ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, July 29, 2015

Lepasan Universiti Kemunting jadi PM ke 7 ?



Tentunya orang Perak boleh tersenyum seketika kini.Ini kerana MP Bagan Dato Zahod Hamidi di pilih PMNajib untuk gantikan tempat TPM Muhyiddin Yassin.

Anak saudara kepada Panglima PAS arwah Dato Hasan Adli ini mempunyai sejarah panjang dalam UMNO.

Bekas pelajar sekolah agama di Perak ini pernah isytihar "perang" ke atas Dr Mahathir atas isu kroni dan nepotisme.Belia menjadi Ketua Pemuda UMNO di era Anwar menjadi Timbalan PM.Zahid bersama Anwar ketika krisis Mahathir-Anwar 1998 yang menyebabkan Mahathir hantar Zahid "menuntut ilmu" ke Universiti Kemunting.

Selepas "lulus belajar" di Universiti Kemunting,beliau "bertaubat" dan berpaling tadah dengan menyokong semula Dr Mahathir. 

Selepas PRU 2008,Pak Lah masukkan Zahid menjadi ahli kabinetnya sebagai Timbalan Menteri.Apabila giliran Najib menjadi PM,Zahid di angkat menjadi menteri penuh.Mulanya sebagai Menteri Tentera(Pertahanan) kemudian menjadi Menteri Polis(KDN) pula.

Semasa  menjawat Menteri Tentera,Lahad Datu di serang penceroboh Solo.Apabila Najib melantiknya menjadi Menteri Polis,Zahid mula tunjuk belangnya hinggakan Gengster, Kongsi Gelap,sindiket dadah dan gerila IS pun "gerun" dengannya.

Walaubagaimanapun,beberapa kontroversi juga melandanya seperti kes pukul Bazli dan wartawan MalaysiaKini.Biasalah panas baran peminat motor berkuasa tinggi.

Barangkali suhu amarah Zahid turun sedikit apabila menjadi orang nombor dua Malaysia dan bakal menjadi orang Perak pertama menjadi PM Malaysia.Itupun jika UMNO masih releven untuk setahun dua ini.

Tuesday, July 28, 2015

Istana bakal masuk campur?


Mantan Timbalan Perdana Menteri Muhyidin Yassin orang Johor.Ramai orang Johor ternanti-nanti giliran Johor mendapat kerusi PM buat kali kedua selepas Hussien Onn,bapa Hishamuddin.

Kedah,Pahang,Johor,Kedah,Penang dan Pahang itulah giliran negeri yang mendapat kerusi PM hingga PMNajib kini.

apabila PMNajib gugurkan Muhyiddin,nampaknya kempunan lagi orang Johor mendapat kerusi Sri Perdana buat masa terdekat.Bahkan Perak pula bakal dapat kerusi PM selepas PMNajib apabila Najib lantik Zahid Hamidi jadi Timbalannya ganti Muhyiddin.

Barangkali orang Johor kecewa dan "frust menunging" atas tindakan PMNajib gugurkan Muhyiddin.Bagaimana reaksi TMJ tentang hal ini? Sebelum ini TMJ telah "menyindir" PPMNajib atas isu 1MDB dalam tweeternya.

TM Pahang telah isytihar sokong PMNajib kerana Najib orang Pekan,bandar diraja Pahang.

Sekarang semua tunggu komen dari TMJ tentang gugurnya anak Johor dari kerusi politik Putrajaya.

Dari padang bola hingga kerusi politik,Johor-Pahang tetap bertembung!

Thursday, July 23, 2015

MERDEKA DAN BURUK SIKU



Seperti yang dijangkakan politik Malaysia bakal menerima satu lagi kelahiran partai politik baru menjelang 16 September hari kelahiran Malaysia.

Pelbagai pro dan kontra tentang Gerakan Harapan Baru(GHB).Zaman sekarang orang cerdik belaka.Ustaz cerdik.Professional cerdik.Banyaknya Universiti bagai cendawan tumbuh lepas hujan menunjukkan bertambah orang cerdik di Malaysia.

