ARTIKEL BOMBASTIK

Sunday, December 13, 2009

Sekadar syok sendiri je !


Sekonyong-konyong AG Gani berkokok untuk mendakwa "beberapa ekor lagi jerung" yang "makan umpan" PKFZ.


Serentak itu IGP Musa pula menyahut kokokan AGGani. Dakwanya tiadalah yang ditangkap itu di namakan "kambing hitam". Semuanya "kambing-kambing" putih, suci lagi murni !


AG Gani dan IGP Musa masih belum bersihkan maruahnya dalam kes memalsukan laporan perubatan Anwar 1998. Begitu juga dengan kes laporan akuan bersumpah bekas pegawai Musa sendiri tentang kongsi gelap. Macam mana mereka berdua beria-ia hendak mendakwa "jerung" dalam kes rasuah PKFZ ?


Percayalah, dalam kes PKFZ ini, tiada seurat bulu roma pun pemimpin besar UMNO dan MCA berani di sentuhi AG Gani. Alasannya seperti skrip yang selalu dihafal-hafal oleh AG Gani dan Menteri Nazri iaitu tiada bukti, tiada bukti dan tiada bukti. Akhirnya "simpan" bahan kes dalam bakul sampah!


Sejarah negara membuktikan hal ini. Semuanya ditulis dengan "tinta emas". Kes Razak Baginda, AK Lingam, Eric Chia, Norita Shamsudin, Datuk JJ MP Rompin dan entah puluhan kes.


Inilah gambaran dan wajah kehakiman di Malaysia.


Kepada AG Gani dan IGP Musa, perkataan yang sesuai buat anda berdua hanyalah....syok sendiri je ! Orang kampung dah tahu weeh!









1 comment:

anakmuaallaf said...

Salam Tok Pepijat,
Inilah satu-satunya pakar yang ada di Malaysia, yang tak ada di negara lain.

Pakar tutup kes kasalahan pemimpin demi pangkat dan poket.

Jika dia buka private university untuk "kursus tutup kes pemimpin" pasti ramai student terutamanya anak-anak UMNO yang mendaftar kursus ni.Untung lagi.Boleh buat bisness pulak.

Dan dalam scroll pelajarnya nanti akan tertulis BA Hons TUTUP KES PEMIMPIN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...