ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, July 29, 2009

Tugu Negara wajar dirobohkan?


Mungkinkah acara syirik berlaku lagi di Tugu Negara sempena Hari Pahlawan Jumaat ini ? Jika dulu Pak Lah dengan megahnya melanggar Fatwa Mufti Wilayah, Perlis dan Pulau Pinang melakukan acara syirik didepan Tugu Negara, apakah PM Najib juga akan berbuat demikian?


Jika PM Najib juga berbuat demikian(tak hairan pun !), kita mahu dengar siapa dikalangan Mufti-Mufti Malaysia yang berani tegur PM. Terutamanya Mufti Perak !


Acara syirik di Tugu Negara adalah rutin tahunan bagi PM serta Panglima ATM, Ketua Polis Negara dan pegawai atasan ATM dan PDRM melakukannya di depan Patung-Patung Tugu Negara sebagai mengenang jasa pasukan keselamatan mempertahankan negara.


Yang peliknya mana dia Penasihat Agama PM ? Mana dia pegawai KAGAT untuk bagi nasihat kepada PM dan Panglima ATM tentang acara syirik yang diharamkan oleh Islam ?


Rasanya PM , Panglima ATM dan KPN tahu tentang hal ini, cumanya buat 'pekak-pekak badak". Mungkin mereka semua merasakan "tidak sah iman Sekular" mereka jika tidak sembah Tugu Negara !


Sepatutnya setelah komunis letupkan Tugu Negara tahun 1974 hingga berguguran dan musnahnya patung Tugu Negara, pihak kerajaan seeloknya meratakan sahaja tanah. dan buat Tugu Peringatan tanpa patung.


Jika dulu komunis letupkan Tugu Negara atas dasar subversif, kini umat Islam sokong agar Tugu Negara dirobohkan atas dasar bencikan syirik ! Macamana Mufti Perak adakah tuan setuju ?



1 comment:

Unknown said...

pakat-pakat bawak kamera dan shoot mana2 menteri yang dok buat acara menyembah berhala tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...