ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Alhamdulillah blog ini telah hasilkan artikel ke 1000 sejak dilancarkan pada Jun 2008.Dalam masa 9 tahun,blog ini sedikit sebanyak memeri...
Monday, August 4, 2014
Bersediakah Singapura ikut tuannya?
Apabila lebih 100 askarnya terbunuh,sekonyong-konyong Regim Zionis menuding jari menuduh Malaysia sebagai pengkalan HAMAS.
Bangganya kita. Selama ini rakyat Israel tidak kenalpun Malaysia.Disangkanya Malaysia terletak bersebelahan Mongolia.
Hanya nama Singapura yang meniti di bibir rakyat Israel. Singapura umpama Israel Timur. Jika Regim Zionis dikelilingi umat Arab yang Islam maka Singapura pula dikelilingi oleh umat Melayu Raya terdiri Indonesia dan Malaysia.
Sistem pertahanan Singapura mengikut konsep dan situasi Israel di Asia Barat.Mempunyai situasi yang sama.Dikelilingi oleh bangsa Arab dan Melayu yang menganut Islam.
Tentera Singapura mempunyai ratusan penasihat tentera dari Israel. Singapura mengeluarkan senjata ringan seperti raifel dan pistol menerusi pemindahan teknologi dari Israel.
Bahkan Ketua Menteri pertama Singapura adalah seorang Yahudi David Mashall yang ikut Tunku Abdul Rahman dalam rundingan Baling dengan Rashid Maiden dan Chin Peng.
Peliknya,Israel "tahu" Malaysia "melatih" HAMAS menerusi anggota HAMAS yang "ditawan".Bukannya dari perisikan Singapura.Sedangkan rakyat Singapura bebas keluar masuk Malaysia.Bahkan ruang udara Malaysiapun,jet pejuang mereka siap "berjoget sakan" di angkasa raya Johor tanpa gangguan serius Malaysia.
Jadinya apa motif Regim Zionis itu mengaitkan Malaysia dengan latihan HAMAS.
Adakah ini satu amaran untuk Malaysia agar berhenti menyokong HAMAS? PMNajib pernah menjejak kaki ke Gaza dan berjumpa dengan PM Palestin Ismail Hanayeh. Ini satu pengiktirafan Malaysia terhadap Kerajaan Palestin yang dipimpin oleh HAMAS walaupun HAMAS dikategorikan sebagai gerakan pengganas oleh Amerika dan Eropah.
Regim Israel tentunya bukan "suka-suka" menyebut nama Malaysia.Barangkali ianya mempunyai dua motif. Pertamanya, satu peringatan kepada Malaysia bahawa walaupun Israel jauh ribuan kilometer tetapi wakilnya ada di sebelah Tambak Johor.
Wakilnya sedia menjunjung perintah tuannya sepertimana tindakan tuannya ke atas Gaza kini.
Kedua, berupa satu "aduan" dari anak emas kepada bapanya(Amerika) agar bertindak ke atas Malaysia. Israel mengharapkan Obama buat satu panggilan amaran untuk Putrajaya agar menjauhi HAMAS.
Walaupun Malaysia adalah rakan dagang Regim Zionis di tangga ke 13,sokongan rakyat Malaysia kepada Gaza amatlah menggerunkan Regim Zionis itu serta wakilnya di sebelah Selat Tebrau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Mudah sungguh untuk menekan Malaysia, hanya telepon Najib atau terus kepada Rosmah. Bisikkan ke telinga mereka "aku tahu siapa yang bunuh Altantuya". maka lepas itu tiada yang lain selain....OK Boss!.Maka tiada lagi Aman Palestin atau Aqsa Syarif.
Post a Comment