ARTIKEL BOMBASTIK

Saturday, August 1, 2009

Kita belum merdeka lagi weeh !


Petang 1 Ogos hampir 100,00 rakyat Malaysia menyambut ketibaan Bulan Kemerdekaan dengan di"hadiahkan kek" berbentuk semburan air berasid dan gas pemedih mata dari "robot" pimpinan anak guru tajwid tersohor negara Musa Hasan .


Sepatutnya kedatangan Bulan Kemerdekaan disambut penuh kemeriahan, kemesraan, perpaduan, kasih sayang dan keamanan. Tapi sayangnya berlaku sebaliknya. Polis menjadi "hamba abdi suruhan" UMNO. Rakyat menjadi mangsa semburan air berasid, gas pemedih mata, sepak terajang, dibelasah dengan belantan dan ditangkap.
Semua aksi jahat UMNO dan PDRM itu dilakukan di tanahair sendiri yang majoritinya orang Melayu Islam.


Beginikah gayanya PMNajib dan kuncu-kuncunya melayan rakyat di Bulan Kemerdekaan ? Kita tidak kisah jika layanan itu dilakukan di zaman penjajahan British kerana itulah sifat penjajah. Malangnya UMNO dan PDRM juga menyambung kembali tradisi penjajahan British.


Rakyat berdemostrasi aman pada 1 Ogos untuk menunjukkan tanahair ini sudah merdeka dari penjajahan. Dan kini kebebasan bersuara dan berhimpun adalah sah di sisi Perlembagaan Negara. Tapi kini terbukti itu semua hanyalah impian kosong. Kita masih di jajah oleh anak didik British yang bernama UMNO!


UMNO adalah kuasa baru penjajahan bumi Malaysia. Jika zaman penjajahan Jepun, bangsa Cina menjadi mangsa paling teruk dizalimi.
Zaman penjajahan moden UMNO keatas bumi bertuah Malaysia ini, bangsa yang paling teruk dizalimi dan dibuli adalah bangsa Melayu !


Tak percaya ?


Bermula tulisan Jawi, Tanah Rezab Melayu, Tragedi Memali, Bahasa Melayu, sekolah Agama Rakyat, royalti minyak Terengganu dan Kelantan semuanya telah dimusnahkan, dibunuh, dizalimi dan dirompak oleh spesis bernama UMNO.


Terbaru ! Baru petang tadi 1 Ogos , orang Melayulah paling ramai dibelasah, dipukul dan ditangkap oleh PDRM yang majoritinya anggota Melayu diketuai orang Melayu atas arahan UMNO yang mengaku pembela Melayu !
Piraaah!

Wahai bangsaku Melayu ! Bangkitlah...zaman termenung sudah berakhir ! Di atas runtuhan Kota Melaka kita bina jiwa Islam yang merdeka dari penjajahan UMNO !


.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...