Menjelang Hari Kemerdekaan ini, banyak timbul isu yang berkaitan dengan sejarah negara. Jika dahulu dengan kekurangan media alternatif dan kejahilan Ummah, kita terima bulat-bulat apa yang diperkatakan di dalam Buku Tawarikh maupun Buku Sejarah. Tiada masa berfikir di luar kotak.
Kini masa telah berubah. Anak-anak muda yang berjiwa panas, gelora, ingin tahu, berfikir di luar kotak mula mencari "sesuatu yang berkurangan" dalam pengkisahan sejarah negara.
Sejarah adalah
peristiwa lampau yang memberi pengajaran untuk generasi mendatang. Jika
sejarah itu disonsangkan dan diselewengkan, kita bakal "dimaki hamun" bahkan mungkin kubur kita bakal "dikencingkan" oleh generasi mendatang!
Tahun 70an, buku Tawarikh(Sejarah) sekolah rendah ada
menceritakan tentang Kamal Artatturk. Beliau digambarkan sebagai seorang
yang membawa perubahan moden kepada Turki. Digambarkan juga bagaimana
beliau "menghapuskan kejumudan" orang Turki
seperti mengharamkan tudung untuk wanita Turki dan meperkenalkan topi
menggantikan kopiah. Manakala Sultan Abd Hamid dan Kerajaan Uthmaniyyah
sebagai Kerajaan zalim dan mundur.
Begitu berkesan cara pengajaran sejarah ketika itu hinggakan
pelajar Islam Malaysia menganggap Kamal Atatturk perwira Islam Turki.
Kisah Kamal Artatturk itu diceritakan dalam Buku
Tawarikh(Sejarah) di sekolah-sekolah dalam negara kita dalam keadaan
kita sudah merdeka.
Tidak dapat digambarkan bagaimanakah kisah-kisah Haji Abd
Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman, Antanom dan Dato
Maharaja Lela dikisahkan dalam buku sejarah semasa penjajahan Inggeris.
Sudah pasti mereka semua dilabelkan sebagai penderhaka kepada raja,
pengganas, pembunuh dan penentang kerajaan.
Awal tahun 80an, barulah kisah mereka semua "dipulihkan" dalam buku Sejarah sekolah setelah puluhan tahun perjuangan mereka di hina dan "d kaburkan" oleh kita sendiri.
Terkini, terbongkar satu lagi penyelewengan sejarah. Kisah Sir Henry Gurney. Pesuruhjaya British ( jawatan macam PM)di
Tanah Melayu tahun 1948 hingga 1951. Digambarkan dalam Buku Teks
Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh
komunis di Tanah Melayu. Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya.
Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit
Frasier.
Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai
Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin
selama 2 tahun (1946-1948). Apa kerjanya? Membawa pendatang Yahudi masuk
ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari
bumi mereka sendiri.
Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.
Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948)yang meragut
nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry
Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu
Oktober 1948.
Malangnya, nama beliau disanjung di sini. Jalan dan sekolah
diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi
papantanda. Tololkah kita?
Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh
dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah dalam keadaan tangannya berlumuran
darah rakyat Palestin!
Saya berharap pada guru Sejarah seluruh negara yang mengajar
Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar
sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka. Moga mereka tahu kisah
sebenar Sir Henry Gurney.
No comments:
Post a Comment