ARTIKEL BOMBASTIK

Sunday, August 10, 2014

Apabila anak Pak Brahim pecat anak Pak Brahim.....





a) PKR terbelah dua : Satu sokong MB Selangor dan satu lagi sokong Anwar Ibrahim.

b) PAS terbelah dua : Satu ikut arahan Presiden dan satu lagi ingkar.

c) Pimpinan PAS sesama sendiri "serang menyerang" seperti MP Temerloh,MP Sepang dan MP Shah Alam.

d) Dewan Ulamak bersedia PAS keluar PR.MB Kelantan selaku pemangku ketua menyatakan demikian.

e) Pimpinan teratas seperti TGNA dan TGHH setuju Khalid kekal MB manakala sebilangan lain setuju MB ditukar.

f) Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli mula "melondeh keburukan" PAS dan pimpinannya. Seperti isu Ku Li jadi PM, kes video Cikgu Pa dan hudud.

g) MP Termerloh berperang mulut dengan KM Pulau Pinang hingga ke peringkat saman.

h) Pimpinan PAS yang sokong MB Selangor ditukar dilabelkan sebagai Anwarinas dan Erdogan.

i) Berbuih mulut Ketua Penerangan PAS Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man beri arahan agar semua pimpinan PAS diam tetapi masih ramai yang ingkar arahan.

j) MP Parit Buntar begitu risau dan sedih apa yang berlaku.Projeknya untuk perpaduan kaum bakal musnah jika PAS keluar PR.

k) Isu MB Selangor menjurang jauh antara golongan ulamak dengan golongan Erdogan.Ianya jelas lagi terang bahawa dua golongan ini sememangnya wujud dalam alam pimpinan PAS.

l) Kenyataan Saifudin dan Rafizi menjuruskan PR lebih selesa tanpa PAS.Begitu juga pimpinan DAP yang sememangnya kurang selesa dengan PAS atas isu hudud. Jika seandainya selepas ini PAS kekal dalam PR,hubungan PAS dengan dua orang kuat Anwar ini tetap menjadi "memendam rasa" .Tunggu masa untuk meletup!

m) Kredibiliti dan karisma Anwar semakin merundum selepas PRU 13 dan isu MB Selangor. Janji beliau untuk undur dari politik(jadi PM?) selepas PRU 13 dimungkiri.Ditambah percaturan beliau dalam Langkah Kajang semakin sumbang. Rakyat melihat kronisme masih membara dalam PKR dengan penglibatan Wan Azizah dan Nurul Izzah dalam kepimpinan PKR.

n) Penganut ideologi dalam PKR iaitu UMNO isme, Islamis,Sosialisme dan Liberalisme bakal "berperang" atas isu MB Selangor.

o) PAS menjadi faktor penentu kerajaan di Selangor. PAS boleh memilih untuk tetap bersama PR atau beralih angin bersama UMNO.Jika bersama PR,kerusi MB tetap milik PKR tetapi jika bersama UMNO,barangkali kerusi MB milik PAS atas ehsan dan persetujuan UMNO. Bola di kaki PAS sekarang!

p) Jika pilihanraya di Selangor, kerusi DAP tetap 15 DUN. Kerusi BN tetap 12 DUN tetapi kerusi PAS dan PKR bakal berkurangan.Maknanya akan jatuh ke tangan BN. Peluang BN rampas Selangor cerah secerah mentari dipagi hari.

Apapun sekarang UMNO sedang menadah air dalam tempayang.Untuk apa? Untuk membasuh kaki masuk Kota Shah Alam dengan megahnya!

Bagi PAS,tentunya program makmurkan masjid,dakwah,sekolah agama bakal tinggal kenangan.

Bagi PKR,berbaloi sekali.Yang penting Khalid di nyah dari kerusi MB dan "keburukan dan keaiban" PAS sudah dipamerkan kepada rakyat.

Bagi UMNO,harta rezab Selangor yang dikumpulkan oleh Khalid bolehlah difaraidkan mengikut lunas UMNO.

Semua puas hati kan?


2 comments:

Anonymous said...

Kurang jernih otak pepijat...klu dah kuar dari pr...pas bebas utk bettanding dimana2 kwsan pkr...n the other way around...and klu pepijat rasa jentera pkr kuat on the ground....then u ni armchair blogger je la....turun pdg n tgk lain kali

But then of coz...pkr as usual...kerjanya mencaci dan melondeh org tp x sedar seluar sendiri terlondeh

Anonymous said...

Hanipa, ks and a few adalah planted ppl who were supposed to take over pas from within...tapi strayegi x berapa menjadi...so strategi ke 2...pecah pas into 2 camps...trust me...that one pun wont happen. Depa tu cam selumbar...sakit sekejap...tapi ahli pas akan self healing and within weeks selumbar akan terkeluar dgn sendiri...panas duk dlm lama2 bila nawaitu dh terexposed. Unless pimpinan pas ambik tindakan drastik mengeluarkan selumbar dgn segera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...