ARTIKEL BOMBASTIK

Sunday, July 11, 2010

Kenali Insan Mulia BOMBASTIK !




Sebelum Rasulullah diangkat menjadi Rasul, pernah berlaku satu peristiwa yang dikanali sebagai Perjanjian Al Fudul. Ianya berkisar tentang pembelaan terhadap seorang Badwi yang dizalimi oleh penduduk bangsawan Musyrikin Quraisy.




Rasulullah menyaksikan peristiwa tersebut. Dikala menjadi Rasul, baginda mengatakan jikalau ianya berlaku di zaman Islam baginda akan menyokong gerakan membela orang yang di zalimi walaupun ianya gerakan yang dimulakan oleh non muslim.




Lim Guan Eng adalah seorang pemimpin DAP. DAP parti sekular. Yang memisahkan antara agama dan politik. Yang pastinya ianya bukan parti Islam.




Apabila beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, antara benda yang terbit dari mulutnya ialah ingin ikut jejak langkah Umar Abdul Aziz, cicit Saidina Umar al Khattab.




Antara ciri-ciri terpuji kepimpinan Umar Abdul Aziz ialah menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman.




Tiba-tiba beliau di serang dari semua sudut. Dari pihak UMNO, beliau digelar Anti Melayu. Manakala dari pihak GERAKAN dan MCA digelar pro Islam.




Seolah-olah Lim Guan Eng berada di dua persimpangan. Diluah mati emak ditelan mati ayah.




Melihat kepada label yang "dikurnia"kan oleh UMNO dan sekutunya Cina itu memberi satu nilai positif buat Lim Eng Guan.




Positifnya sememangnya beliau seorang yang pro Islam kerana memberi bantuan kepada sekolah agama dan madrasah Pulau Pinang, menegah judi bola dari bertapak di bumi Pulau Mutiara dan menganggap dengan kuatnya umat Islam berpegang ajaran Islam maka Pulau Pinang bakal meraut keuntungan dari sudut kurangnya jenayah, rasuah dan kemungkaran.




Positifnya belau digelar Anti Melayu ialah LGE memang Anti Melayu yang mengikut "ajaran UMNO". Beliau tidak Anti Melayu yang ikut PAS dan PKR.
Barangkali kerana "terlampau" Anti Melayulah beliau sanggup merengkok dalam penjara gara-gara membela anak gadis Melayu Melaka yang dirogol KM UMNO berbangsa Melayu.
Pernahkah kita terfikir bagaimana seorang Cina dari DAP yang apabila dilantik menjadi KM punyai cita-cita dan teruja mencontohi Umar Abdul Aziz? Hebat bukan?
Nama Umar Abdul Aziz jauh sekali menjadi sebutan dalam kalangan pimpinan UMNO. Bahkan tiada langsung dalam kamus mereka dan barangkali pimpinan UMNO tidak mengenali Umar Abdul Aziz. sehingga "diperkenalkan" oleh Lim Guan Eng.
Dalam Sirah, Rasulullah pernah mendoakan agar salah satu Umar msuk Islam.Samada Umar Al Khattab atau Abu Jahal (Amru bin Hisyam).
Apakah kita pernah mendoakan agar antara dua LIM ini mendapat hidayah Islam? Samada Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng.
Kalau tak masuk Islam, paling kurang jadi Abu Talibpun sudah memadai daripada berwatakkan Abdullah bin Ubai yang menjadi kegilaan UMNO!








Wednesday, June 30, 2010

Semai...baja kemudian racun.



Pelbagai NGO dan aktiviti masyarakat mendesak agar kerajaan bertindak proaktif untuk mengatasi gejala sosial (zina) yang telah mencapai peringkat "merah" di negara kita.


Maka terkeluarlah dari kenyataan NGO dan aktiviti masyarakat dengan pelbagai cadangan untuk kerajaan laksanakan. Antaranya:


-Benarkan polis periksa telefon bimbit remaja elak simpan bahan lucah.
-Kuat kuasa peraturan halang remaja bawah 18 tahun keluar rumah selepas 12 malam.
-Sekat laman web lucah, kawal kafe siber dan penjualan perisian tidak bermoral .

-Percepat pelaksanaan pendidikan seks secara formal di sekolah.


