ARTIKEL BOMBASTIK

Tuesday, October 6, 2009

10 Okt : Tarikh MIC 'dibakar" ?


Hari Sabtu ini 10 Oktober, 2 peristiwa bakal berlaku sekaligus mengubah iklim politik kaum Cina dan India.


MCA akan mengadakan EGMnya untuk menentukan nasib Presiden dan Timbalannya. EGM yang diadakan pada 10hb ini jam 10 pagi pada bulan ke 10 (Oktober) bakal menyaksikan 2377 perwakilan mengundi samada menyokong Presiden MCA Ong Tee Keat atau Timbalannya Dr Chua Soi Lek.


Jika Presiden MCA menang bakal menggugat UMNO. Ini kerana di tangan Ong Tee Keat terdapat fail - fail penglibatan pemimpin UMNO dalam skandal PKFZ. PM Najib dan UMNO tidak begitu ceria jika Ong menang.


Manakala pada hari yang sama di Taman Pertanian Bukit Cherakah, satu lagi acara yang bakal menentukan nasib "saudara" UMNO iaitu MIC. Parti baru kaum India bakal dilancarkan oleh PM Najib sendiri. Satu peristiwa yang jarang-jarang berlaku. Parti Makkal Sakhti begitulah nama diberi.


Suatu yang menghairankan mengapa Najib begitu mudah untuk merasmikan satu parti baru saingan MIC ? Mengikut pengalaman yang lalu, tiada senang bagi pimpinan BN terutama PM untuk menghadirkan diri dalam acara rasmi parti kaum India selain MIC melainkan Presiden MIC Samy Vellu bagi lampu hijau.


Begitu juga dalam konsep BN, setiap parti kaum Cina atau India yang ingin menyertai BN mesti mendapat sokongan MCA atau MIC. Jika kedua parti itu tidak setuju bermakna duduk luar pagarlah parti baru itu. Begitulah nasib KIMMA dan IPF yang beriya benar masuk BN tetapi MIC menentangnya. Begitu besar pengaruh MCA dan MIC hingga UMNOpun takut ! Itu dulu sebelum PRU 12.


Kini zaman sudah berubah. Pengaruh MCA dan MIC jatuh merundum semasa PRU 12 hingga nasib mereka umpama anjing kurap di sisi UMNO. Samy Vellu dianggap liabiliti atau "biawak hidup" kepada UMNO. Begitulah kata Dr Mahathir. PM Najib juga bengang dengan Samy Vellu. Lebih-lebih lagi nasihat Najib dalam Perhimpunan Agung MIC lalu dijawab dengan biadap oleh Sammy.


Mungkin inilah masa yang sesuai bagi Najib membalas kata celupar dan keegoaan Samy Vellu apabila beliau setuju untuk rasmikan parti alternatif kaum India Sabtu ini. Menambah lagi kesakitan hati Samy Vellu dengan kemungkinan besar musuh ketatnya Dato Subramanian yang kalah dalam perebutan Timbalan MIC akan menyertai Parti Makkal Sakhti ini.


Adakah hari Sabtu ini bakal menyaksikan kelahiran baru parti alternatif MIC sokongan Najib dan UMNO dan juga satu "unggun api yang besar" untuk acara "pembakaran mayat " MIC !


Sama-sama kita saksikan.

Wednesday, September 30, 2009

Hasan Ali dan Khalid Samad perlu direhatkan?


Nampaknya PJ Selangor Dato Hasan Ali menimbulkan polemik baru politik Selangor selepas isu arak. Kali ini tentang SELCAT. Beliau memberi ulasan yang berlawanan dengan semangat Pakatan Rakyat tentang SELCAT kepada media perdana yang sememangnya menjadi barua kepada IMNO.


Kelakuan PJ Selangor ini mengingatkan kita kepada peristiwa yang berlaku di Kelantan diambang pembubaran Semangat 46 dan penarikkan diri S46 dari Angkatan Perpaduan Ummah(APU) tahun 90an dulu. Exco Kelantan dari S46 Dato Rozali Ishak ketika itu berwatak 2 muka. Ketika siang hadiri mesyuarat Exco yang dipengerusikan oleh MB manakala waktu malamnya naik pentas ceramah menghentam Kerajaan Kelantan.


Walaupun kelakuan Hasan Ali tidaklah sampai setaraf Rozali Ishak tetapi hampir-hampir menyamainya.


Pakar Undang-Undang, Dr Aziz Bari menegur cara Hasan Ali bertindak diluar batasan semangat Pakatan Rakyat. Baginya cara Hasan Ali bertentangan dengan dasar-dasar perlembagaan berparlimen yang menyatakan setiap exco mesti memberi sokongan kepada apa-apa keputusan yang dibuat oleh DUN dan Kerajaan yang memerintah. Sama seperti setiap Menteri mesti sokong apa yang diputuskan oleh Kabinet di peringkat Pusat.

