Tiada diketahui mengapa PM Najib dan sepupunya Hishamuddin begitu beria-ia agar hukuman sebat tidak dilakukan keatas Kartika walaupun tuan punya badan rela dan insaf dengan hukuman tersebut. Mengapa ya ?
Najib mohon pada Kartika agar buat rayuan ( baca: arahkan Mahkamah batal hukuman). Manakala sepupunya membuat "lawak bodoh" kononnya penjara tiada kepakaran melakukan sebat ikut syariah. Peliknya Malaysia punya prasarana kelas pertama tapi tiada kepakaran rotan ikut syariah!
Isu Kartika tidak akan lenyap sehinggalah beliau disebat atau kerajaan(baca: UMNO) sendiri yang membatalkan hukuman itu walaupun Kartika mahu ia di hukum.
Bagi Kartika, beliau mahu dosanya terhapus dengan hukuman itu. Manakala bagi kerajaan (baca: UMNO) hukuman sebat tidak boleh dilaksanakan bermotifkan politik. Ini kerana umat Islam di Malaysia akan melihat hukuman itu sebagai permulaan perlaksanaan hukum Islam di Malaysia. Secara automatiknya umat Islam akan melihat inilah agenda utama perjuangan PAS.
Sepatutnya PM Najib jangan buang masa dengan buat rayuan pada Kartika. Najib sepatutnya jumpa dua pembunuh Altantuhya dan tanya adakah mereka berdua redha dengan hukuman gantung? Jika redha, rayulah agar dua pembunuh itu buat rayuan !
No comments:
Post a Comment