ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, August 13, 2014

PAS terkini: Siapakah sudi menolongnya...


Kita lupa sekejap isu MB Selangor. Samada bagaimana kesudahannya itu soal kedua.Isu utama kita ialah bagaimana  PAS ingin membina imejnya kembali yang "tercalar" sesudah masalah MB Selangor selesai nanti.

"Tercalar" imej PAS yang pertama ialah pada kacamata rakan sekutu Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR.
Isu pemilihan jawatan Perdana Menteri jika PR menang dalam PRU 13.
Adakah ianya benar?
Adakah ianya "rahsia" besar dalam PAS dan satu strategi politik?
Adakah hanya pimpinan yang tertentu sahaja yang tahu?
Bagaimana pimpinan PKR Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution tahu jika ianya rahsia? Mengapa ada AJK PAS Pusat tidak tahu?
Mengapa rakyat jelata tidak diwar-warkan tentangnya jika benar Ku Li adalah pilihan PAS?
Jika benar, mengapa PAS pilih Ku Li dari UMNO bukan Anwar Ibrahim yang dipersetujui oleh PKR dan DAP?

"Tercalar" imej PAS yang kedua ialah bagaimana perjalanan halatuju PAS selepas ini? Iaitu telah jelas dalam PAS ada 2 golongan iaitu aliran Unity Goverment @Ustaz Geng (UG) dan satu lagi golongan Erdogan @Anwarinas.Ini adalah hakikat yang tidak boleh dinafikan.Hikmahnya isu MB Selangor ini kerana ianya menzahirkan sejelas dan seterangnya dua aliran ini.

Jika dalam Muktamar Pemilihan pucuk pimpinan PAS,dua golongan ini berkempen secara "senyap dan diam",tetapi dalam isu MB Selangor masing-masing "tunjuk belang" kehebatan.

Aliran UG menuduh Anwarinas kerana ikut telunjuk Anwar dan membelakangi Presiden dan Dewan Ulamak manakala aliran Anwarinas menuduh UG mahu berpakat dengan UMNO.

Aliran UG mendakwa mereka adalah aliran yang tegar mengikut tarbiyah dan patuh dengan pimpinan terutama Dewan Ulamak dan mendakwa golongan Anwarinas hanyalah "kacau daun" beraliran liberal,moderate dan pragmatik, kurang adab dengan pucuk pimpinan dan ingin mengANWARkan PAS.

Manakala aliran Anwarinas mendakwa UG masih berfikiran lama,ingin berdamai dengan UMNO dan mengamalkan politik "kekampungan,kemelayuan dan kejumudan".

Walaubagaimanapun, ada satu lagi aliran di dalam PAS iaitu tidak memihak kepada mana-mana pihak,bersikap berkecuali bahkan ingin mendamaikan kedua aliran dan menjadi orang perantaraan. Tetapi aliran ini tidak mempunyai pengikut yang ramai.

Apa yang pasti,untuk mendamaikan kedua aliran ini agak sukar apabila kita melihat "peperangan" antara mereka sejak krisis MB Selangor meletus.


"Peperangan mulut,londeh melondeh" antara kedua aliran ini begitu nyilu dan menusuk di hati.

Tautan ukhuwwah di hati mula tawar dan terlerai.

Bilakah ianya selesai? Siapakah yang sudi jadi pendamai?

Orang kampung,orang bandar,nelayan,petani dan rakyat sedang memerhatikan perkembangan ini. Ini kerana PAS adalah milik mereka.

5 comments:

Unknown said...

Golongan pro Anwar dalam PAS digelar dan dituduh macam2. Munafik haraki, anwarisme, anwarinas, macai Anwar, Perosak, Parasit dalam PAS dan mcm2 lagi.

Adakah ini cara yang diajar oleh Tok Guru dan pemimpin Ulama dalam PAS.

Pada saya, mereka bukan menentang presiden jauh sekali menafikan kenyataan Majlis Syura, tetapi mereka bukan jenis terus menerima sesuatu pendapat/hujah dalam politik. Mereka jenis berfikir, menganalisis secara terbuka melihat masalah dr pelbagai sudut dan rasional. Mereka2 ini berpandangan jauh dan mempunyai cita2 besar dalam membawa PAS lari daripada imej kekampungan, imej pembangkang dan imej konservatif.

SuJeng said...

Hebat sangat ker presiden pas si hadi tu????? Smpai x blh dibangkang ditakwil???? Kalu btul hebat...... Nape tganu satu penggal jer???? Smpai skrg x dpt blik....

cikmatgelap said...

ustaz2 pas ni dah nyanyok,pas kini halatuju nya di tentukan ustaz ayam,tok2 guru dlm pas dah terkedu sbb ustaz ayam n i pak mertua tok guru power

Anonymous said...

Kepada Mat Zain dan cikmatgelap. Nak tanya juga. Habat sangat ke Anwar dan Wan Azizah? Atau hebat sangat ke parti PKR kamu? Kami dalam Pas bukan jenis suka caci maki pemimpin orang.Dan kepada matgelap (nama pun sama gelap dengan hati),kenapa marah sangat kat ulamak2 dalam Pas? Adakah ustaz2 dan ulamak2 ini mangajar kamu supaya suka berjudi, minum arak atau berzina? Adakah dalam PKR ramai yang jenis itu? Itu sebab mereka tak sokong Hudud?

Anonymous said...

Kamu semua nak salahkan TGHH kalah di Trg. Nak salahkan Ust Azizan di Kedah...
Kat Perak mcm mana pulak..????
Salah sape tak sampai suku penggal pun..????
Negeri majoriti DAP dan PKR tu..
Mana peginya pengarah pilihanraya PAS pusat yg merangka strategi PRU dan PRK..???
Dengar cerita pengarahnya dah join PASMA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...