ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, August 10, 2009

Hey kawan ! Hormatilah tanggungjawab kami....


Nampaknya selepas isu babi selesai di Kedah, timbul pula isu arak di Selangor. Menariknya kedua negeri diperintah Pakatan Rakyat. Lebih menariknya isu arak dan babi ini membabitkan PAS dan DAP.


Seluruh rakyat Malaysia sedang memerhatikan bagaimana Kerajaan PR dapat menyelesaikan dua isu besar ini. Ianya isu besar kerana membabitkan agama, ideologi parti dan budaya bangsa.


Sebenarnya isu babi dan arak ini adalah satu "kelebihan" kepada PAS. Rakyat Malaysia ingin melihat bagaimana PAS menanggani isu ini berdasarkan tema Muktamar PAS 2009 "PAS Memimpin Perubahan" dan PAS For All.

PAS sebenarnya telah menunjukkan sikap yang bersikap adil untuk semua kaum di Malaysia. Bermula isu penternakkan babi di Selangor. Rakyat melihat PAS bersikap adil kepada non Muslim dengan menyokong ternakan babi secara moden. PAS melihat dengan penternakan secara moden boleh memelihara alam sekitar dari pencemaran najis babi.


Begitu isu rumah sembelihan babi di Kedah. Isunya bukan untuk hapuskan rumah tersebut tetapi pindahkan ke tempat yang lebih sesuai dan memelihara dari gangguan bau kepada masyarakat setempat.


Begitu juga isu kematian ahli DAP Teoh Beng Hock. PAS dengan yakin menuntut pembelaan diatas kematian Teoh walaupun mendiang non Muslim dan bukan ahli Kelab Penyokong PAS.


Pimpinan PAS hadir dalam majlis memperingatinya dan bersama berarak dalam majlis pengkebumiannya.


Di sini rakyat Malaysia sudah melihat ketelusan, komited, ketegasan dan kecaknaan PAS terhadap rakyat Malaysia berbagai agama dan bangsa.


Mengenai arak pula, PAS juga positif tentang arak untuk non Muslim. PAS tetap menghormati hak non Muslim untuk minum arak. Dalam masa yang PAS juga punya tanggungjawab terhadap umat Islam.


Sepatutnya DAP melihat tanggungjawab PAS ini dengan pandangan positif dan menghormati tanggungjawab PAS terhadap umat Islam.


PAS bertanggungjawab memastikan umat Islam menjalankan kehidupan mereka berlandaskan ajaran Islam. Tidak sepatutnya DAP mencampuri dan menghalang niat suci PAS ini.


Ronie dan rakan-rakannya dalam DAP sepatutnya menasihatkan taukeh-taukeh kedai arak agar tidak menjualnya kepada orang Islam. Itu yang sepatutnya.


Selepas ini, isu yang bakal timbul ialah tentang judi. Jika arak dan babi adalah "halal " bagi non Muslim, adakah judi juga "halal" dalam ajaran agama mereka. Dalam Islam, judi jelas hukumnya haram. Dulu Lim Kit Siang berkata judi bukanlah amalan budaya Cina. Bahkan di China tidak ada premis judi. Adakah DAP juga akan bangun menentang langkah PAS menutup kedai judi ?


Kita berharap selepas ini pimpinan DAP lebih terbuka melihat Islam. Mungkin dulu DAP melihat Islam melalui kacamata UMNO. Kini tiba masanya DAP melihat Islam menerusi PAS.


Pimpinan DAP kena sedar bahawa UMNO melihat DAP sebagai objek perkauman. DAP umpama komunis, anjing kurap dan PAP di sisi UMNO.


Manakala PAS melihat DAP umpama rakan dan sasaran dakwah. PAS tidak memandang DAP musuh walaupun pimpinan DAP tidak masuk Islam. Sekurang-kurangnya menghormati tugas dan tanggungjawab PAS terhadap umat Islam. Itu sahaja. Takkan Ronie, Tony Pua tidak memahaminya ?


PAS tidak melarang jika Ronie, Tony Pua serta non Muslim yang lain mahu makan daging babi berkilo-kilo dan minum arak bergelen-gelen hingga "pecah perut". Makanlah. Minumlah. Janji jangan ajak orang Islam join sekali.


Kepada UMNO, isu arak dan babi MENYERLAHKAN lagi anda sebagai pengikut ABDULLAH BIN UBAI.


Hoi UMNO ! Orang Munafik LEBIH HINA dari orang kafir !

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...