ARTIKEL BOMBASTIK

Thursday, August 22, 2013

MESIR KINI : Skrip Amerika semakin mendekati penamat.......



Kemuncak kepada Kudeta Tentera Mesir ialah pembebasan mantan Presiden Hosni Mubarak. Begitu bijak Kudeta Tentera pimpinan As Sisi mengambil peluang.

Dikala rakyat diratah peluru tenteranya,sedang menangisi orang yang tersayang syahid dan dikala PBB,OIC dan NAM masih membisu , Regim As Sisi pimpinan Amerika dan Israel mengambil peluang membebaskan Mubarak dari penjara.

Mubarak seorang sekutu rapat Amerika dan Israel.

Mengikut Mahkamah era Presiden Morsi, Mubarak dikenakan hukuman penjara seumur hidup kerana pembunuhan rakyatnya di Dataran Tahrir semasa Arab Spring 2011.

Nampaknya skrip yang dikarang oleh Amerika semakin mendekati penamat. Bermula dengan hasutan tentera untuk demostrasi Anti Morsi , penggulingan Morsi, pembunuhan beramai-ramai rakyat pro Morsi hinggalah pembebasan Mubarak.

Amerika dan sekutunya di  Eropah (UE) akan berpura-pura mengutuk Mesir. Dalam waktu yang sama Amerika mengarahkan sekutunya di Timur Tengah Saudi,Kuwait dan UAE memberi bantuan dan sokongan kepada Regim Kudeta Mesir.

Dalam masa yang sama juga,Amerika mengarahkan Regim Kudeta agar mempropagandakan kononnya Amerika  masuk campurtangan di Mesir dengan memberi sokongan kepada Ikhwanul Muslimin(IM).

Tujuannya agar rakyat Mesir terpengaruh dengan propaganda itu dan membenci IM.

Regim Kudeta juga akan meletakkan senjata-senjata buatan Amerika kononnya disalurkan kepada IM.

Dakwaan Amerika menyokong IM akan terhapus apabila Amerika mengarahkan Regim Kudeta supaya mencipta dakwaan baru kononnya Al Qaeda memberi bantuan persenjataan kepada IM untuk membunuh rakyat Mesir.

Selepas ini,kita bakal melihat  Regim As Sisi ini dengan arahan Amerika membuat sabotaj mengebom tempat-tempat awam di Mesir . Taktik yang sama berlaku di Algeria.

Pembunuhan 25 askar Mesir di Sinai baru-baru ini adalah salah satu sabotaj Regim As Sisi.

Jika Amerika boleh membunuh rakyatnya sendiri seramai 3,000 orang di WTC dalam Peristiwa 9/11, mengarahkan Regim As Sisi bunuh rakyat Mesir menjadi perkara kecil sahaja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...