ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, March 22, 2010

Kasihan....baru sekarang sedar?


Pertama kalinya, Utusan Malaysia melalui tulisan Editor kanannya di ruangan "Cuit" Khamis lalu mengakui kemerosotan jualan akhbarnya di bawah paras 200,000 nashkah sehari berbanding jualan akhbar berbahasa Cina melebihi 600,000 nashkah sehari.



Penulisnya dalam keadaan "sedih" mengungkitkan kisah silam "jasa" akhbarnya terhadap bangsa Melayu sejak sebelum merdeka.Antara senarai "jasa" Utusan Malaysia yang disebut oleh penulis "Cuit" itu termasuklah usaha"penyatuan antara dua buah parti politik Melayu (UMNO dan PAS) ".



Begitu juga usaha Utusan Malaysia "mencelikkan" bangsa Melayu dari "kejumudan".



Dalam keadaan "sedih" kerana ada orang Melayu sanggup bakar akhbarnya, penulis sempat "menunjukkan wajah sebenarnya" sebagai seorang amat pembenci DAP dan Anwar Ibrahim. Beliau mempertahankan semangat rasis akhbarnya kerana akhbar Cina juga berbuat demikian.



Tidak lupa penulis "Cuit" ini menyalahkan kononnya orang Melayu sanggup bakar akhbar Utusan Malaysia kerana termakan "hasutan "DAP terutamanya oleh PKR. Disiarkan gambar Ketua AMK PKR bersama ahlinya membakar akhbar Utusan.



Peliknya dalam artikel ini, penulis sekadar menulis hanya "segelintir " ahli PAS membenci Utusan Malaysia ! Umum mengetahui, Utusan Malaysialah meletakkan PAS sebagai musuh no. 1 sejak zaman berzaman.



Akhbar ini mengendurkan sedikit permusuhan terhadap PAS kerana jualannya semakin merosot selain bersaing dengan media alternatif.Penulis mengakhiri artikelnya dengan menyimpulkan selagi UMNO berkuasa, selagi itulah Utusan Malaysia "bernyawa" ! Taksubya penulis dengan mitos kekuasaan UMNO.



Sebenarnya penulis "Cuit" ini baru tersedar dari mimpinya tentang kesedaran orang Melayu tentang tipu daya UMNO sejak 52 tahun merdeka.Seolah-olah penulis ini masih berada dalam tahun 60an. Atau tidak pernah membaca tentang politik sebelum Mac 2008? Barangkali penulis "Cuit" ini dulunya wartawan sukan atau hiburan!



Sejarah sebenar Utusan Malaysia boleh ditanya kepada Pak Said Zahari maupun Haji Subky Latif. Bertanyakan Zainudin Maidin maupun Johan Jaafar tentang Utusan Malaysia umpama bertanyakan Obama atau Ariel Shahron tentang sejarah Israel .



Sejak Utusan Malaysia di"jajah" oleh UMNO, memang banyak "jasa"nya kepada umat Melayu.PAS punya banyak "nostalgia" bersama Utusan Malaysia. Sejak zaman Arwah Ustaz Yusof Rawa dan Arwah Ustaz Fadhil Noor , Utusan Malaysia dibawah ZAM dan Johan Jaafar menyerang bertubi-tubi PAS.


Tiada ruang buat PAS untuk bernafas. Semuanya buruk disi Utusan terhadap PAS.Kita lihat bagaimana Utusan Malaysia berhari-hari menyiarkan "kejahatan" Asyahid Ibrahim Libya semasa peristiwa Memali.



Begitu juga tentang berita Kelantan di bawah PAS. Semuanya buruk. Serangan terhadap Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang lagi "dahsyat giler". Terutama tentang Amanat Haji Hadi. Begitu juga semasa Kerajaan PAS memerintah Terengganu dibawah TGHH. Berhari-hari Utusan Malaysia meenyerang kerajaan Terengganu. Tiada satupun berita "molek" buat Kerajaan Terengganu dibawah pimpinan TGHH.



Sebenarnya tentang isu pembakaran akhbar Utusan, ianya sudah lama berlaku. Semasa PAS di bawah arwah Ustaz Yusof Rawa dan arwah UstazFadhil Noor sudah terjadi peristiwa pembakaran akhbar Utusan Malaysia. Begitu juga peristiwa wartawan Utusan di halau bagai "anjing kurap" pun pernah terjadi dalam Muktamar PAS dahulu. Utusan juga pernah dicop sebagai "orang yang tidak dikehendaki "dalam majlis anjuran PAS.



Barangkali dengan merosotnya jualan Utusan, maka pengurusan mula "berlembut" dengan penyokong PAS untuk menarik kembali penyokong PAS membeli Utusan.



Maaf! Penyokong PAS membenci Utusan Malaysia dulu, kini dan selamanya selagi Utusan menjadi barua UMNO.Penyokong PAS semakin matang dan bijak sekarang. Mereka membaca Utusan tetapi tidak membelinya dan menapis beritanya. Tidak percaya 100%.



Penulis "Cuit" juga kena ingat, penyokong PAS senantiasa berdoa siang malam agar Sang Zalim serta kuncu-kuncunya (termasuk Utusan) menerima hukuman dari Allah Taala akibat kezalimannya. Nampaknya natijah doa itu sudah berhasil dengan merosotnya jualan Utusan.Akhir kalam, eloklah penulis "Cuit" cari kerja ditempat lain sebelum Utusan "ditalkin"kan. Bumi Allah ini luas.



Jika tiada juga kerja, beliau boleh mohon kerja di akhbar Roket. Mungkindi situ, penulis "Cuit" temui kedamaian dan ketenangan abadi!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...