ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Telah menjadi kelaziman Duta negara asing akan mengunjungi Pejabat PAS untuk kunjungan hormat.Apa tandanya? Ini menunjukkan pengiktiraf...
-
Begitu takutnya Umar bin Khattab dengan amanah yang dipegang sehingga beliau pernah berkata : “ Seandainya ada seekor unta yang masu...
-
Antara Raja-Raja Melayu yang agak "popular" menyentuh perlembagaan, hak-hak istimewa orang Melayu dan amaran kepada pihak terten...
-
Ucapan Menteri Polis Zahid ketika kempen pemilihan UMNO di Melaka: Dadah.... tokey besar orang Cina, tokey kecil kecil orang In...
Thursday, October 9, 2014
Hanya PM Najib boleh....sebab dia ada kuasa.
Tiga perkara yang bakal menolong kita jika mati iaitu doa anak soleh,sedekah jariah dan ilmu yang dimanafaatkan.
Tugas kerja orang yang hidup antaranya menimbus kembali dosa orang tersayang yang mati seperti sedekah atas namanya agar dapat menebus kembali kerja maksiat yang dibuat orang yang mati.
Moga-moga Allah Taala menerima amal yang dibuat oleh orang yang masih hidup dan mengampunkan dosa maksiat serta saham maksiat oleh simati.
Bukan tujuan untuk menghina orang yang sudah mati.Sekadar menolong memberi nasihat dan cadangan sebagai tanggungjawab sesama Mukmin.
Saya berharap PMNajib berusaha sedaya upaya dengan kuasa yang ada agar dapat menutup terus Kilang Arak yang dirasmikan oleh arwah ayahandanya 42 tahun yang lampau.
Sesungguhnya "amal jariah" itu terus berjalan selagi ianya wujud. Merasmi bermakna setuju dan redha walaupun tidak minum.Ianya antara perbuatan yang dilaknat oleh Allah Taala atas sebab subahat dengan air kencing syaitan itu.
Saya tidak tahu siapa saudara mara almarhum Tunku Abdul Rahman yang boleh "menolongnya" agar Kilang Guiness Stout ditutup. Tetapi jika Kilang Carlsberg,kita tahu siapa anak arwah yang masih hidup.Jadi PM pula.
PMNajib,moga anda faham tentang hal ini.Najib...anda mampu mengubahnya demi ayahanda anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment