ARTIKEL BOMBASTIK

Friday, August 28, 2009

Sampai bila kamu mahu jadi budak suruhan UMNO?


Satu Malaysia sedang melihat dua aksi sedang berlaku. Keduanya menunjukkan aksi tuduh -menuduh, nafi-menafi dan bongkar membongkar.


Aksi pertama berlaku di Mahkamah Koroner berhubung prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock. Masing-masing pegawai SPRM tuding menuding satu sama lain serta keterangan bercanggah antara satu sama lain. Itu belum lagi dengan Surat Misteri yang membongkarkan "wajah sebenar SPRM" kepada rakyat Malaysia.


Aksi kedua berkaitan isu seleweng PKFZ. Presiden MCA dan Ketua Penyokong Kerajaan masing-masing tuduh menuduh dan saman menyaman.


Kalau kita perhatikan kedua isu diatas adalah berpunca dari satu pihak sahaja. Siapa kah pihak itu? UMNO lah weeh!.


Kes SPRM berpunca dari "Ketua Penyapu" yang bercita-cita rampas Selangor. Di kerahnya SPRM menjadi orang suruhan. Apabila Teoh Beng mati, barulah gelabah masing-masing. Hakikatnya mengapa berlaku tuding menuding ? Semuanya untuk tutup "kejahatan" si Ketua Penyapu dari UMNO.




Begitu juga kes PKFZ yang kemuncaknya Timbalan MCA dipecat. Apabila UMNO tidak senang dengan Presiden MCA yang semakin lama semakin galak "pecah rahsia", maka isu RM 10 juta pun di sensasikan untuk menunjukkan Presiden MCA itu "baham duit".


Sebenarnya jika isu PKFZ dibongkarkan berterusan, akan timbul nama pembesar-pembesar UMNO yang "songlap duit rakyat" seleweng PKZF. Timbullah nama pembesar-pembesar UMNO Selangor.


Kesimpulannya kedua isu diatas menunjukkan jahat dan jeleknya UMNO ! Cumanya kes kematian Teoh Beng, pegawai SPRM yang Melayu sama Melayu tuduh menuduh untuk selamatkan UMNO yang penuh haprak itu.


Berbeza dengan kes PKZF di mana pemimpin Cina dari MCA sedang tarik tali dengan UMNO. Di sini kita lihat kecerdikan pemimpin Cina berpolitik.


Biasalah bila mafia, lanun, perompak, gengster bergaduh sesama sendiri akan pecahlah segala rahsia kejahatan, kelanunan dan kejelekan mereka selama ini.


Peliknya mengapa "budak suruhan" UMNO seperti PDRM, SPR, SPRM ( semua orang Melayu jadi ketua)masih taat setia kepada tuan mereka? Walaupun mereka semua telah, sedang dan akan di"kambinghitam"kan oleh UMNO.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...