejak tuannya dahulu, Dr Mahathir yang mengkritik penggantinya Abdullah Badawi. Musa pula mengkritik IGP Ismail Omar.
Jika Mahathir marahkan Pak Lah kerana Budak Tingkat 4 dan Jambatan Bengkok, Musa pula marahkan Ismail kerana tidak raikannya untuk majlis persaraan sebagai IGP. Musa juga marahkan Menteri Polis Hishamudin kerana tidak sambung IGPnya lagi.
Tidak seperti mantan IGP yang dahulu yang ditawarkan jawatan yang hebat sebagai orang besar Kilang Arak dan Syarikat Judi seperti Hanif Omar. Tiada jawatan buat Musa untuk beliau kerja.
Barangkali PMNajib atas nasihat Hishamudin tawarkan Musa sebagai Guru KAFA sesuai sebagai anak Tok Guru rancangan Muqaddam!
Apapun, Musa perlu istiqamah dan buktikan kesungguhan beliau untuk menentang segala kemungkaran UMNO dan BN.
Musa perlu buktikan. Kini beliau sedang jalanii ujian pertama iaitu diekori anggota Cawangan Khas(SB). Sesuatu yang tidak pernah difikirkan beliau semasa jadi IGP dulu.
Ujian kedua sebagai tanda bencikan kemungkaran UMNO dan BN, Musa perlu ketuai atau berarak bersama rakyat pada 12 Januari 2013 di Dataran Merdeka.
Diekori SB sudah dialami, asap dan air FRU belum lagi Musa rasai. Jom! Anda perlu buktikan.
Tuesday, December 18, 2012
Dah puas?
Isu parti yang kalah teruk dalam PRU 12 di Pulau Pinang hingga kehilangan jawatan Ketua menteri membawa samsengnya dari Negeri Sembilan mengulang apa yang telah di buat oleh musuh ketatnya dalam BN iaitu MCA kira-kira 20 tahun yang lalu.
Bezanya dulu MCA mencabar dengan rancangan mengadakan pesta minum arak khalayak ramai di Kota Bahru manakala GERAKAN menghantar "samsengnya" dari Negeri Sembilan untuk gunting rambut di Serambi Mekah.
Kedua parti perkauman BN merangkap teman sehati sejiwa UMNO itu mengadakan pesta arak dan gunting semata-mata meraih undi Cina.
Ketika MCA beriya-iya adakan pesta arak, TG Nik Aziz sekadar memberi ulasan lebih kurang berbunyi, " buatlah...minumlah bertong-tong arak hingga pecah perut......"
Kita tunggu pula komen TG Nik Aziz terhadap perangai samseng dan kebudakan GERAKAN.
Barangkali selepas isu arak dan salun, puak MCA dan GERAKAN bakal mahu pula "aksi zina" di benarkan di khalayak ramai.
Agaknya siapa pimpinan MCA dan GERAKAN yang sudi buat "aksi demo itu". Barangkali Chua Soi Lek antara calon popular untuk lakukan aksi demo tersebut.
Arahkan seluruh pimpinan lelaki MCA dan GERAKAN turun ke Kota Bahru untuk buat aksi itu. Ambillah perempuan GRO warga China yang bersepah di seluruh negara untuk berpasangan dengan pimpinan lelaki MCA dan GERAKAN.
Tentunya yang bakal paling gembira dengan aksi itu isteri-isteri pimpinan kedua parti tersebut !
Buruknya moral puak MCA dan GERAKAN ! Semuanya akibat dipimpin oleh yang rosak moral.
Pepatah Cinia ada berkata, Buruknya ikan berpunca dari kepalanya! Kepala itu bermakna pimpinan.
Saturday, December 15, 2012
Siapa Menteri Pertahanan kita ?
Tugas "Wanita Pertama" memang sibuk.Selepas merasmikan pra-penerbitan buku kisah hidupnya, Rosmah bergegas menuju pelabuhan untuk merasmikan kapal latihan TLDM.
Jika majlis perlancaran buku biografinya, menampilkan Sultan dan Sultanah Pahang antara tetamunya, maka majlis perlancaran kapal Gagah Samudera TLDM menampilkan lebih ramai tetamu kehormatnya. Antaranya, Dr Mahathir dan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi.
Hebatrnya Rosmah apabila berjaya memasukkan Dr Mahathir sebagai "ahli kelab penyokong"nya yang baru. Hairan, ilmu apa yang digunakan oleh Rosmah hingga dapat "menjinakkan" Mahathir yang keras dengan prinsipnya sendiri dan licik politik.
Atau Mahathir sedang "pasang perangkap" keatas Rosmah? Adakah Mahathir sudah putuskan hubungan dengan Muhyiddin yang mengintai-ngintai kerusi PM?
Peliknya, Mahathir begitu "menikus" dengan Rosmah berbanding "mengaum" ke atas Khairy menantu Pak Lah.
Apapun, Mahathirv sudah mula "belajar" untuk memuji Rosmah. Lihatlah pembelaan Mahathir ke atas Rosmah semasa pra penerbitan biografi Rosmah.
Berbalik kepada perasmian kapal TLDM oleh Rosmah. Timbul pertanyaan adakah Rosmah punya kuasa melangkaui Menteri Pertahanan bahkan Panglima Tertinggi TLDM iaitu Sultan Selangor?
Adakah Rosmah kini memegang jawatan Menteri Pertahanan sebagai menyaingi jawatan Menteri Wanita oleh suaminya sendiri PMNajib ?
Elok benarlah jika begitu. Najib pegang jawatan menteri yang sesuai untuk wanita manakala Rosmah pegang jawatan menteri yang sesuai untuk lelaki !
Kita menunggu selepas ini Kementerian mana bakal "diganggu" Rosmah. Barang dijauh Tuhan, jika Rosmah ingin merasmikan Pembukaan Parlimen atau mengisytiharkan kedatangan Ramadhan atau Syawal pula selepas ini.
Harapnya, Hishamudin Rais tidak cemburu dengan glamournya Sang Bini Najib!
Subscribe to:
Posts (Atom)






