ARTIKEL BOMBASTIK
-
I su patung yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga...
-
Nak kata kelakar ,ianya bukan kelakar.Nak kata lawak,ianya bukan lawak bodoh.Tapi itulah kenyataan hari ini. Masing-masing "keluar...
-
Imej IKRAM sebagai NGO Islam agak tercemar dengan pembabitannya dalam politik sejak PAS berpecah dua dan penubuhan parti baru Parti A...
-
Sekonyong-konyong pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown menyebut "kecurigaan meluas" tentang dakwaan PAS terima RM90...
-
Nampaknya "perang besar" antara 2 orang anak muda ini belum berakhir. Masing-masing gunakan media dan platform tertentu untuk ...
Sunday, August 3, 2014
Jangan biarkan langit menangis !
Apabila isu MB Selangor meletup semua orang bising,tidak lena tidur,aktifkan whatsapp,sms sana sini,sidang media bersidang dan macam-macam lagi.
Puncanya bermula dari dua sosok ini.Iaitu Anwar Ibrahim dan TG Haji Hadi. Seorang mantan Timbalan Presiden UMNO dan seorang lagi mantan MBTerengganu.
Seorang mahu MB ditukar dan seorang lagi mahu kekalkan.Masing-masing ada hujah untuk dipertahankan.
Air kopi dalam cawan berkocak kencang.Laut bergelora ganas.Tetapi tidak bagi langit.Langit mendung kelabu.
Air kopi dan laut umpama aktivis-aktivis partai. Gelora,berkocak dan ganas aksinya.Hanya langit umpama rakyat jelata,Sedih dan bermuram gundah.
Kepada dua mantan,jangan sampai langit menangis.Jika langit menangis,air hujan bukan sahaja akan mencukupkan air empangan Selangor yang diparas kritikal bahkan banjir akan menenggelamkan Pakatan Rakyat di Selangor!
Jangan biarkan langit menangis!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment