"Membawa kepala lembu memang tidak sensitif tetapi harus diingat pernah ada satu insiden yang mana bendera UMNO telah digunakan membalut kepala babi dan kemudian ditinggalkan di depan bangunan UMNO".
Kenyataan bebal dan tolol Hishamuddin sepupu Najib yang menjawat jawatan Menteri yang jaga keselamatan negara semasa ulas peristiwa arak kepala lembu Jumaat lalu.
Kenyataan Hishamuddin ini yang menganggap isu kepala lembu tidak sensitif dan mengaitkan pula dengan bendera UMNO yang dibalut kepala babi menunjukkan beliau tidak memahami soal keselamatan, budaya dan agama di negara sendiri.
Apa tujuan beliau mengaitkan soal bendera UMNO ? Pelik bin ajaib dalam keadaan rakyat melihat isu kepala lembu boleh membawa kekacauan kaum dan agama, beliau masih lagi berminat untuk mem"promosi" nama UMNO !
Hoi Cik Sham ! Jika kepala lembu dibawa ke kedai makan untuk dimasak, itu tiada isu tetapi bila kepala lembu berdarah diarak dari masjid ke SUK Selangor kerana bantah perpindahan kuil ianya tandanya hina agama Hindu.
Hoi Cik Sham ! Mengapa kamu kaitkan peristiwa arak kepala lembu dengan bendera UMNO dibalut kepala babi ? Apa motif kamu ? Seolah-olah jika UMNOpun pernah dihina dengan kepala babi, apa salahnya Hindu pula terima balasan kali ini.
Kenyataan kamu seolah-olah mengakui pembabitan UMNO Selangor dalam peristiwa arak kepala lembu. Bukan begitu?
Amat malangnya Malaysia punya Menteri jaga Polis dan Keselamatan Negara yang "lembut".
Hoi Najib! Tukarkan Hishamuddin ke Kementerian Kebudayaan dan Kesenian. Atau tukarkan dengan potfolio Shahrizat Jalil!
No comments:
Post a Comment