"Aaron Sharon puji tindakan tentera pimpinan Netahyahu surai penunjuk perasaan rakyat Palestin kerana tiada kecederaan fizikal ".
"Radovan Karadzic puji tindakan askar Amerika menjajah Iraq demi menyelamatkan rakyat Iraq."
Apa yang menarik dengan dua kenyataan diatas?
Menariknya ialah bila Pengganas puji Pengganas kerana bertindak atas dasar perikemanusiaan. Bila pulak pengganas kenal erti kemanusiaan?
Sekonyong-konyong IGMusa sebaik jejak KLIA membuat kenyataan bahawa Singapura (polis Singapura?) puji cara tindakan PDRM surai penunjuk perasaan Anti ISA 1 Ogos lalu tanpa kecederaan fizikal.
Timbul persoalan adakah Kerajaan Singapura lihat sendiri peristiwa 1 Ogos itu atau sekadar menadah telinga dengar cerita mulut yang di"goreng" oleh IG Musa sendiri?
Kita tidak hairan dengan pujian Singapura terhadap PDRM. Walaupun Singapura makmur dari segi ekonomi tetapi amat "miskin" amalan demokrasinya. Akta ISA masih diguna pakai. Parti pembangkang terus ditekan ala diktaktor. Manakala rakyatnya dihinggapi sindrom "penjajahan pemikiran". Bahkan rakyat yang pro pembangkang diugut dan dikenakan pelbagai tuduhan di mahkamah.
Sepatutnya IGMusa juga mendapat pujian dari Shimon Peres, Aaron Sharon, Netahyahu, Olmert, Radovan dan insan-insan yang sewaktu dengannya. Ini kerana aksi PDRM pimpinan Musa Hasan lebih "kedepan" berbanding mereka.
Mengapa ?
Askar Israel tidak pernah menembak orang Palestin tengah solat. Tetapi FRU selamba je sembur air berasid dan gas pemedih mata ke atas orangramai yang solat hajat semasa bantahan Anti ISA. Tanyalah Dr.Mujahid Yusof Rawa. Dulu semasa bantahan PPSMI, FRU tembak pemedih mata kearah Masjid Negara hingga pecah cerminnya. Kini orang tengah solat pula jadi mangsa.
Begitu juga Askar Israel yang berbangsa Yahudi tidak pernah menembak kearah rakyat sebangsa dengan mereka Yahudi. Tembakan hanya dihalakan kearah bangsa Arab Islam.
Sebaliknya PDRM dengan unitnya FRU dan SB yang majoritinya bangsa Melayu tanpa segan silu dan punya perasaan perikemanusiaan menembak gas pemedih mata, menyembur air asid, memukul, membelasah, menangkap dan memaki hamun pembantah ISA yang sebangsa dengan mereka sendiri.
Apa ke jenis darah yang ada dalam diri mereka? Sanggup zalimi bangsa sendiri semata-mata untuk puaskan hati UMNO!
Hebatnya perikemanusian polis Malaysia. Syabas !
No comments:
Post a Comment