Peliknya adakah Hasan Ali tidak memahami prinsip ini? Beliau seorang yang amat berpengalaman dalam kerajaan dan bekas pegawai PTD ?

Timbul persoalan mengapa beliau tidak bawa isu SELCAT ke mesyuarat Exco sedangkan beliau seorang Exco? Atau paling kurang jumpa ahli SELCAT dari PAS YB Saari Sungib untuk nyatakan cadangan maupun kritikan ? Adakah beliau ada masalah komunikasi dengan YB Hulu Kelang ?

Manakala kenyataan Khalid Samad juga kepada media perdana sepatutnya tidak berlaku. YB Shah Alam sepatutnya tidak gunakan media barua UMNO untuk menjawab kenyataan Hasan Ali tentang SELCAT.

Beliau patut diamkan diri dan bawa perkara ini kepada PAS Pusat. Bukankah beliau adalah seorang AJK Biro Politik ? Perlu rasional dan professional. Apabila mengeluarkan kenyataan berbalas-balas dengan PJ seolah-olah kita punya perangai kebudakan dan ada masalah peribadi keduanya.

Contohilah sikap YB Hulu Kelang Saari Sungib juga ahli SELCAT. Beliau ambil sikap yang bijak iaitu diamkan diri.

Kita juga hairan mengapa PAS Pusat begitu "lembab" bertindak untuk "plaster mulut" Hassan Ali dan Khalid Samad ? Sepatutnya dari awal bertindak menutup lubang fitnah !


Mungkin PAS Pusat selepas ini perlu "rehatkan" Hasan dan Khalid sementara waktu untuk mereka berdua selesaikan masalah peribadi mereka. Lantik pimpinan lain untuk tugasan seterusnya. Elok Hasan dan Khalid dihantar ke Mekah buat umrah sambil bermuhasabah diri dan berdoa banyak-banyak depan Kaabah. InsyaAllah selesai masalah !


Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA



MAAF ZAHIR DAN BATIN

Semoga kita semua mendapat segulung Ijazah KETAQWAAAN sepanjang menjadi mahasiswa/wi di Universiti Ramadhan.

Mohon agar dipanjangkan usia untuk menjejak lagi laman Universiti Ramadhan di tahun-tahun hadapan. InsyaAllah. Ameen.

Sempena Idil Mubarak ini, ku pohon maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung blog ini dan rakan-rakan.

Barang diizinkan Allah Taala, daku akan hadiri Majlis Bersama Perantau di Markaz Tarbiyyah Kuala Ibai pada 22.9.2009 SELASA. Jumpa di sana.

Thursday, September 17, 2009

Syabas...teruskan perjuangan anda berdua!


Sudah pasti satu kepuasan bagi peserta Himpunan Anti ISA 1 Ogos yang lalu apabila 5 tahanan ISA lagi dibebaskan. Terutamanya pembebasan 2 orang yang dikurung hampir 8 tahun di Kem Kamunting. Mereka berdua adalah Mat Sah Satray dan Dr Abdullah Daud.


Kita kagum dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Iron Lady GMI Norlaila Othman dan suaminya yang baru dibebaskan Mat Sah Satray. Tiada satu perkataanpun yang keluar dari mulut mereka berdua ucapan TERIMAKASIH kepada kerajaan atas pembebasan itu.


Jelas Norlaila berjuang bukan untuk suaminya sahaja bahkan untuk semua yang dizalimi. Beliau tetap menuntut pembebasan saki baki yang masih terkurung dalam Kem Kamunting. Begitu juga Mat Sah. Beliau tetap menentang ISA walaupun puluhan kali di dera dan di"brain wash".
Mungkin kerana letih bawa Mat Sah turun naik tangga Bukit Aman dan gagal "pulihkan akidah" Mat Sah, KDN bebaskan beliau.
Tentunya alasan sepupu Najib bahawa Mat Sah dibebaskan kerana telah insaf satu kenyataan "kepondanan" ! Susahnya jika sifat ini ada pada diri Menteri ISA.

Wednesday, September 16, 2009

BARISAN NASIONAL 2


Elok mereka yang bermasalah dengan parti masing-masing dalam BN tubuh parti baru. Murugiah(PPP), Chua Sok Lek(MCA), Subramaniam (MIC) seeloknya berpakat satu sama lain tubuhkan Barisan Nasional 2. Kemudian ajak sekali Geng 10 Budak Hitam pimpinan Deris Jusoh join sekali. baru nampak gah.


Tentunya BN 2 mampu bersaing dengan BNajib. Ini kerana mereka juga mempunyai orang politik yang berpengalaman. Murugiah pernah jadi Timbalan Menteri, Chua Sok Leh pernah jadi Menteri Kesihatan dan Deris Jusoh pernah jadi MB Terengganu sepenggal. Wow! mesti "power"lah BN2 !