Isu zina bukannya bermula dari perasaan tiba-tiba. Ianya "dipupuk" dari pelbagai sudut. Inilah yang perlu NGO tahu. Kita melihat antara terbesar punca zina dan seterusnya menyebabkan buang bayi adalah dari sikap kerajaan sendiri yang bersikap samada "double standard" maupun "tidak cakna" tentang isu ini.


Bahkan semacam seperti kerajaan sendiri "memupuk dan menggalakkannya" !


Tiga punca zina terbesar yang perlu NGO tahu dan sememangnya kerajaan ada kuasa untuk menghapuskan dalam sekelip mata iaitu :


a) Arak.

b) Konsert.

c) Media.



Ketiga punca di ataslah menyebabkan gejala zina dan buang bayi berlaku. Ketiga punca ini saling berkait.


Akibat lesen arak dan tiada kesungguhan kerajaan ( lihat isu Kartika) untuk melaksanakan sebat keatas peminum berugama Islam, gejala minum arak semakin meluas dikalangan remaja Islam.


Begitu juga Konsert Hiburan. Dengan tiada peraturan mengasingkan lelaki dan perempuan. Juga pengisian Konsert yang lebih kepada aksi artis , lagu cinta dan pakaiannya. Lihatlah selepas konsert kemana remaja lelaki dan perempuan tuju.


Peranan media juga ada sahamnya dalam isu zina dan buang anak. Penampilan artis dan gambar artis dalam media juga memainkan peranan kearah itu.


Kerajaan berkuasa untuk menghalangnya dengan kuasa yang ada. Malangnya tiada kesungguhan.


Barangkali kerajaan tidak bersungguh melaksanakannya kerana mereka(pimpinan) juga dua kali lima dengan masalah ini. Samada mereka juga kaki arak, kaki perempuan, punya saham dalam industri arak, judi dan disko.


Jadi bagaimana masalah arak dan zina dapat diatasi jika pemilik kuasa juga punya "hobi yang sama"?


Lihatlah kerajaan begitu bersungguh-sungguh untuk atasi perhimpunan "haram" pembangkang. Sanggup hantar ribuan FRU, polis, SB. Bahkan helikopterpun turut dihantar. Bersungguhnya kerajaan.


Tapi tidak dalam isu arak, zina dan buang anak.


Yang buang zina dan buang anak adalah orang Islam. Mengapa Sang Pemerintah tidak laksanakan perundangan Islam?
Umpama cara Sang Pemerintah tangani isu zina dan buang bayi umpama seorang petani yang menyemai, membaja hasil tanamannya kemudian dalam masa yang sama juga meracun tanaman tersebut.
Suatu kerja yang gila.
Benarlah punca buruk perangai rakyat bermula dari perangai buruk pimpinan pemerintah.
Jika kepala ikan buruk, ianya bakal juga dialami seluruh badan ikan.


Tuesday, June 29, 2010

Teka....siapa Menteri Kabinet Cap Ayam?


Komandan Maktab Tentera Diraja(MTD) ditukarkan atas alasan mesti bertanggungjawab atas peristiwa yang berlaku di MTD baru-baru ini yang membabitkan kematian pelajar.



Menteri Pertahanan Zahid Hamidi ketika memberi arahan menyatakan Komandan itu mesti bertanggungjawab dan patut menerima hukuman.



Kenyataan Zahid adalah suatu yang biasa dikeluarkan oleh mana-mana Menteri Kabinet Kerajaan Malaysia apabila berlaku peristiwa yang tidak diingini.. Yang mesti bertanggungjawab adalah "ikan-ikan bilis" sahaja. Sang Jerung pasti terlepas. Segala kejahatan, kelemahan dan kesalahan adalah tanggungjawab rakyat bawahan.



Sememangnya Menteri Kabinet Malaysia jenis "kebal" dari pendakwaan. Setiap kesalahan ditudingkan kepada rakyat marhein semata.



Semuanya yang salah adalah rakyat. Yang buat jahat orang atasan tetapi yang kena golongan rakyat,golongan yang lemah dan tiada wang!



Lihat kes Altahtunya. Yang kena orang berpangkat rendah. Lihat kecurian enjin Jet. Yang jadi mangsa yang berpangkat rendah.



Selamanya para Menteri dan atasan bebas dari pendakwaan. Mengapa ? Mereka ada kuasa. Mereka ada wang. Dan mereka tiada maruah!