Kepada team GHB,silakan,welcome dan marhaban masuk pentas politik Malaysia.Anda semua sudah "merdeka,bebas,huriyyet" dari PAS.Mulai sekarang,rancanglah perjalanan GHB anda.Bagilah apa jua motto,slogan dan manifesto partai anda untuk rakyat Malaysia.Tentunya bertambah"ceria dan meriah" warna iklim politik Malaysia.

Jangan lupa,dalam GHB ada pelbagai aliran seperti pro Iran,pro Ikhwan,pro Ikhwan Alami,pro ABIM,pro HALUAN dan pro IKRAM.Cumanya tiada pro ISMA sahaja ! Sebabnya ISMA sedang berchinta dengan PERKASA !

Persoalan sekarang,tanzim mana GHB mahu amalkan dan "imani" ?Samada Tanzim Iran atau Ikhwan? Tanzim Iran tentunya berbeza dengan Tanzim Ikhwan.Awal-awal lagi kena tetapkan.Jangan sudah berbulan atau bertahun GHB di rasmikan,baru berbunyi sana sini.
Tentunya GHB akan penuh dengan orang-orang hebat seperti Ustaz Hazrizal(mohon Ustaz Hazrizal tidak koyakkan Sijil GHB seperti sijil PAS ),Faisal Tehrani, Hishamudin Rais,Sayuti OmarMSO dan MAZA pun boleh masuk sekali.

Kepada PAS pula,syukurlah PAS sudah bersih dari segala anai-anai dan anasir parasit.Suci bersih lagi murni.Tidak payahlah kita halakan sepenuhnya kutukan,kecaman dan kritikan kepada GHB.Biar GHB "berjoget sakan" dengan DAP sepuas-puasnya.

Kelahiran GHB jangan ditangisi. Jangan diungkit perkara yang lalu.Nanti hilang pahala dan "buruk siku".
Lebih banyak diam dan perhatikan aksi GHB.Bukankah kita yang suruh mereka GHB keluar dari PAS jika tidak wala' dan taat pimpinan ? Sekarang GHB telah kalah dan sahut cabaran keluar dari PAS.Biarkan mereka hidup riang dan merdeka!

Melihat situasi sekarang,beberapa andaian mungkin berlaku:
1) PAS berjuang keseorangan tanpa pakatan dalam jangka masa terdekat.
2) PKR memilih DAP dan GHB untuk Pakatan 2.0.
3) PKR dan DAP bakal berpecah dua kepada pro PAS dan anti PAS.
4) UMNO terus di ambang nazak tetapi masih hidup.
5) Mahathir semakin mengejar masa untuk guling PMNajib.
6) Politik Malaysia semakin tidak menentu.
7) Tiada calon layak untuk PM selepas Najib.
8) Semangat kenegerian ala Scotland semakin "membara" terutama di Johor(Bangsa Johor) dan Sarawak(Sarawakian). 
9) Kerajaan Selangor bakal bergoncang dan bertukar samada PKR pro Azmin dengan PAS atau PKR pro GHB dengan DAP.

Saturday, July 11, 2015

Siapakah PM ke 7 ?



Baru Mahathir kenal "kepahlawanan" PMNajib.Selamanya Mahathir begitu senang "tendang" orang yang tidak disukai seperti Musa Hitam,Ghafar Baba,Anwar Ibrahim dan Pak Lah.


Apabila Pak Lah turun dari PM atas arahan Mahathir,Najib menjadi PM.Pun dengan arahan Mahathir.Mahathir pimpin tangan Najib bersama Rosmah masuk Seri Perdana dengan gembira dan puas hati.Puas hati kerana Pak Lah dapat dinyahkan dari kerusi PM.

Permulaan awal Najib menginap di Seri Perdana,dipujinya melangit  Mahathir ke atas Najib.Senyum memanjang PMNajib dan Rosmah.

Malangnya segala "jasa,budi,perjuangan" Mahathir naikkan Najib tidak dihargai.Mahathir naikkan Najib untuk habuan kroninya.Najib tidak layan Mahathir kerana Najib ada Rosmah dan kroninya sendiri.

 Baru Mahathir kenal "kepahlawanan" PMNajib.Selamanya Mahathir begitu senang "tendang" orang yang tidak disukai seperti Musa Hitam,Ghafar Baba,Anwar Ibrahim dan Pak Lah.

