ARTIKEL BOMBASTIK

Saturday, November 28, 2009

MB Kelantan: Siapa berhak tentukannya?


Segala dasar dan perjalanan parti adalah berdasarkan Sistem Syura yang dinamakan Majlis Syura. Begitulah amalan Gerakan Islam di seluruh dunia. Sebarang keputusan dibuat berdasarkan amalan syura.


Ini kerana setiap Gerakan Islam bukan hak milik individu, kawasan, negeri maupun hak pemimpin. Gerakan Islam adalah satu Gerakan Ummah dan milik Ummah.


Mereka yang menganggotai Majlis Syura adalah yang telah ditapis dari segi kredibiliti dan bersih dari dosa besar. Begitu detail dan halus ciri-ciri anggota Syura dipilih.


Persoalan siapakah ganti MB Kelantan selepas TG Nik Aziz. Langkah TG Nik Aziz tidak menamakan penggantinya adalah betul dan tepat. TG Nik Aziz tahu beliau tiada hak untuk namakan penggantinya kerana beliau tahu itu bukan haknya. Beliau hanya sekadar mencadangkannya sahaja. Itupun jika beliau mahu cadangkan.


Jadi, siapakah yang mempunyai hak menentukan pengganti MB Kelantan selepas TG Nik Aziz?


Oh ya...inilah yang selalu kita lupa. Sebenarnya Majlis Syuralah yang menentukan siapakah yang boleh menjadi MB bukan sahaja di Kelantan bahkan di negeri-negeri yang dapat diperintah PAS.


Sebenarnya yang melantik TG Nik Aziz sebagai MB Kelantan selepas kemenangan bergaya PAS tahun 1990 adalah Majlis Syura. Badan Perhubungan PAS Kelantan hanya mencadangkan dan yang memutuskannya adalah Majlis Syura. Majlis Syura berhak menerima atau menolaknya.


Inilah amalan PAS yang bezakan dengan parti sekular di Malaysia.


Jadinya, tidak perlulah menunjukkan-nunjuk siapa yang layak ataupun yang peliknya ada yang awal-awal tidak mahu jawatan itu !

1 comment:

Unknown said...

Tok Pepijat ni macam YB Nik Amar dan Nik Abduh juga.Politik beberapa orang pemimpin yang boleh dibaca pemikiran mereka terutama oleh pengkaji fitnah UMNO. Sebab tu PAS Terengganu, agak lembab progresnya. Tak faham lagi....bukankah TGNA menamakan YB Hj Husam secara sindiran ketika mengulas tentang fitnah Utusan kepada YB Husam mahu meletak jawatan kepada media.Kalau Rasulullah SAW menyuruh Abu Bakar mengantikan tempatnya menjadi iman sebagai kiasan menjadi khalifah selepasnya. Sementara Abu Bakar terus melantik Saidina Umar tanpa majlis Syura.
Secara ilmu mantiknya.... Ni kenapa Utusan & NST asyik menyerang TGNA, YB Hj Husam dan Kerajaan Kelantan sahaja ni..? Atau dengan bahasa ilmu mantiknya Kenapa Israel asyik membuli HAMAS tidak kepada Mahmud Abbas.Ramai dah kena jerat UMNO ni.
Akhir sekali kepada beberapa orang pemimpin terutama pemuda cuba fokuskan gerak kerja kamu kepada UMNO bukan menikam YB Husam. Ingat rakyat kelantan sebenarnya melihat isu kebajikan rakyat dan isu petroleum dengan penuh minat bukan fitnah kepada keluarga TGNA yang semua oghe kelate tahu merupakan modul persiapan yang terpaksa UMNO dalam PRU13.
Pandangan YB Ahmad Yaakob dan Ahli Parlimen, Hj Mahfuz ialah yang terbaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...