ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, June 14, 2010

Pemergian seorang pejuang tua yang hebat.


Ustaz Hasan Shukri , satu nama yang begitu sinonim dengan PAS. Kembalinya beliau untuk "berjumpa" dengan Penciptanya adalah satu pemergian yang penuh kerahmatan dan ketenangan.


Beliau adalah pejuang tua yang hidupnya penuh dengan semangat keimanan bersama PAS. Dikala ramai rakan-rkannya pergi "melutut" kepada UMNO, beliau dengan kudrat tuanya bersemangat anak muda meniupkan obor perjuangan dan sebagai ikon anak muda pejuang PAS.


Sebut Markaz Tarbiyyah Taman Melawar, secara automatiknya teringatkan Arwah Ustaz Hasan Shukri.


Pemergian beliau "bertemu" TuhanNya, mengingatkan pemergian Arwah Ustaz Fadhil Nor ke rahmatullah lapan tahun dahulu. Juga selepas Muktamar PAS selesai. Juga di Kota Bahru.


Semoga roh beliau diletakkan bersama para Nabi, Sidiqin dan para wali-wali Allah. Ameen.


Takziah buat keluarga beliau.

Thursday, June 10, 2010

Dulu Portugis..Belanda..Inggeris..Jepun ...dan kini Zionis!


Barangkali pimpinan UMNO baru sedar dan tahu tentang kejahatan Yahudi. Itupun setelah kapal bantuan kemanusian diserang di perairan antarabangsa Laut Meditteranean baru-baru.



Kebetulan yang terlibat dengan misi itu adalah MP UMNO dan NGO yang diketuai Dr. Mahathir dan anaknya. Maka PM Najib dan UMNO pun "buat-buat cakna"! Tidak terkecuali Rosmah pun tumpang "menangis" di depan Duta Turki. Tapi airmatanya tidak dapat atasi tangisan Rafidah Aziz semasa pujuk Dr Mahathir!



Itulah "aksi-aksi" lakonan pimpinan tertinggi UMNO.



Sebenarnya pengaruh dan kuasa Zionis sudah lama mewarnai iklim negara kita. Zionis sudah lama "bersarang" di tempat yang berpengaruh politik dan keselamatan.


Cumanya baru kini rakyat baru sedar. Sejak zaman Mahathir lagi puak-puak Zionis "berjoget sakan". Bermula aksi rejim Mahathir penjarakan orang-orang yang menentang kedatangan pasukan kriket Zionis ke Malaysia. Antaranya Mahfuz Omar.


Kemudian pertemuan Menteri Luar Zionis dengan Menteri Luar Malaysia. Pertemuan Menlu antara Zionis dengan negara kita semacam tradisi pula. Boleh dikatakan setiap tahun. Terkini Menteri Pertahanan pun terlibat sama.
Dr Mahathir juga dikaitkan dengan pembayaran jutaan RM duit rakyat kepada agensi Zionis untuk atur pertemuan dengan Bush beberapa tahun dahulu.
Terkini PDRM pun di"jajah" oleh Zionis melalui APCO. Jadi apa lagi yang belum dimasuki Zionis di Malaysia? Barangkali tandas awam belum lagi!
Elok Dr Mahathir ketuai sendiri misi bantuan kapal ke Gaza. Biar beliau rasai sendiri bagaimana cahaya laser Zionis ditargetkan di kepala beliau sebagaimana wartawan Asro rasai. Baru Mahathir tahu betapa "mulianya" hati Zionis!
Selamat mencuba Che Det!





Wednesday, June 9, 2010

Susahnya jika lidah Menteri kita "bercabang?


Weeeh...malunya Malaysia punya menteri! Dalam sehari dua ini Parlimen Malaysia menjadi tempat pertunjukkan "spesis" lidah bercabang!


Yang pertamanya PM Najib menyatakan dalam Parlimen,beliau belum lagi keluar lesen judi bola. Beliau tunggu reaksi rakyat dahulu. Manakala diluar Parlimen, dengan bangganya Vincent Tan menyatakan Berjaya telah diberi lesen untuk kegiatan judi bola.



Yang keduanya, Menteri Nazri Aziz menjawab secara bertulis kepada MP Kota Melaka bahawa kabinet telah PUTUSKAN untuk buat bangunan Parlimen baru berharga Rm800juta di Putrajaya. Manakala dalam sidang media di luar Parlimen, Nazri menyatakan kabinet masih BERBINCANG untuk membuat keputusan.


Adakah menteri kabinet kita begitu"bodoh" matematik tidak tahu nilai RM150 juta untuk baiki Parlimen lebih murah berbanding buat bangunan baru dengan harga RM800 juta?



Atau dalam kepala mereka sudah terbayangkan habuan komisen projek RM800 juta?



Benarlah kata Sasterawan Negara A.Samad Said, Malaysia punya menteri yang mempunyai lidang bercabang dua dan telinga satu!

Monday, June 7, 2010

Siapakah Tokoh Keluarga Mithali Malaysia?


Hebat! Setelah diasak dan dikutuk, akhirnya sekonyong-konyong Taukeh Judi Vincent Tan buat tawaran "rasuah" buat rakyat Malaysia. Rasuahnya berjumlah RM525 juta. Separuh RM bilion!



Entah dari mana Vincent Tan dapat idea ini. "Rasuah" berbentuk "derma kebajikan" untuk tolong orang miskin. Mungkin Vincent Tn dapat ideal ini dari Bapa Kroni, Dr Mahathir. Mahathir terkenal dengan "kepakaran" membaca psikologi orang Melayu. Mahathir tahu kelemahan orang Melayu.



Seluruh Malaysia tahu siapa dibelakang Vincent Tan. Si taukeh judi ini hanyalah sekadar nama sahaja. Mahathir kuasa sebenar dibelakang Vincent Tan.




Mari kita berfikir sejenak. Jika Vincent Tan sanggup "derma" RM525 juta, berapakah keuntungan bakal dikaut hasil judi bola ini? Berapakah komisen yang bakal dikaut oleh orang yang meluluskan lesen ini? Tentunya lebih dari keuntungan komisen kapal selam "sekadar" RM500 juta!



Hinanya rakyat Malaysia apabila Vincent Tan menilai nilai maruah kita senilai RM525 juta.
Tentunya PMNajib serta sepupunya Hishamuddin sedang mencongak-congak komisen dari Vincent Tan.
Dunia judi tidak dapat dipisahkan dari Najib dan Hishamudin. Ini kerana keduanya adalah cucu kepada Pengasas Yayasan Noah. Yayasan ini punyai saham jutaan dalam Resort World dan Genting Berhad selaku penggiat industri judi di Malaysia dan luar negara.
Cantikkan, keluarga Mahathir punya saham dalam industri arak manakala keluarga Najib dalam industri judi. Keluarga Mithali!




Thursday, June 3, 2010

Khairy jadi Menteri apabila Izrael memanggil Dr Mahathir!



Menjadi tradisi dan kebiasaan bagi anak-anak raja menjalani latihan ketenteraan dan hidup cara tentera sebelum menjadi Raja. Ada yang dihantar ke India seperti kerabat diRaja Johor. Ada yang dihantar ke England seperti kebanyakkan kerabat raja di Malaysia.






Bagi Khairy menjalani latihan tentera Wataniah adalah tiket menuju jawatan kabinet sepertimana anak Raja yang menjalaninya untuk jadi Raj kelak.






Barangkali inilah yang terfikir oleh "budak Tingkat 4" keluaran Oxford, Khairy Jamaludin menantu Pak Lah.






Mungkin semasa Khairy menjalani latihan sebagai Tentera Wataniah, beliau "berangan-angan " menjadi menteri kabinet Najib. Mesti Najib bangga dengan apa yang dilakukannya.






Malangnya ianya tidak menjadi kenyataan! Khairy malu besar dan dipermainkan oleh PM Najib.






Ramai menteri dan timbalan menteri kalah dalam PRU dilantik jadi kabinet Najib. Tapi Khairy yang menjadi MP Rembau dan Ketua Pemuda UMNO terus disisih dan dipinggir oleh Najib.






Apalah nasib malang yang menimpa menantu Pak Lah ini.






Nasib malang Khairy bermula apabila Dr Mahathir menggelar Khairy sebagai Budak Tingkat 4 semasa Pak Lah jadi PM. Kemarahan Dr Mahathir semakin memuncak apabila anaknya Mukhriz tewas ditangan Khairy semasa perebutan Ketua Pemuda.






Hingga kini, nama Khaity adalah nama yang "busuk" disisi Mahathir.






Khairy kena tahu mentor PM Najib adalah Mahathir. Segala tindakan Najib perlu "perkenan" Mahathir! Termasuk pemilihan anggota kabinet.






Barangkali impian Khairy untuk jadi Menteri terkabul apabila Malaikat Izrael "menyapa" Mahathir!






Sabarlah Khairy dengan sabar yang sebenar!












Wednesday, June 2, 2010

Israel : Dulu, Kini dan Selamanya....



Cuba bayangkan satu hari rumah anda di serang sekumpulan perompak yang zalim dan kejam. Mereka membunuh ibubapa anda. Mereka juga merogol kakak dan adik perempuan anda. Seterusnya menduduki rumah anda.



Anda ketika itu masih kecil ditangkap oleh perompak itu. Mereka arahkan anda tinggalkan rumah tempat kelahiran anda.



Setelah 62 tahun peristiwa hitam itu berlaku, anda kembali semula ke rumah anda dan menuntut hak kepada anak-anak perompak.



Anak-anak perompak bersetuju dengan tuntutan anda tetapi dengan bersyarat. Anda cuma boleh duduk di dalam sebuah bilik kecil yang terdapat dalam rumah itu. Anda juga mesti mendapat kebenaran dari mereka jika mahu keluar dari bilik tersebut.



Anda hanya dibenarkan memiliki senjata sekadar sepucuk pistol air dan sebilah pisau plastik. Manakala kenderaan yang dibenarkan untuk anda hanyalah seekor kuda kepang.



Ramai penduduk kampung itu termasuk ketua kampung mengiktiraf anak perompak itu adalah pemilik rumah itu dan anda sekadar penumpang atau penyewa sahaja.



Hinakah anda? Wajar dan patutkah begitu layanan untuk anda?



Petunjuk:
Anda - rakyat Palestin.
Rumah anda - Bumi Palestin.
Sekumpulan perompak - Pengganas Zionis Irgun, Stern dan Haganah.
61 tahun - Peristiwa Nakhbah.
Anak-anak perompak - Pemimpin Israel kini.
Sebuah bilik kecil - Gaza dan Tebing Barat.
Pistol Plastik - Kalashnikov AK 47.
Penduduk Kampung - Negara di dunia.
Ketua Kampung - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Tuesday, June 1, 2010

Big Ma....tolong telefon Arial Sharon...ops silap!


Dulu semasa rakyat Malaysia ditangkap rejim Mubarak semasa demo di sempadan Gaza, sekonyong-koyong "Big Ma" Rosmah menawarkan diri untuk membantu. Dikhabarkan beliau minta pertolongn dengan sekadar telefon "Big Ma" Susan isteri Mubarak. Hasilnya rakyat Malaysia itu bebas.



Kali ini "Big Ma" tak mahu ambil peluang glamour lagi ?



Kini khidmat " Big Ma" Rosmah diperlukan lagi. May Day...May Day ! Harap beliau dapat hubungi isteri PM Natanyahu untuk bebaskan 11 rakyat kita di sana.



Silap-silap dail "Big Ma" ter telefon Aeron Sharon pula. Beliau sedang menjalani "siksa neraka dunia" akibat kejahatan terhadap rakyat Palestin.



May Day...May Day "Big Ma" tolong kami...!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...