ARTIKEL BOMBASTIK

Friday, August 28, 2009

Hina Islam, Raja, Cina dan kini Hindu....kerja sape ye ?


Sah! Kerja menghina agama dan kaum adalah kerja UMNO. Sah dan sah ! Walaupun UMNO menafikannya dan mengutuk melalui mulut Ketua Pemudanya Khairy, semua rakyat dah tahu kerja hina agama dan kaum kerja UMNO dulu, kini dan selamanya.


Kita dah maklum kerja UMNO hina Islam. Seperti kata isu janggut Nabi dan hukum hudud. Hari ini UMNO buat rekod baru. Hina Hindu pula. Kerja UMNO baling batu, sembunyi tangan. Selepas beberapa jam berlaku perarakan kepala lembu dari Masjid Negeri ke pejabat SUK Selangor, sekonyong-konyong Khairy menafikan ini kerja UMNO. Kah! Kah! Kah! Boleh percaya ke ?
Pelik bin Ajaib! Polis cuma perhatikan sahaja perarakan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum. Macam tengok "malaikat" lalu kot ! Jika dalam Perhimpunan 1 Ogos Anti ISA, begitu pantas polis bertindak. Sembur air asid, tembak gas, gari , tendang, belasah dan tangkap orang yang hadiri perhimpunan yang aman. Malangnya dalam peristiwa perarakan kepala lembu tiada tindakan drastik dibuat.
Kenyataan Ketua Polis Selangor amat memalukan. Beliau tahu perhimpunan itu haram tanpa permit. Beliau juga tahu bilangan yang hadir. Dan beliau juga tahu masa yang diambil dalam perarakan itu. Lebih memalukan beliau mengatakan polis akan ambil tindakan jika ada laporan polis.
Hoi Khalid bin Abu Bakar! Perkara yang boleh cetuskan ketegangan kaum dan agama memerlukan tindakan cepat dan drastik tanpa tunggu ada laporan polis!
Hoi Musa bin Hasan tukarkan awak punya anak buah ! Memalukan PDRM je!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...