Mahathir sakit hati.Ingat orang tua seusia 90 tahu jika sakit hati,alamatnya bahaya! Bahaya kepada orang ramai kerana mulutnya mula meracau-racau dan bahaya diri sendiri kerana dalam badannya ada kesan "by pass" takut jadi passed away pulak !

Rakyat jadi mangsa.Masing-masing bijak bila "berperang".Mahathir dan Najib gunakan sentimen prihatin rakyat,mendahulukan rakyat dan utamakan rakyat".Inilah gula-gula mereka berdua selagi di badan mereka ada simbol "keris Telanjang".

Mengapa Mahathir mahu Najib turun? Kerana Najib tidak bagi projek kepada kroninya.Mudahkan sifir itu.

Mengapa Najib tidak mahu turun dari PM walaupun Mahathir suruh ? Kerana menjaga periuk nasi kroninya.Mudahkan?

Mahathir angkat Pak Lah kemudian suruh Pak Lah turun. Kemudian Mahathir angkat Najib dan sekarang suruh Najib turun.Selepas ini Mahathir mahu angkat siapa pula? Muhyiddin..Mukhriz?

Adakah sebelum Mahathir angkat seseorang menjadi PM,beliau terlebih dahulu di angkat orang ramai menuju destinasi Masjid Negara,Makam Pahlawan?WaAllahu a'lam.

Apa yang pasti,Mahathir dah lihat kesan-kesan kejahatan dan kezalimannya sepanjang 22 tahun memerintah Malaysia.




Satu lagi kerja jahat DAP.....


Setelah PAS pecah dua apabila selesai Muktamar dan secara rasmi putus hubungan PAS-DAP.Sesuatu yang dinantikan  dan diidamkan DAP. Kini Lim Guan Eng mengarahkan PKR menerusi mulut S/U PKR Saifuddin Nasution memainkan peranan pula.

Diungkitnya "kisah" isu MB Selangor dulu.Peristiwa yang berlaku di Kuala Terengganu.Sasarannya keperibadian Presiden PAS lagi.Setelah selesai Lim Guan Eng dan ayahnya menyerang peribadi TG Haji Hadi, kini Saifuddin pula mengambil alih tugas itu.

Apa motifnya ? Seperti biasa kerja DAP untuk pecahbelahkan PKR pula.Kita lihat nanti PKR bakal berpecah dua.Satu sokong pakatan PAS-PKR seperti team MB Azmin Ali dan satu lagi team Saifuddin menyokong pakatan PKR-DAP sahaja di Selangor.

Saifuddin memang dikenali sebagai penyokong G18.Lihat pertemuan G18 di Kota Bahru baru-baru ini bersama pimpinan DAP.

Yang akan menjadi mangsa keadaan ialah DS Anwar di penjara dan isterinya Wan Azizah.Semuanya permainan DAP.Pecahkan PAS dan PKR.Jika PKR berpecah dua,bertambah lagi koleksi permainan DAP : Antara koleksinya jahatnya :

a) Menyerang peribadi TG Presiden PAS.
b) Memecahkan PAS dengan meraikan G18.
c) Memburuk-burukkan imej  ulamak PAS. 
d) menanamkan tanggapan buruk dan negatif masyarakat terutama non muslim kepada pimpinan ulamak PAS.
e)memecah belahkan PKR dengan ugutan agar PAS di singkirkan dari Kerajaan Selangor.
f) Mewujudkan team pro DAP dalam PKR seperti G18 dalam PAS.

Cuba perhatikan.Kerja jahat DAP ini berlaku ketika Anwar di dalam penjara.Anwar tidak boleh buat apa-apa.

Lihat,betapa setiap kenyataan dari ulamak dalam PAS akan di spin kan menjadi "cantik"seolah-olah PAS esok lusa bersama UMNO.Tanpa kita ketahui dalam masa yang sama tangan celaka DAP telah berjabat tangan dengan UMNO dan BN untuk bersatu menentang hukum hudud yang di bawa oleh PAS.

DAP...memang celaka!

