ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, June 1, 2009

Mana satu pilihan kalbu ?


Tidak sampai 72 jam lagi Muktamar PAS kali ke 55 akan berlangsung di Shah Alam, Selangor. Sebuah lagi negeri Pakatan Rakyat. Semua tumpuan kepada pemilihan Timbalan Presiden. Bagi penyokong dan ahli PAS, pemilihan tidak menjadi tumpuan. Sesiapa sahaja jadi pimpinan bukanlah persoalan yang besar. Paling penting, PAS mesti tetap di landasan Al Quran dan Sunnah. Itu sahaja.


Berbeza dengan UMNO. Kemenangan seseorang individu itu menentukan "periuk nasi" mereka. Samada berasap ataupun sebaliknya. Itulah "aqidah" setiap benak fikiran ahli UMNO.




Mari kita lihat beberapa coretan calon-calon Timbalan Presiden :

a) Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Antara tiga calon untuk kerusi Timbalan Presiden beliau adalah "bongsu" dalam pimpinan PAS. Anak jati Negeri Sembilan. Lulusan agama dari Universiti Jordan. Tidak diketahui samada beliau pernah mendapat didikan asuhan tarbiyyah Ikhwanul Muslimin ketika belajar di Jordan. Juga pernah belajar di UiTM. Menjadi MP Bachok. Pernah jadi MP Kedah 1999. Juga pernah kalah semasa tanding MP Besut 2004.

Di kenali dengan nama glamour "Ustaz Nash". Telah memegang dua penggal berturut-turut sebagai Timbalan Presiden.

Kemunculannya dalam PAS secara "low profail". Pidatonya juga tidak menyengat. Pernah dikritik kerana penampilannya tidak mencerminkan "pakaian ulamak" ketika perjumpaan dengan SU UMNO Khalil Ya'kob untuk urusan muzakarah PAS-UMNO tahun 2001. Beliau berpakaian kot, tali leher dan tanpa kopiah.

Beliau juga dikritik hebat kerana terlibat dengan rundingan Muzakarah untuk Kerajaan Campuran semasa pasca PRU 12 Mac 2008.

Kelebihan beliau ialah tidak melenting jika dikritik, gerak kerja yang sistematik dan kurang bercakap tetapi kerja lebih.

Akhbar pro UMNO Utusan Malaysia "tolong" kempen untuk beliau walaupun bukan kehendak beliau.

b) Muhammad Sabu

Pemegang kerusi Naib Presiden sesi lalu. Anak jati Pulang Pinang. Pernah belajar di UiTM. Pernah jadi MP Kubang Kerian dan Kuala Muda. Tewas dalam PRU 12 untuk P36 Kuala Terengganu. Pernah menginap di " Hotel Mewah" Kamunting. Pidatonya dikagumi. Nama glamour sebagai "Abang Mat". Sahabat baik Lim Eng Guan KM Pulau Pinang. Disenangi oleh golongan marhein dan muda.

Walaubagaimanapun, beliau seorang pro-Iran. Secara langsung boleh dikatakan pro Syiah walaupun tidak menganut mazhab tersebut. Tidak sah ceramahnya jika tidak diselit nama Iran, Hizbullah dan Khomeini. Sikapnya ini tidak disenangi oleh ahli PAS yang condong kepada Salafi maupun Ikhwan.

Satu lagi yang perlu diketahui, beliau tidak pernah berceramah satu pentas dengan Anwar Ibrahim selepas Anwar bebas dari penjara. Mungkin marah beliau terhadap Anwar belum padam lagi.

Kelebihan beliau ialah seorang yang senang didekati dan pandangan politiknya begitu tajam serta ke depan.

Akhbar politik SIASAH milik MSO main peranan mengempen beliau dengan wawancara.



b) Husam Musa.

Seperti Muhammad Sabu, beliau adalah pemegang kerusi Naib Presiden sesi lalu. Antar bertiga calon Timbalan, beliau seorang sahaja berpangkat "Datuk Paduka". Anak jati Kelantan. Pernah jadi MP Kubang Kerian (selepas Abang Mat). Pernah juga jadi Setiausaha Akhbar MB Kelantan sebelum jadi MP. Kini menjadi ADUN Kijang dan Exco kanan Kerajaan Kelantan.

Beliau dikenali sebagai golongan "Erdagon" dalam PAS walaupun beliau tidak begitu menyenangi gelaran tersebut. Erdagon adalah golongan yang dilabelkan sebagai pro-Anwar.

Antara ketiga calon Timbalan Presiden, beliau paling kuat dihentam oleh mereka yang memusuhinya. Bahkan ada tercipta satu blog yang dinamakan "Anti Husam". Penulis politik paling memusuhinya ialah MSO (Mohd Sayuti Omar). MSO menggelarnya orang " pakai baju petak-petak merah". Tidak diketahui mengapa MSO begitu murka terhadapnya.

Beliau mendapat publisiti penting menjelang pemilihan apabila MB Kelantan "gembira" jika kumpulan Erdagon menang dalam pemilihan PAS nanti.

Kesilapan terbesar beliau ialah mengadakan jamuan di Batu Gajah dan membuat wawancara dengan Berita Minggu. Mengapa ? Mana-mana individu yang mengempenkan diri sendiri bermakna dia "membungkuskan dirinya untuk dicampak dalam tong sampah".

Kelebihan beliau ialah suka tolong golongan miskin. Ini terbukti dengan penubuhan Kijang Care yang banyak membantu golongan miskin di Kelantan.

RUMUSAN AKHIR

a) Ustaz Nash - seorang tidak begitu memusuhi UMNO. Melihat UMNO sebagai boleh dirundingi dan berdialog demi maslahat ummah dan dakwah.

b) Abang Mat - pro Iran, tidak begitu "ngam" dengan Anwar. Keras terhadap UMNO. Berjiwa rakyat.

c) Husam Musa - Anak didik Tok Guru MB Kelantan. Pro Anwar. Keras terhadap UMNO.

Melihat kepada semua di atas, penulis merasa sedih . Mengapa ? Kerana jawatan Timbalan Presiden hanya satu. Yang layak ada tiga orang. Kesemua ciri-ciri di atas diperlukan dalam PAS.

Kalau anda boleh mengundi, siapakah calon pilihan anda ?

Kalau saya ? Saya akan rosakkan kertas undi ?

Mengapa weeeh!?

Kerana saya kagum dan sayang dengan mereka bertiga. Itu sahaja.














3 comments:

♥ ieRa ♥ said...

tok pepijat..mai jd follower blog hamba..hamba dh follow blog tok..syukran

ishaharom said...

ketiga-tiga pemimpin punyai kelebihan memasing.

saya lebih suka andai Husam dinaikkan menjadi TP.

..::بشرى::.. said...

ahaa...saya suka pemikiran awal pasal ini,menarik,tapi saya sudah semestinya tidak memilih abang mat...sebab jawatan perlu lebih dari sekadar semangat dalam perjuangan,peace! hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...