ARTIKEL BOMBASTIK

Saturday, December 26, 2009

KEMALANGAN: Kita masih ada masa untuk mengubahnya.


Berikut 4 faktor-faktor berlaku kemalangan :

a) Faktor pengguna jalanraya.

b) Faktor kenderaan.

c) Faktor keadaan jalanraya.

d) Faktor penguatkuasaan.


Antara faktor-faktor di atas, manakah punca kemalangan Bas Ekspress Sani yang mengorbankan 10 nyawa?


Tentunya faktor no 1 iaitu sikap pemandu. Secara peribadi, saya berpendapat jika faktor no 4 iaitu penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya, kemalangan jalanraya boleh dikurangkan. Ini kerana sikap pemandu kita hanya boleh di didik secara disiplin yang agak keras untuk menyedarkan mereka tentang keselamatan jalanraya.
Untuk mengurangkan kemalangan yang membabitkan Bas Ekspress, disini dikemukakan beberapa cadangan . Antaranya :
a) Denda penalti. Semakin ramai nyawa yang melayang akibat kecuaian pemandu bas maka mata penalti dikenakan tinggi. Jika mencapai had maksima, syarikat bas itu akan digantung operasinya.
b) Syarikat bas diperintahkan membayar pampasan yang tinggi kepada penumpang yang cedera dan terkorban.
c) Pihak berkuasa iklankan(promosi) syarikat bas Ekspress yang terbaik bersih dari sebarang kemalangan setiap akhir tahun. Ini menyebabkan Syarikat Bas akan berlumba-lumba tunjuk prestasi dan perkhidmatan yang selamat untuk penumpang. Bukannya berlumba-lumba sampai destinasi.
d) Pihak berkuasa wajibkan syarikat bas adakan seorang pegawai bagi setiap perjalanan bas untuk memantau pemandu. Pegawai itu dilantik dan digaji oleh syarikat bas itu sendiri. Rekodkan kesalahan pemandu.
e) Syarikat bas wajib edarkan satu borang penilaian pemandu kepada penumpang bas. Tujuannya untuk penumpang rekodkan kesalahan pemandu. Borang itu diserahkan kepada pihak bas dan LKPP untuk tindakan disiplin.
e) Pihak berkuasa wajibkan pemandu memakai helmet( macam pilot jet pejuang). Di mana di helmet tersebut ada alat penggera mencegah mengantuk.
f) Pihak berkuasa wajibkan syarikat bas pasang alat had laju yang telah dicontrol secara automatik jika melebihi had laju seperti Sani Ekspress lakukan pada bas ekspress mereka.
g) Syarikat bas mesti adakan kuliah agama untuk pemandu bas mereka. Tazkiran tentang tanggungjawab pemandu dan penjagaan solat ketika menjalani tugas. Sarankan pemandu ingatkan penumpang untuk baca doa menaiki kenderaan.
Kita masih ada masa untuk mengubahnya. InsyaAllah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...