Semasa dan selepas era reformasi, blogger politik lahir bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Pengunjung warung kopi yang bergelar "Penganalisa, speaker, ahli politik dan wakil rakyat" bertukar tempat. Dari warung ke komputer. Mereka mula mainkan peranan lebih berkesan.
PAS juga mendapat manfaat hasil ledakan "revolusi pemikiran dan teknologi" ini. Hasilnya keputusan PRU 12 juga impak sedikit sebanyak daripada penulisan blogger politik yang pro PAS dan PR. Mereka tanpa upah siang malam mengadap komputer menaip membongkarkan kejahatan dan kezaliman UMNO dan BN. Sasaran "peluru" mereka hanyalah BN. Tiada yang lain.
Selepas PRU 12, keadaan sudah berubah. Beberapa negeri dapat diperintah PR. Wakil rakyat PAS bertambah. Peranan blogger politik pro PAS juga berubah. Mereka mula kritik apa-apa yang menyalahi prinsip parti. Mereka begitu sayang kepada PAS. Teguran mereka ada kalanya betul dan tepat. Misalnya tentang rundingan dengan UMNO Selangor untuk kerajaan campuran. Ada pimpinan tertinggi tidak dimaklumkan. Para blogger menegur tindakan tersebut. Akhirnya pimpinan "mengakui kesalahan" mereka. Tutup kes.
Malangnya ada segelintir blogger masih mengungkit-ngungkit perkara tersebut. Malah perkataan dalam penulisan mereka begitu biadap terhadap pimpinan ulamak. Mereka juga mula membahagikan PAS kepada dua pecahan. Satu kumpulan pro TG Nik Aziz dan satu lagi kumpulan TG Haji Hadi. Mereka cuba lagakan antara pimpinan tertinggi ulamak.
Kita mula terfikirkan apa tujuan kumpulan blogger ini? Apa motif mereka ? Blogger ini juga mula menyerang peribadi pimpinan.
Kalau sebelum PRU 12, sasaran mereka hanya UMNO dan BN, kini sasaran mereka bertambah satu lagi. Sedihnya, sasaran mereka sesama PAS. Malah serangan mereka terhadap pimpinan PAS lebih hebat dari serangan media barua UMNO lagi. Dengan memaki hamun dan melaga-lagakan sesama pimpinan.
Kita mengakui PAS bukannya 100% sempurna. Kita juga mengakui pimpinan PAS juga tidak maksum. Dan kita juga mengakui hak peranan blogger menegur pimpinan. Tetapi biarlah ikut lunas-lunas peradaban dan akhlak Islam.
Sempena perjumpaan blogger di Taman Melewar Ahad ini, kita mengharapkan satu titik persefahaman bakal tercipta antara blogger dengan pimpinan parti.
Apa yang penting, kita masih berpegang, " Orang paling "jahat" dalam PAS, itulah orang yang paling "baik" dalam UMNO ".
Hey kawan ! Sasarkan Kalasnikov AK47 anda hanya kepada UMNO dan BN ! Jangan sia-siakan peluru anda.
2 comments:
saya yakin tok,UM-no macam jin,jangan termakan dengan helah nya.........
erkk tak nak letak follower ke tok? senang nak ikut kekekeke
Post a Comment