ARTIKEL BOMBASTIK

Tuesday, November 17, 2009

Gempa bumi 9.99 richer di Kelantan ?


Sebenarnya "malapetaka gempa bumi" bakal menggegarkan bumi Serambi Mekah yang dijangkakan berukuran " 9.99 richer" sudah dapat dikesan oleh anak MB Kelantan. Beliau dapat mengesan "gempa bumi" ini pada bulan April 2009. Kini bulan November 2009. Sudah berlalu 8 bulan, "amaran di beri". Malangnya tiada siapa yang mempedulikannya !


Kini kita semua sebagai pendokong Parti Islam terpaksa menelan "malapetaka" ini. Mari kita baca semua patah-patah perkataan (bacaan richer?) tentang amaran yang diberikan oleh anak MB Kelantan dalam blognya bertarikh 24 April 2009


1) Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!

2) Di mana pergi pembantu – pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!


3) Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.


4) Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing – masing.


nota : Saya - Ustaz Nik Abduh

Ayahanda - TG MB Kelantan

Pembantu / Mereka - Anda cari sendiri ! Mungkin menantu, "baju petak merah" ataupun jurugambar kawan "baju petak merah" atau atau atau.............

2 comments:

Unknown said...

Saya orang kedah yang dah menetap di kg demit lebih dari 10 thn. Saya kenal tuan syed walaupun tak rapat dengan beliau. Bercakap pun boleh dibilang dengan jari. Setiap hari saya harus lalu dihadapan rumahnya kerana rumahnya merupakan laluan utama di kg demit. Saya tak pernah tinggal komen disini, tapi kali ini saya benar2 rasa terpanggil bila lihat beberapa komen yg mempertikaikan keikhlasan beliau hinggakan soal ibadah beliau sekeluarga turut dipersoalkan. Alhafidz hingga sanggup mengatakan tuan syed kafir di hati! masyallah adalah tuan alhafidz kenal dgn tuan syed?

Sejak tuan syed menetap di kg demit beliau & isteri banyak membantu keluarga susah di kg demit. Kak Som & arwah Pok wi selalu dijengah oleh tuan syed & isteri, sah sekeluarga, pak jusoh sekeluarga. Boleh tanya jiran dekatnya mok teh, telur burung puyuhnya dibagi sama rata untuk semua jiran2, diberinya pula untuk mok teh berniaga di pasar berek 12. Bila Derma ramadhan tahun pertama beliau tinggal disini, saya saksikan dgn mata kepala saya waktu melintasi rumahnya. Zakat bulan puasa tak usah cakap, org mari tak berhenti dirumahnya setiap tahun. Ramai org kampung tau perkara ini. Tuan syed suami/isteri tak ada dirumah duit zakat ditinggal pada pembantunya. Bahkan seorang pemuda pattani yg dtg menjual minyak 6 bulan sekali pun menceritakan bagaimana beliau dijamu dan makan tengahari bersama keluarga tuan syed sewaktu tuan syed beli minyak panas darinya. Bukankah ini semua ibadat namanya?

Anak2 lelaki tuan syed sembahyang subuh sebelum ke sekolah. Saya tau sbb anak2nya sembahyang di ruang tamu dan boleh dilihat melalui tingkap. Isterinya boleh dilihat bertelekung pada jam 10-11pagi (isteri saya cakap). Kalau waktu tu maknanya sembahyang sunat dhuha la. Tuan alhafidz lakukan sembahyang dhuha?

Setiap kali musim hujan, dalam hujan lebat tuan syed akan pacakkan kayu2 yg diikat dgn plastik di sepanjang longkang si jalan utama. Bimbang bila air penuh longkang tertutup kereta yg lalu lalang akan termasuk dlm longkang. Sampai sekarang ada lagi kayu2 tu sbb naik air bah baru ni.

Perkara ini yang saya boleh lihat dengan mata saya. Setiap petang tuan syed n keluarga main bolasepak, main kriket la sampai pelik budak2 kampung tengok tuan syed sekeluarga main apa, tanam pokok ( keluarga ni memang rajin bercucuk tanam, puas jiran merasa ).

Jadi saya nasihatkan mereka2 yg tak kenal atau tak biasa lihat mereka sekeluarga, jangan sesuka hati suruh orang bertaubat kerana anda sendiri seharusnya yg harus bertaubat dan minta maaf dari mereka sekeluarga.

Buat tuan syed sekeluarga, saya harap tuan syed bersabarlah. Nanti saya mari untuk bincang pasal rukun tetangga.

Salam.

Dr Nazir.

gengkilangspeak said...

Ye ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...