Jenis spesis Menteri Kabinet Malaysia jika tinggal di Jepun bakal diketawakan oleh Doremon. Mungkin juga bakal diberi pedang Samurai oleh rakyat Jepun untuk mereka pakat "pancung" kepala sendiri!


Malangnya Malaysia punya Menteri Kabinet Cap Ayam.


Thursday, June 24, 2010

SENSASI: Debat Dr.Asri-Zamihan




Nampaknya "perang besar" antara 2 orang anak muda ini belum berakhir. Masing-masing gunakan media dan platform tertentu untuk "bertempur".


Pertelingkahan antara Dr Asri dengan Zamihan Mat Zain penolong pengarah ILIM semakin rancak. Masing-masing dengan alasan tersendiri dan punya agenda tersendiri.
Kedua anak muda ini bijak menggunakan platform besar untuk "sebarkan" pengaruh masing-masing.



Dr. Asri bersama mantan MB Perlis Shahidan Kasim manakala Zamihan dengan Kementerian Dalam Negeri.



Kedua mereka ini bukanlah ahli PAS. Mereka berdua "berperang" atas dasar ilmu yang diyakini. Dr Asri dengan Salafinya (Wahabi?)manakala Zamihan dengan fanatik mazhab (Ahbash?).



Inilah "serangan kedua" Zamihan terhadap Dr Asri. Dulu dengan dakwaan Sijil Palsu. Kini dengan dakwaan JI pula.



Zamihan bijak gunakan isu JI untuk kaitan dengan fahaman Dr Asri. Zamihan antara orang yang popular digunakan KDN untuk soal siasat dan "basuh kepala" tahanan ISA. Tanyalah Mat Sah Satray.Mungkin beliau ada pengalaman disoal siasat oleh Zamihan.



Melihat kepada turutan-demi turutan kronologi berkaitan "perang besar" Dr Asri-Zamihan, isu JI yang dikaitkan dengan Dr Asri timbul apabila timbul desas desus berita Dr Asri akan masuk UMNO bersama 100 orang "ulamak jahat".



Barangkali Zamihan tidak menyenangi kemasukan Dr Asri ke dalam UMNO yang boleh menggugat kedudukannya sebagai orang kuat ILIM. Lalu ditimbulkan isu JI dengan menggunakan platform KDN.



Kemasukan Dr Asri dalam UMNO boleh menggugatkan ustaz-ustaz UMNO yang berpegang teguh dengan mazhab. Kedudukan mufti-mufti juga akan turut di"geletek" oleh Dr Asri terutama mufti pro UMNO seperti Harussani. Begitu juga YADIM bakal "terganggu" dengan Dr.Asri.



Isu Zamihan dengan Dr Asri lebih kepada "Salafi-Mazhab". Ianya tidak berkait dengan PAS.



Melihat kepada hubungan akrab Dr Asri dengan Shahidan Kasim dan Zamihan dengan KDN, bolehlah kita simpulkan cara politik anak muda berdua ini.



Shahidan Kasim terus berpegang teguh dengan sekular UMNOnya yang pekat manakala KDN terus dengan tangkapan ISA yang kejam.



Apa yang pasti,PAS tidak mendapat apa-apa manfaatpun atas isu mereka berdua!



Uniknya PAS mempunyai ahli pelbagai pemikiran dan fahaman. Tetapi mereka tidak menjadikan perkara khilafiah sebagai halangan untuk bersatu menegakkan Islam. Mereka meraikan pelbagai pandangan dan tidak menjadikan ianya sebagai halangan dalam perjuangan Islam.



Berbalik kepada isu anak muda ini, elok diadakan debat untuk mereka berdua. Masing-masing bolehlah kemukakan hujah dan meluahkan pandangan mereka. Biar rakyat lihat kehebatan ilmu mereka berhujah.



Dulu Astora Jabar berhujah dengan Dr.Asri, kini tiba giliran Zamihan pula.

Tuesday, June 22, 2010

Najib...adakah anda kenal Tentera Allah?


Ghazwah Ahzab mencatatkan situasi Tentera Ahzab meninggalkan lokasi pengepungan sekitar Madinah dalam keadaan lintang pukang dan kelam kabut.


