ARTIKEL BOMBASTIK
-
Dikala minyak petrol bakal dinaikkan dan barang-barang diambang dinaikkan akibat GST,hanya satu barang(spesis) harganya turun merundum....
-
Dulu ketika PAS berjaya mengambilalih Kerajaan Terengganu selepas PRU 1999,kedengaran penyokong UMNO menyeru jalanraya di Terengga...
-
Pemilik teratak ini tiada keinginan beli mobil yang murah sedang menabung duit beli mobil harga mahal Pemilik teratak ini mahu anakny...
-
Jihad bermula di Mesir Mengulangi episod Algeria 1990 Firaun muncul semula di Bumi Kanaan Tiada demokrasi Tiada pilihanraya Hanya J...
-
Setelah rugi berbilion dan tragedi MH370 dan MH17,Kerajaan melalui Khazanah menyuntik RM6 bilion kepada MAS untuk terus "terbang&qu...
Sunday, August 18, 2013
MESIR KINI:Presiden Morsi bakal dihukum mati ?
Seperti yang dijangkakan dalam blog ini detik awal kudeta Julai lalu, antara perkara yang bakal berlaku ialah :
i) Pengharaman Ikhwanul Muslimin(IM).
ii) Gerakan demostrasi menentang kudeta bertukar menjadi Gerakan Bersenjata.
iii) Presiden Morsi dipenjarakan.
Daripada andaian di atas, nampaknya perkara (i) dan (ii) bakal berlaku. Manakala (iii) ianya mungkin bertukar menjadi hukuman mati.
Ura-ura untuk mengharamkan (IM) telah diperkatakan oleh Perdana Menteri kudeta. Manakala kudeta telah menlanjutkan tempoh tahanan Presiden Morsi kepada 30 hari. Apa motifnya?
Cuba kita lihat, pembunuhan di Rabiatul Adawiyah,Nadhah,Ramsis dan seluruh Mesir adalah satu perancangan dan perangkap untuk membawa kepada penentangan secara bersenjata IM terhadap regim kudeta pimpinan Jenderal Al sisi.
Rekod IM adalah "sifar" terhadap penggunaan senjata terhadap kerajaan Mesir. IM hanya mengangkat senjata ketika Perang Arab-Israel.
Bahkan IM telah "menyerahkan" ratusan penyokongnya untuk dibunuh oleh regim terdahulu.
Apabila gerakan demostrasi dapat dihapuskan seluruh Mesir, regim As Sisi akan mengharamkan IM.
Dan langkah terakhirnya adalah membawa Presiden Morsi ke tali gantung atas dakwaan pertama iaitu "menghasut" rakyat Mesir memberontak yang mengakibatkan ribuan terbunuh dan dakwaan kedua, Dr Morsi bersubahat dengan HAMAS " menggugat" keselamatan Mesir(baca: Israel)
Mengulangi nasib yang menimpa Assyahid Abdul Qadir Audah(1906-1954)di zaman Regim Gamel Abdul Nasser.
Bagi IM ada dua langkah pilihan.Pertama, IM mengekalkan bantahan demostrasi tanpa senjata walaupun mencetak lebih ramai syuhada'.
Kedua,menukar cara penentangan kepada penentangan secara bersenjata. Menyahut seruan Jemaah Islamiyah dan Al Qaeda.
Walaubagaimanapun,pilihan kedua masih dalam perkiraan jauh IM.Ini kerana jika pilihan kedua dipilih,simpati rakyat Mesir dan dunia mungkin berkurangan dan IM bakal diletakkan di "kandang orang bersalah" seperti FIS di Algeria.
Ya Allah,laknatkan Regim Al Sisi dan sekutunya.Ingat ucapan Asyahid Abdul Qader Audah semasa menuju ke tali gantung, "Darahku akan menjadi laknat atas pemimpim-pemimpin revolusi".
Kini tiba giliran As Sisi dan sekutunya untuk dilaknat darah-darah ribuan syuhada' di bumi Mesir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment