Jerangkap samar satu senjata yang amat popular semasa situasi perang. Ianya amat digemari oleh pihak gerila. Fungsinya lebih kepada untuk memberi "kenangan manis" buat mangsa yang terkena daripada mangsa itu terbunuh. Ini kerana mangsa akan terkenang dan menderita seumur hidup.
Isu Kerajaan Perpaduan adalah satu jerangkap samar buat PAS. Walaupun idea itu dari Presiden PAS tetapi ianya dapat dieksplotasi oleh media-media UMNO untuk menjerat PAS.
Sebenarnya tujuan utama UMNO menguar-nguarkan isu Kerajaan Perpaduan adalah untuk menghakis kepercayaan non Muslim terhadap PAS sebagai penerajui perubahan politik Malaysia.
Umum mengetahui majoriti non Muslim amat membenci UMNO atas dasar perkauman dan pecah belahnya. Itu terbukti keputusan pilihanraya PRU 12 dan Pilihanraya kecil. Maka pakar-pakar strategi dan perang saraf UMNO dan BTN merasakan perlu diadakan satu isu supaya non Muslim mula menaruh syak curiga terhadap PAS.
UMNO tidak takut jika non Muslim dekati PKR dan DAP kerana parti tersebut adalah atas dasar sekular. Tetapi amat takut jika non Muslim mendekati PAS kerana pengaruh UMNO akan tergugat dengan kepercayaan non Muslim terhadap PAS yang sudah tentu menerangkan hakikat sebenar Islam.
Peristiwa 1986 ketika PAS mula didekati non Muslim melalui CCC menjadi pengajaran buat PAS. Ketika itu Arwah Ustaz Fadhil dan Arwah Ustaz Yusof Rawa dipanggil oleh Dr Mahathir untuk bicara tentang perpaduan Melayu. Perbincangan yang sepatutnya rahsia dibocorkan oleh Mahathir untuk menimbulkan curiga non Muslim terhadap PAS. Akhirnya Mahathir berjaya menimbulkan perasaan itu terhadap non Muslim. Akibatnya PAS tidak lagi dipercayai oleh non Muslim.
Non Muslim percaya jika PAS dekati UMNO bermakna mereka(non Muslim) akan ditinggalkan oleh PAS. Mereka beranggapan PAS lebih cintai bangsa Melayu daripada keadilan. Itu persepsi mereka.
Selewpas PRU 1999 yang menyebabkan Terengganu jatuh ketangan PAS dan kebangkitan semangat Reformasi, UMNO bimbang lagi dengan kebangkitan PAS. Maka di "pasang satu lagi jerangkap samar" oleh Dr Mahathir. Diajaknya PAS bermuzakarah. Pimpinan PAS "terlupa" lagi tentang peristiwa 1986 pertemuan Dr Mahathir dan pimpinan atasan PAS.
Akhirnya apabila UMNO kuat semula, muzakarah itu telah di"bakulsampah" kan oleh UMNO. Terengganu kembali ke tangan UMNO dan banyak kerusi pembangkang dirampas.
Kesemua isu diatas berlaku di zaman Mahathir dan kini ingin diulangi oleh PM Najib.
Cuba anda bayangkan bagaimana jika isu Kerajaan Perpaduan berjaya diekplotasikan oleh Najib. Sudah pasti DUN Perak dibubarkan dan hasilnya, undi non Muslim kembali kepada BN.
Mengapa ? Kerana non Muslim lihat PAS seolah-olah mempermainkan mereka dengan berkerjasama dengan UMNO. Kita lihat bagaimana PAS "hampir" masuk jerangkap samar apabila PM Najib memuji PAS dengan mengatakan PAS ikhlas.
Alhamdulillah, Allah Taala melindungi PAS. PAS tidak boleh masuk lubang kali kedua dan dipatuk buat kali kedua.
Satu lagi isu yang dimainkan oleh UMNO ialah Chin Peng. Isu ini khusus untuk menaikkan rasa perkauman Melayu. Surat khabar Utusan Malaysia misalnya berjaya menghidupkan isu ini supaya menimbulkan semangat pelampau Melayu.
Isu ini juga menimbulkan perasaan benci kepada kaum Cina. Itu motif UMNO.
Mereka tahu kaum Cina telah mendekati PAS dan PR. Maka pakar strategi dan perang saraf UMNO dan BTN mencipta isu ini untuk membakar perasaan perkauman bencikan Cina. Diungkit sejarah silam dan sebagainya.
Tujuannya supaya orang Melayu membenci DAP dan Pakatan Rakyat.
Malangnya isu Chin Peng tidak mendapat respon DAP. Pimpinan DAP bijak menghidu perangkap UMNO.
Kini UMNO sedang mencari-cari isu untuk menghidupkan talian hayat mereka. Pimpinan PR terutama PAS dan DAP sedang "diintai-intai" oleh UMNO untuk dilaga-lagakan.
Sepatutnya selepas ini, langkah cepat dan tepat mesti ditangani oleh pimpinan PR untuk hadapi isu-isu ciptaan UMNO.
Langkah pertama yang terbaik, adakan Sidang Media yang dihadiri oleh DS Anwar, Lim Kit Siang dan TG Abd Hadi Awang setiap kali timbul isu dan masalah.