Ketua BN 2 siapa pula ? Cuba anda teka. Ibrahim Ali ? Hey kawan ! Ini parti bukan tempat habitat berudu dan katak weh!


Calon yang layak jadi Presiden BN 2 ialah Muhyiddin Yasin.


Mengapa ? Tidakkah anda perhatikan setiap kenyataannya adalah bercanggah dengan kenyataan Najib. Dikala Najib seru One Malaysia, sekonyong-konyong Muhyiddin seru kearah perkauman Melayu.

Tuesday, September 15, 2009

Tiada ucapan terimakasih buat Si Zalim.


Kebiasaannya menjelang raya akan berlakulah pembebasan seorang dua tahanan ISA Kem Kamunting.


Tahun ini tidak diketahui siapa yang tersenarai untuk dibebaskan. Ramai percaya pembebasan kali ini ada hubungan dengan PRK Bagan Pinang.




Walaubagaimanapun punca utamanya adalah kesan daripada Himpunan Anti ISA 1 Ogos yang lalu. Begitu juga dengan kebencian rakyat terhadap UMNO dan BN melalui keputusan siri-siri PRK yang lalu.

Maka untuk tunjukkan "kebaikan" UMNO pimpinan Najib, akan dibebaskan tahanan ini menjelang raya.
Kini di Kem Kemunting terdapat 2 orang yang dikurung hampir 8 tahun. Mereka berdua ialah Mat Shah Satray dan Dr Abdullah Daud(UTM).

Jika ianya berlaku pembebasan, kita sebagai orang beriman jangan sekali (terutama keluarga tahanan ISA) ucapkan perkataan TERIMAKASIH kepada Sang Penguasa Zalim ini.
Ucapan terima kasih kita bermakna kita setuju bahawa tahanan ISA itu bersalah dan ISA suatu akta yang betul. Jangan sekali !
Sebagai orang beriman, kita yakin pembebasan itu(jika berlaku) adalah berkat doa orang yang dizalimi terutama 10 terakhir Ramadhan ini. Bukannya kerana kebaikan Najib, Hishamudin, Musa Hasan, SB dan deretan nama-nama yang bergelumang dengan najis kezaliman.
Hanya ucapan Alhamdulillah yang layak diucapkan oleh kita. Kita yakin balasan untuk Si Zalim dari Tuhan pasti berlaku.
( kira-kira 2 jam selepas artikel ini ditulis, 5 tahanan ISA termasuk Mat Shah Satray dan Dr Abdullah Daud dibebaskan...Allahuakbar!)


Sunday, September 13, 2009

Awas! Jampi baru dari PM Najib !



Nampaknya isu tarian telah menjejaskan sedikit sebanyak imej Malaysia di kaca mata rakyat Indonesia. Pelbagai aksi provokasi oleh segelintir rakyat Indonesia terhadap Kedutaan, pelancong dan pelajar Malaysia bakal mengundang masalah ini memanjang. Pemuda UMNO juga turut hantar memorandum bantahan kepada Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur.


Suratkhabar milik UMNO, Utusan Malaysia dan Berita Harian tidak ketinggalan memaparkan kisah anti-Malaysia di Jakarta.

Kita melihat isu tarian adalah satu masalah kecil. Boleh diselesaikan secara mudah dan diplomasi.

Walaubagaimanapun, isu ini mungkin dimanipulasikan secara bijak oleh UMNO untuk mengalihkan isu-isu besar yang melanda politik Malaysia kebelakangan ini.

Setelah isu perkauman gagal di"panaskan" dan "disensasikan" oleh UMNO untuk menarik sokongan rakyat terhadap mereka, mungkin isu anti Malaysia boleh digunakan untuk mendapat sokongan padu dari rakyat Malaysia dalam menghadapi "konfrontasi kedua" dengan Indonesia.

PM Najib mungkin sedang memikirkan idea untuk "mencipta" satu dua isu bagi menenggelamkan skandal-skandal berskala raksaksa yang melanda UMNO dan BN termasuk Altahtunya, PKFZ, MCA dan MIC.

Hitler berjaya menarik sokongan rakyat Jerman terhadap Nazi dengan mencipta "kemuliaan bangsa Aryan" dan melancarkan perang terhadap Eropah.

Amerika berjaya menarik sokongan rakyatnya untuk menentang "pengganas" dengan mencipta "drama serangan 9/11 ".

Setelah banyak jampi serapah dan mantera digunakan agar rakyat benci kepada pembangkang menemui kegagalan, isu baru perlu dicipta.

Apakah PM Najib tidak "terliur" untuk mencontohi langkah negara Uncle Sam ini?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...