ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Alhamdulillah blog ini telah hasilkan artikel ke 1000 sejak dilancarkan pada Jun 2008.Dalam masa 9 tahun,blog ini sedikit sebanyak memeri...
Wednesday, December 10, 2014
Bakal PM kita kini di TADIKA
PAS tetap setiadalam PR.Maki hamun,kata nista,cakap belakang dan apapun PAS tetap dalam PR.
Bezanya PAS dalam BN dulu.Ada polisi untuk buang PAS.Kini dalam PR tiada peruntukan untuk buang PAS.
Manakala DAP semakin hari semakin terserlah sikap dan wajahnya.Semua pimpinan atasannya sudah jemu dengan PAS.Siang malam ada sahaja kata sindiran dan nista buat PAS.
DAP Sarawak sudah "sayonara" kepada PR atas alasan sikap PAS.DAP Pusat pula tunggu masa sahaja.Dijangkakan DAP Pusat akan meninggalkan PR pada hari PAS bentang hudud di Parlimen.Benarlah kata Lim Kit Siang,PRU 14 bakal menyaksikan DAP bertanding secara bersendirian.
Jika PAS setia dengan PR walaupun dimaki hamun,DAP tunggu masa untuk meninggalkan PR, apa pula dengan PKR?
Melihat senario politik sekarang,PKR bakal tinggal satu kerusi sahaja Parlimen selepas PRU 14.Iaitu Permatang Pauh.Mengulangi sejarah PRU 2004.
Kekuatan PKR hanya pada DS Anwar.Ideologinya bercampur-campur.Ada Islamik(ABIM),Sosialis(PSRM) dan UMNO(ex ahli).PKR tiada ahli "tegar" macam PAS.Pemikiran ahlinya masih keUMNOan.Ingin habuan dan politiking.Mujur ada ahli ABIM untuk mengawal sikap buruk itu.
Jadinya,angkara Langkah Kajang menghasilkan punah ranah segala harapan rakyat.PR sudah berpecah dan tiada kesatuan.Walaupun berbuih mulut dan "lakonan" tiada apa-apa berlaku,hakikatnya kita sudah tidur sebantal tetapi mimpi yang lain.Masing-masing memendam rasa.
Percayalah,jika situasi ini berkekalan hingga PRU 14 dan Muhyiddin menjadi Presiden UMNo semasa saat itu,maka impian tawan Putrajaya hanyalah angan-angan sahaja.
Dan rakyat kena tunggu 50 tahun lagi untuk menyaksikan satu pakatan pembangkang yang kukuh dan kuat serta padu.
Sementara tunggu bakal PM kita yang sedang belajar di PASTI,TADIKA,TASKI, maka biarlah UMNO terus mendominasikan politik Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment