ARTIKEL BOMBASTIK

Tuesday, November 10, 2009

Tembok Berlin "dibina" Putrajaya.


Semalam masyarakat dunia terutama warga Jerman baru sahaja merayakan ulang tahun ke 20 runtuhnya Tembok Berlin. Satu tembok yang dibina sebaik sahaja tamatnya Perang Dunia Kedua dan kalahnya rejim Nazi pimpinan Hitler di Eropah.

Tembok Berlin adalah simbol Perang Dingin. Ia juga simbol pemisahan ideologi Blok Barat dengan BlokTimur. Ideologi Kapitalis dan Komunis. Lambang permusuhan antara Amerika dan Soveit Union.

Tembok ini dibina setinggi kira-kira 12 kaki sepanjang 150 kilometer itu memecahkan satu negara iaitu Jerman kepada Jerman Barat(pro Barat) dengan Jerman Timur (pro Komunis). Ramai rakyat Jerman Timur terbunuh ketika cuba melarikan diri ke Jerman Barat untuk mencari kebebasan hidup ala Barat.

Runtuhnya Tembok Berlin yang di bina Komunis Jerman Timur seiring dengan runtuhnya Ideologi Komunis di Soviet Union dan Eropah Timur.

Apa hubungan antara Tembok Berlin dengan negara kita ?

Jika Tembok Berlin dibina untuk memisahkan Jerman yang berideologi Kapitalis dengan Komunis, kini seolah-olah "Tembok Berlin" sedang dibina di negara kita. Ianya di bina oleh pihak Putrajaya bertujuan memisahkan negeri berideologi BN dengan ideologi PR.

Akibatnya terpisah negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dengan yang diperintah pihak Putrajaya(BN). Berlakunya diskriminasi terhadap negeri Pakatan Rakyat dari segi bantuan, peruntukan, mesyuarat, perlantikan jawatan bahkan peranan MB dan Ketua Menteri dari negeri Pakatan Rakyat dinafikan.

Terkini penafian hak royalti minyak terhadap Kelantan. Dulu Terengganu mengalaminya semasa diperintah PAS (1999-2004).

Harapnya Malaysia biarlah terkenal dengan penduduknya yang majmuk seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan sebagainya. Bukan terkenal dengan kemajmukan cara sistem pemerintahan bercampur aduk dengan "Tembok Berlin, Zionis dan Apartheid"!

1 comment:

Demang Lebar Daun said...

tahniah. Tulisan yg cukup merapu. Seronok gak jadi blogger pembangkang ni... he he.. merapu pun org suka baca...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...