Peperangan yang berlaku pada Syawal Tahun 5 Hijrah itu menyaksikan bala tentera pimpinan Abu Sufyan itu di"serang" oleh Tentera Allah berupa angin kencang dan ribut pasir pada malam itu. Dalam situasi itulah bala Tentera Ahzab dalam ketakutan lalu meninggalkan khemah, peralatan perang dan bekalan.


Akibat ribut dan angin kencang, banyak khemah dan peralatan Tentera Ahzab berterbangan di sana sini. Abu Sufyan mengambil keputusan berundur takut-takut menanggung risiko yang lebih besar.



Dalam dua bulan ini, kita menyaksikan bagaimana dua pimpinan UMNO dalam keadaan tergesa-gesa meninggalkan tempat "pertempuran". Semuanya atas perasaan takut malu besar menimpa mereka jika berada di lokasi "pertempuran itu".



TPM Muhyiddin tergesa-gesa meninggalkan Kuching menuju Kuala Lumpur apabila menyedari pihak SPR dan SB gagal memberi kemenangan kepada calon BN dalam PRK Sibu.



Terkini, PMNajib meninggalkan Musthafa Mohammad terkulai-kulai memegang pembesar suara untuk rasmikan Fiesta Kelantan. Najib dengan malu yang amat besar meninggalkan bumi Kelantan dalam suasana hujan lebat dan ribut petir.



Najib tidak mahu menanggung malu dan risiko jika sekadar rasmikan Fiesta Kelantan dengan kehadiran cuma 300 orang. Lebih-lebih lagi kena pegang pembesar suara!

Monday, June 21, 2010

Hoi Musa! Kerah Satu batalion FRU ke sana....!


Setelah reda 2 isu berkaitan dengan letak jawatan dan tidak mahu lepas jawatan bulan September ini, sekonyong-konyong IGPMusa muncul lagi dengan kenyataaan tentang JI dan rancangan pengeboman Kuih Hindu dan Tokong Cina.



Pelik juga dengan kenyataan Musa ini. Mengapa perlu heboh-heboh? Tangkap dan dakwa jika ada bukti. Hadap mereka di mahkamah. Jangan gunakan ISA.



Melihat kepada rekod Musa ini, rakyat melihatnya dengan persepsi politik. Lebih-lebih lagi dengan sokongan bukan Islam terhadap PAS dan kelibat APCO Zionis dalam PDRM.




Hoi Musa! Kerahlah satu batalion FRU dan ribuan SB menuju Batu Caves dan Ayer Hitam untuk mengawal siang malam kuil dan tokong tersebut. Bukankah anda ada kuasa? Apa susah-susah...apa bising-bising!

Sunday, June 20, 2010

Apakah Malaysia masih "kekurangan terompah kayu" ?


Terompah kayu adalah alas kaki untuk ke tandas. Sejak dulu lagi penggunaannya amat digemari untuk manusia mengunjungi tandas. Dengan bunyinya yang enak didengar, akan lancarlah hanyunan kaki menuju ke tempat yang amat digemari syaitan.




Begitu "berjasanya" terhadap penggunanya. Tapi kini tugas terompah kayu telah bertukar tangan dengan kedatangan selipar Jepun. Apapun jasanya tetap dikenang sebagai alas kaki ke tandas. Walaupun kini telah diletakkan ditepi tandas sebagai terompah kayu yang buruk.



Apabila kedengaran berita ada kemungkinan seorang ulamak muda ingin memasuki UMNO, saya terfikir tentang terompah kayu. Adakah Malaysia ini masih kekurangan "terompah kayu" untuk di bawa ke "tandas" ?


Mengapa masih ada orang "berangan-angan" ingin jadi terompah kayu? Hina jadi terompah kayu!


Ianya bakal dipakai oleh tuannya(UMNO) menuju ke tandas(kesesatan).


Lihatlah betapa ramainya "terompah kayu" ditinggalkan tuannya (UMNO) di tepi tandas. Sekadar menyebut Nakhaei, Mashitah, Wan Mokhtar, Yusor Nor dan Khir Baharom. Mereka semuanya telah kaya raya tetapi tugasnya amat menghinakan.


Sampai kini "terompah kayu" masih membisu tentang judi bola. Pun masih ada orang teringin nak masuk UMNO.
Malangnya umat jika ada orang muda yang berilmu, disegani dengan ilmunya memilih jalan demikian.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...