ARTIKEL BOMBASTIK

Saturday, August 3, 2013

MESIR KINI : Bakal lemas di atas darat...!



Dijangkakan Regim as-Sisi bakal melakukan pembersihan habis-habisan terhadap rakyat Mesir selepas 1 Syawal nanti.

Dengan sokongan Amerika,Israel,Saudi dan UAE, regim as-Sisi akan mula mengerah samseng,polis dan askarnya menggempur habis-habisan penyokong Morsi dan demokrasi.

Caranya dengan mengupah samseng-samseng,SB polis melakukan lakonan "provokasi" terhadap Tentera untuk memberi jalan dan penyebab tembakan di hala terus kepada rakyat Mesir.

 Anda boleh bayangkan bagaimana aksi SB-SB Malaysia melakukan provokasi di setiap BERSIH. Begitulah aksi makhluk satu spesis mereka di Mesir.

Taktik SB-SB seluruh dunia sama sahaja. Provokasi .

Regim as- Sisi kini dengan kerjasama Mossad (Israel)sedang memasang perangkap untuk mencetuskan "ALGERIA 2 " di bumi Kana'an ini.

Apabila berlaku pertempuran senjata,maka dengan senang lenangnya Regim As-Sisi mengerah kekuatan tenteranya untuk menggempur rakyatnya sendiri.

Apabila ribuan rakyat Mesir terbunuh,Amerika,Saudi dan UAE akan tampil untuk menyatakan "simpati,kasihan dan takziah". Dan seterusnya menuduh Al Qaeda terlibat. Juga menuduh HAMAS juga bersubahat dengan membekalkan senjata kepada penentang Regim As-Sisi.

Dan jika Regim as-Sisi tidak terdaya menentang arus kebangkitan rakyat Mesir, sekonyong-konyong Amerika melalui PBB menghulurkan pendamaian dan gencatan senjata.

Taktik yang sama digunakan semasa Israel hampir tewas ditangan Mesir dalam Perang Ramadhan 1973 dan Perang Bosnia 1990.

Percayalah jika Tentera Firaun Kuno mati lemas di Laut Merah akibat belahan tongkat Musa as,tidak mustahil Tentera Firaun Moden juga mati kelemasan.

Cuma,bezanya Tentera Firaun Moden bakal mati kelemasan di daratan ! InsyaAllah.





3 comments:

Anonymous said...

Hujani angkasa Israel dengan Al-Qassam sebagai timbal balik penglibatan Israel di Mesir.

Anonymous said...

Neraka jahanam sudah tersedia utk mereka yg bersubahat dgn kafir yahudi lakhnatullah yg membunuh orang orang Islam.Allahuakbar.

JALILNOR said...

kalau begitu lah dan selalunya bEGITU CARANYA DI MESIR SEKARANG MAKA YANG MENJATUHKAN ISLAM ADALAH ORANG ISLAM SENDIRI........!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...