 

Saturday, July 4, 2015

PAKAT MASUK DAP...Selamat Dunia Akhirat !



Gambaran terkini selepas Muktamar PAS ke 61,team yang kalah iaitu G18 mempunyai beberapa pilihan.Antaranya :
1) Tubuh partai baru.
2) Masuk DAP.
3) Aktif dengan PasMa tetapi tidak berpartai.
4) Menyepi dari politik.Bersaralah.
5) Kembali kepada PAS dan "bina hidup baru".Taubat dan taat kepada pimpinan.
6) Masuk PKR.

Melihat reaksi Mat Sabu dan beberapa tokoh PAS yang hadir majlis ceramah dan terkini berbuka puasa dengan KM Lim Guan Eng,partai baru bakal tertubuh.Ahli barunya yang lain mungkin  terdiri NGO Islam seperti ABIM,IKRAM manakala NGO lain seperti SIS dijangkakan turut serta.

Siapa pemimpinnya? Mat Sabu atau Dr Mujahid Rawa? Atau anak arwah Fadhil Nor, seorang peguam Faiz?

Ramai beranggapan menubuh partai baru penuh risiko.Ianya tidak sama dengan penubuhan PKR.PKR masih "bernyawa" kerana masih ada Anwar,gabungan PKN dengan PSRM dan penubuhannya bertitik tolak dengan kebangkitan rakyat lawan kezaliman Dr Mahathir.

Bagaimana dengan partai G18 ini?Tentunya berbeza.Ditubuhkan kerana kekalahan G18 dalam Muktamar PAS.Sama seperti penubuhan HAMIM oleh Geng 13 kerana "pengusiran" Dato Asri bersama gengnya dari PAS.Penubuhan partai baru G18 ini lebih kepada isu tidak puas hati dan ianya berskala kecil.Tidak mampu menggegarkan pentas politik Malaysia.Tidak seperti penubuhan partai Keadilan yang juga kerana tidak puas hati.Tetapi nya berskala besar,melibatkan rakyat bawahan.

Melihat kepada kenyataan pimpinan G18,ada juga kegusaran mereka tentang sambutan rakyat terhadap partai ini.Ada kata seumpama "buih Pepsi" sahaja.Sekejap sahaja buihnya(sambutan).

Sepatutnya pimpinan G18 memilih DAP.Mengapa ?
1) Partai yang lama berpengalaman walaupun usia muda dari PAS.
2) Sudah ada prasarana kemudahan.Lebih-lebih lagi dengan adanya kerajaan di Pulau Pinang.
3) Menambahkan bilangan keahlian orang Melayu dalam DAP terutama dari segi bilangan tokoh Melayu.Ikut contoh Pak Samad Said.
4) Dapat menolong DAP keluar dari kepompong keCINAan.
5) Mengubah persepsi anggapan orang Melayu bahawa DAP anak kepada PAP Singapura.
6) Dapat mendakwahkan dan mengenalkan Islam Syumul kepada pimpinan DAP.
7) Akhir sekali dapat "menguasai" DAP.

Barangkali no 6 dan no 7 amat membimbangkan DAP.Sebab itu kita hairan bin ajaib mengapa pimpinan Lim Kit Siang maupun Lim Guan Eng tidah membuat tawaran untuk Abu Iman,Abu Urwah,Mujahid,Ustaz Ahmad Awang agar masuk DAP.Sekurang-kurang dalam perhimpunan tahunan DAP ada permandangan orang berkopiah,baju Melayu,berjubah bercampur suasana sedia ada Melayu berskirt pendek sperti Dyana Sopia,berpurdah,bertudung.Semuanya kemudian bergabung dengan amoi-amoi berskirt atas lutut.Tentunya satu situasi Malaysia yang harmoni lagi mengancam jiwa raga dan menggoda!

Abu Iman serta Dr Hatta boleh merangka gerakerja jangka panjang untuk menguasai DAP pula setelah gagal menakluk PAS!Biar Kit Siang,Eng Guan dan Gobind pula tidak lena tidur pula memikirkan perancangan team G18.

Lepas raya - tubuh partai baru atau masuk DAP.Tepuk dada tanya Kit Siang ! Boleh tak join lu?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...