Kisah Kartika Dewi yang memohon agar dirinya disebat kerana minum arak mengingatkan kita kepada Sirah Rasulullah. Dimana seorang perempuan yang berzina mohon agar Rasulullah merejamnya bagi memenuhi hukuman yang berdasarkan hukum Allah Taala.
Walaupun hukuman yang dibuat oleh Mahkamah Syariah Pahang tidak mengikut hukum Islam yang sebenar, tetapi sekurang-kurangnya ada orang Islam di Malaysia seperti Kartika berfikiran positif terhadap hukum Allah Taala.
Kes seperti Kartika pernah terjadi di Malaysia di tahun 80an. Ianya berlaku di Selangor dan melibatkan kes zina. Dimana wanita yang mengaku bersalah berzina meminta mahkamah menjatuhkan hukuman mengikut hukum Islam iaitu di rejam sampai mati. Hakim ketika itu memuji keberanian wanita itu untuk menebus dosanya di dunia dan berkata hukuman mengikut hukum Islam tidak dapat dilaksanakan kerana tiada peruntukan dalam hukum syariah Mahkamah syariah. Sekadar denda dan penjara sahaja.
Jika kes zina di Selangor tiada peruntukan hukuman rejam, kini hukuman sebat kerana minum arak di Pahang telah ada dan tunggu masa untuk dilaksanakan. Malangnya saat akhir, ianya dibatalkan atas campurtangan Jabatan Negara. Apa motifnya ? Adakah kerana bantahan Sister in Islam atau Shahrizat Jalil ? Orang yang sama menentang penyerbuan keatas The Zouk beberapa tahun yang lepas.
Mungkin jika kes zina di Selangor dulu, rakyat masih jahil dan kerajaan masih boleh menutup kelemahan mereka. Kini zaman telah berubah. Rakyat sudah terdedah dengan ilmu Islam yang sebenar.
Kes Kartika mendedahkan lagi kemunafikan kerajaan pimpinan UMNO. Kes Kartika juga akan membuka mata umat Islam Malaysia bahawa sejak 52 tahun merdeka tiada undang-undangpun yang dibuat oleh UMNO yang mengikut hukum Allah.
UMNO tahu sekiranya perlaksanaan hukuman sebat keatas Kartika dilaksanakan, ianya bakal mempromosikan Hukum Hudud. Inilah yang menggerunkan UMNO dulu, kini dan selamanya.
Oh ya...jangan kita lupa antara jasa terbesar UMNO selama 52 tahun memerintah bumi Malaysia ialah berdiri dengan megahnya Kilang arak Carlsberg dan Guinesstout di Petaling Jaya !
Malangnya Majlis Fatwa dan Mufti Perak buat-buat"buta" tentang kilang ibu segala kejahatan yang diizinkan oleh UMNO.
Apabila Kilang Ibu Segala Kejahatan dibenarkan oleh UMNO, apakah maknanya ? Jawapan mudah....tentunya parti yang membenarkannya adalah "Parti Ibu Segala Kejahatan" !
No comments:
Post a Comment